Pes Masak Kerutuk

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

106/2024 (1651/2K)
Ramadan Month Challenge 4: Raya Prep

Pes masak kerutuk ayam/daging. Kerutuk juga antara kategori rendang yang popar belah Terengganu/Kelantan. Biasanya tak pedas, dan semua kategori umur takde masalah nak makan, terutamanya anak-anak. Bau rempah kerutuk kering pun dah harum semerbak, bila ditumis dan dah jadi juadah raya lagi lah tak tahan untuk peminatnya tersendiri..

Uchu sediakan pes sebanyak 600 g untuk masak 6 ekor ayam kemudian nanti.

Pes Masak Kerutuk

106/2024 (1651/2K)
Ramadan Month Challenge 4: Raya Prep

Pes masak kerutuk ayam/daging. Kerutuk juga antara kategori rendang yang popar belah Terengganu/Kelantan. Biasanya tak pedas, dan semua kategori umur takde masalah nak makan, terutamanya anak-anak. Bau rempah kerutuk kering pun dah harum semerbak, bila ditumis dan dah jadi juadah raya lagi lah tak tahan untuk peminatnya tersendiri..

Uchu sediakan pes sebanyak 600 g untuk masak 6 ekor ayam kemudian nanti.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

600 g pes (untuk 6 ekor ayam)
  1. 140 gbawang merah
  2. 80 gHalia
  3. 80 gLengkuas
  4. 40 gbawang putih
  5. 400 grempah kerutuk
  6. 60 g (4 sudu makan)asam jawa
  7. 4-5 batang (30 g)serai diketuk
  8. 300 gMinyak masak
  9. Perasa
  10. 100 ggula
  11. 50 ggula nise/gula Melaka/etc
  12. 100 ggaram
  13. 1 sudu tehserbuk perasa

Cara Memasak

  1. 1

    Kisar lumat bawang merah, halia, lengkuas dan bawang putih bersama rempah kerutuk. Tambahkan air secukupnya untuk mengisar.

    Tm6:
    Blend: 20 saat/speed 10 (secukupnya air untuk kisaran)

  2. 2

    Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar bersama serai, garam, gula, gula nise/gula Melaka dan air asam jawa sehingga bahan rempah betul-betul masak, pecah minyak dan cantik berkilat.

    Tm6:
    Masak: 25 minit/120c/teverse spoon, speed 2 (sekali sekala naikkan speed ke 2.5)

  3. 3

    Kacau dan tambahkan air sedikit demi sedikit dari semasa ke semasa supaya pes tak hangus.

  4. 4

    Siap..
    Boleh frozen untuk kegunaan kemudian atau digunakan terus untuk dimasak..

  5. 5

    Alhamdulillah..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen (2)

Aza Aaj
Aza Aaj @sedap_sokmo1311
Sedap cicah ketupat ,lemang dll...akk sukaaa❤️

Resipi Sepertinya