Ayam Masak Lemak Cili Api (Negeri 9)

Serius Ayam Masak Lemak Cili Padi memang fav Aznie. Sejak kecil lagi memang dah didedahkan dengan menu ni. Macam Aznie keturunan rawa (bukan jawa) memang ni la menu yang sering mak abah sediakan tuk kami adik beradik. Kari memang jarang sangat masak. Sebab lebih suka yang ni. Kalau Ayam masak lemak kebiasaannya arwah abah akan bubuh batang lambuk sekali didalam gulai lemak cili padi. Tapi sekarang susah dah nak jumpa. lebih 10 tahun rasanya tak makan tu. Sebab susah nak jumpa. Dulu kat rumah mak memang banyak pokok tu arwah abah tanam. Tapi dah mati dah pokoknya, merajuk kot sebab ramai sangat orang yang ambik. Memang Arwah abah cakap, sapa nak makan ambik je tak payah dah nak minta izin. Tapi tau tak macam mana satu hari tu tengok abis anak-anak pokok ia hilang. Tak tau sapa yang cabut . Jadi lama-lama pokok tu mati. Sejak tu tak pernah makan dah. Rasa kecewa sangat dengan orang yang buat tu. Tapi arwah abah senyum je. Tak pe anggap je tak ada rezeki. Tu la arwah abah. seorang lelaki yang sangat Aznie kagumi.
Resepi ni Aznie coosnap dari adik @cook_28065973 . Sukatan bahan Aznie olah sendiri. Terima kasih dik😊
Ayam Masak Lemak Cili Api (Negeri 9)
Serius Ayam Masak Lemak Cili Padi memang fav Aznie. Sejak kecil lagi memang dah didedahkan dengan menu ni. Macam Aznie keturunan rawa (bukan jawa) memang ni la menu yang sering mak abah sediakan tuk kami adik beradik. Kari memang jarang sangat masak. Sebab lebih suka yang ni. Kalau Ayam masak lemak kebiasaannya arwah abah akan bubuh batang lambuk sekali didalam gulai lemak cili padi. Tapi sekarang susah dah nak jumpa. lebih 10 tahun rasanya tak makan tu. Sebab susah nak jumpa. Dulu kat rumah mak memang banyak pokok tu arwah abah tanam. Tapi dah mati dah pokoknya, merajuk kot sebab ramai sangat orang yang ambik. Memang Arwah abah cakap, sapa nak makan ambik je tak payah dah nak minta izin. Tapi tau tak macam mana satu hari tu tengok abis anak-anak pokok ia hilang. Tak tau sapa yang cabut . Jadi lama-lama pokok tu mati. Sejak tu tak pernah makan dah. Rasa kecewa sangat dengan orang yang buat tu. Tapi arwah abah senyum je. Tak pe anggap je tak ada rezeki. Tu la arwah abah. seorang lelaki yang sangat Aznie kagumi.
Resepi ni Aznie coosnap dari adik @cook_28065973 . Sukatan bahan Aznie olah sendiri. Terima kasih dik😊
Cara Memasak
- 1
Cara
~Tumbuk cili padi, bawang merah, kunyit dan garam sampai lumat.. Nak guna blender pon boleh yer.. (Tapi tumbuk lebih sedap rasanya) - 2
~Kemudian masukkan ayam kedalam kuali dan bahan-bahan yang dah ditumbuk dan serai.. Masak sehingga ayam keluarkan air dan kecut.
- 3
~Bila ayam dah kecut masukkan santan cair dan santan pekat. Masukkan juga asam keping masak dan kentang. Masak sehingga ayam dan kentang empuk.. Bila dah empuk semuanya boleh laa masukkan gula sikit.. Jika kurang garam boleh tambahbsikit. Rasa ikut lidah masing-masing. Dah siap.. Sedia untuk dihidang kan.
- 4
Resipi Sepertinya
-
Ayam Masak Lemak Cili Api ( nogri style) Ayam Masak Lemak Cili Api ( nogri style)
#bazarramadan #minggu1Masakkan kegemaran arwah mak dan abah sis, kalau bulan puasa masak lemak nih lah pembuka selera kami sekeluarga, tak ada lauk lain pun tak apa. Hari hari masak lemak cili api pun kami sekeluarga tak pernah jemu.. Kini semua hanya kenangan nan terindah yang tak mungkin datang kembali. Al fathiah dgn bacaan untk kedua duanya.. Aaminn❤️ Nur Nadiah -
Gulai Lemak Ayam Gulai Lemak Ayam
#1400recipe #Pejuang2KResepiSalah satu hidangan yang paling suka makan. Memang dari kecik lauk ni yang arwah abah sering masakkan untuk keluarga. Dimasak bersama batang lambuk. Lama betul tak makan Gulai lemak Ayam bersama batang lambuk. susah nak jumpa sekarang. Resepi ni Aznie follow resepi dari @dapo_cikstrawberry , terima kasih memang sedap. Aznie Khasri -
Ayam Masak Lemak Cili Api Ayam Masak Lemak Cili Api
Hari ini sepatutnya saya meraikan farewell kawan saya yang mahu pulang ke Indonesia. Disebabkan Covid19 makin tinggi, saya mengambil keputusan untuk tidak pergi. Lagi pula anak saya kurang sihat. Ayam yang sepatutnya saya sajikan untuk majlis perpisahan itu saya masak untuk anak-anak saya. Karina teringin nak makan ayam masak lemak cili api. Bila tengok semua bahan ada, saya terus siapkan semua.Seperti kebiasaan cara saya memasak lemak, saya tidak suka campurkan bawang. Apatah lagi kalau masak lemak ayam. Saya tidak gemar ada rasa bawang pada kuah. Saya memilih untuk menggunakan kunyit hidup dan serai dalam kuantiti yang banyak supaya tidak rasa muak. Kuah akan menjadi lebih sedap jika gunakan kunyit hidup dan serai pula akan menambahkan aroma yang segar dalam masakan.Seronok hati saya melihat anak-anak makan sambil menjilat jari. Sebab tu la semua anak-anak saya bulat. Agaknya air tangan saya sudah menambat hati mereka. Kecuali anak saya paling Tom, macam mana sekali sedap pun saya masak, dia tetap akan kata neneknya nombor 1 paling sedap memasak. Alasannya saya pandai memasak disebabkan oleh mak saya. Jadi guru memasak adalah neneknya. Apa-apa sajalah Tom.Selamat mencuba 😊 Gyna Elenna -
Rendang Ayam (Arwah Abah) Rendang Ayam (Arwah Abah)
Rendang Ayam ni Aznie masak malam raya baru ni. Ni je la menu raya pertama Aznie buat. Lemang hubby beli dua batang lepas balik dari sembahyang raya. Kenapa masak ni Je?? Sebab rezeki dapat nasi briyani, ayam goreng berempah, kuah kari dengan ketiaw kicap pemberian dari keluarga teman anak lelaki Aznie. Jadi cukup la tu menu hari tu. Sebab ia bagi banyak sangat, sampai kemalam ulang makan lagi. Resepi Rendang Ayam ni resepi simple dari arwah abah Aznie. Dulu arwah abah selalu masak kat rumah, kadang-kadang bubuh rempah kari kadang- kadang tak bubuh. Tapi Aznie lebih suka bila bubuh rasa dia lagi sedap. Alfatihah tuk arwah abah. Rindu sangat dengan setiap masakannya. Air tangan abah memang terbaik. Aznie Khasri -
Ayam Masak Lemak Cili Padi🌶️ Ayam Masak Lemak Cili Padi🌶️
Dah lama tak masak lauk ni, so kita masak untuk lunch. Ni portion sikit je untuk 2-3 orang makan and tak pedas sangat sebab ramai yang tak boleh makan pedas 😅Jom tengok cara masak lemak cili padi cari saya!😊 Zaidatul Aribah -
👩🍳Ayam Masak Lemak Cili Api 👩🍳Ayam Masak Lemak Cili Api
Masak lemak Cili Api ialah masakan signature Negeri Sembilan. Saya selalu juga masak hidangan ini; kadang2 guna udang, ikan tenggiri,daging salai dan juga ayam.Kalau masak lemak daging dan ayam saya akan gunakan periuk serbaguna/tekanan Noxxa kerana ia cepat masak dan jimat masa🤗. Caranya ialah dengan menggunakan fungsi ‘High Pressure’ selama 8 min; ayam cepat lembut dan teruskan pula dengan fungsi ‘Stirfry’ sehingga kuah menjadi pekat seperti yang digemari.#merdekapassport Mahadiah -
Ayam masak lemak cili api negeri sembilan Ayam masak lemak cili api negeri sembilan
Suhailee binti Johari -
Rendang Ayam Rendang Ayam
Rendang Ayam, fav family Aznie. Resepi dari arwah abah. Simple je cara memasaknya, tapi sedap. Makan dengan lemak @ pulut harung memang ngam sangat-sangat. Aznie Khasri -
Gulai Lemak Ikan Haruan Gulai Lemak Ikan Haruan
#IkanSungai #1376recipeIkan sungai memang kesukaan family Aznie. Apa-apa jenis ikan sungai pun diorang suka makan, kecuali ikan yang banyak tulang. Yang tu memang diorang tak berapa gemar sebab risau tercekik tulang. Kali ni buat masak lemak je. Selalu ikan Aznie bakar dulu tapi kali ni Aznie goreng je. Alhamdulillah kejap je habis tak dan simpan sikit lauk tuk makan malam. Aznie Khasri -
Ayam Masak Lemak Cili Padi Ayam Masak Lemak Cili Padi
Assalamualaikum dan Salam 25 Ramadan buat semua Cookpadders yang dihormati ♥️Baiklah, hari ini CN kongsikan lagi satu resipi warisan dari Allahyarham Bapak CN ya. Bapak CN memang pandai memasak. Teringat momen indah melihat Bapak memasak di dapur sambil menyanyi. Allahu rindunya kenangan itu. 😢Bapak CN merupakan orang Minang dan berasal dari Sumatera, Indonesia. Oleh kerana itu, Bapak sukakan masakan pedas dan berlemak seperti Gulai Lemak ini. CN pun terikut sama. Mesti nak makan gulai ini selalu. Hihi. 😍Menariknya resipi Bapak CN ni, Arwah suka santan yang pekat. Jika gulai cair, marah sungguh dia. Katanya, gulai lemak mesti santannya pekat. Untuk resipi ini CN gunakan santan kotak jenama Kara ya. Memang pekat. Guna sedikit saja dan rasanya sedap. Cuma CN rasa santan ori lebih sedap rasanya.Gulai ayam ini enak dimakan panas-panas bersama nasi putih, ulaman & sambal belacan.Memasak Sepenuh Cinta♥️Nota:1. Ayam akan menggeluarkan jus atau airnya apabila dididih. Dan ini menjadikan gulai lebih berasa.2. Asam keping bertujuan untuk menghilangkan hanyir ayam dan mengurangkan rasa pedas gulai.3. CN gunakan garam kasar. Pastikan ia dimasukkan sedikit demi sedikit ya. Rasa dulu gulai sebelum menambahnya.4. Seeloknya guna api sederhana dan gulai mesti selalu dikacau untuk menggelakkan ia berketul. Masak sehingga pecah minyak. (Pecah minyak adalah apabila gulai kelihatan seperti berminyak sedikit.)#CNdidapur #GulaiLemak #Ayam #MasakLemakCiliPadi #MasakanKampung Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Masak Lemak Cili Kepala Ikan Salmon Masak Lemak Cili Kepala Ikan Salmon
Semasa beli kepala ikan salmon, terfikir nak masak asam pedas tapi bila dah beli tukar rancangan masak lemak cili pulak. Mungkin jarang orang masak resepi ini tapi nak juga cuba. Bila dah siap masak, tau tak? Sedap sangat-sangat rasanya. Lemak ikan salmon tu berebut anak-anak nak makan tau. Lepas nie boleh masak lagi resepi nie sebab rasanya memang walaaaa 👍👍👍 #goldenapron Noor Hassan -
Gulai Tempoyak Ikan Patin Gulai Tempoyak Ikan Patin
#TasteMood #SeleraHariIni #ChooseToCook #1352recipe Kalau ni memang fav Aznie sangat. Ni bukan resepi patin tempoyak pahang ye. Ni resepi Gulai Tempoyak Ikan Patin cara arwah abah Aznie. Gulai tempoyak ikan patin ke, ikan temenung ke mesti bubuh santan. Rasa tempoyaknya memang betul-betul kawww. Tak caya cuba la. Timun tua memang wajib ada bila masak ni. Ingat lagi bila makan berkumpul semua masa kecik kuah dia mesti banjir dalam pinggan. Tak puas rasanya makan dengan kuah yang sedikit. Kalau dulu stok tempoyak kat rumah memang banyak, berbalang-balang abah buah. Sebab durian banyak bila tiba musin durian di kebun nenek. masa tu durian tengah banyak jual pun ikut longgok je tak ada macam sekarang ikut kilo. Memang durian tak berapa laku masa tu. Sebab rata-rata kak kampung semua pun ada pokok durian dan durian murah sangat. paling murah ada yang jual 50 sen sebiji. Yang tu memang buah comel-comel je isinya memang tip top. Ada yang jual rm 1 sebiji, rm 5 sebiji. Tak ada yang jual rm 10 sebiji masa tu. kalau ada mau kena pelangkong ngan pelanggan. Rindunya zaman masa tu. Durian sekarang jangan cakap. Harga versi kayangan sangat. Aznie Khasri
Lebih Banyak Resipi
Komen (6)