Nasi Goreng Ayam KFC

Nadia
Nadia @cook_23064461

Lebihan ayam goreng KFC boleh dijadikan bahan dalam nasi goreng. Menu ini boleh disajikan untuk sarapan dan makan malam bersama seisi keluarga. 😇

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. 💘

Nasi Goreng Ayam KFC

6 orang bercadang membuatnya

Lebihan ayam goreng KFC boleh dijadikan bahan dalam nasi goreng. Menu ini boleh disajikan untuk sarapan dan makan malam bersama seisi keluarga. 😇

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. 💘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
3 - 4 orang
  1. 1pot nasi putih
  2. 1bahagian ayam goreng KFC
  3. 3 ulasbawang merah yang dikisar
  4. 2 ulasbawang putih yang dikisar
  5. 1inci halia yang dikisar
  6. 3tangkai cili api yang dikisar
  7. 2biji telur
  8. 1pokok sawi
  9. Hirisan daun sup
  10. SedikitSos Tiram Adabi
  11. SedikitPerencah Nasi Goreng Cina Adabi
  12. Secubit garam
  13. 2sudu besar mentega

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Sediakan bahan-bahan di atas. Ayam goreng KFC dicincang.

  2. 2

    Telur digoreng menjadi telur hancur dan diketepikan.

  3. 3

    Panaskan mentega dan masukkan bahan² yang dikisar di atas.

  4. 4

    Setelah garing dan naik bau, masukkan nasi, telur bersama ayam goreng KFC dan digaul sebati.

  5. 5

    Setelah sebati, masukkan sawi, daun sup dan perasakan menggunakan satu sudu besar sos tiram, satu sudu besar perencah dan secubit garam.

    Nasi goreng akan menjadi sedap dengan ayam goreng KFC, sedikit pedas (sekiranya KFC spicy) dan wangi dengan mentega.

    Siap!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nadia
Nadia @cook_23064461
pada

Komen

Resipi Sepertinya