Talam Jagung Kastad

Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
Klang, Selangor

Talam Jagung Kastad adalah kuih kegemaran saya. Kali ni saya buat 2 versi..iaitu versi acuan & versi loyang. Bagi saya lebih mudah guna acuan mini sebab tak perlu di potong bagai, terus masuk mulut. Talam Jagung Kastad ni sangat sedap..rasanya lemak2 manis..lembut & gedik gitu..anak2 saya pun suka makan..suami puji sedap..cukup rasa semuanya..sedap di makan sejuk2 drp peti ais..

Talam Jagung Kastad

Talam Jagung Kastad adalah kuih kegemaran saya. Kali ni saya buat 2 versi..iaitu versi acuan & versi loyang. Bagi saya lebih mudah guna acuan mini sebab tak perlu di potong bagai, terus masuk mulut. Talam Jagung Kastad ni sangat sedap..rasanya lemak2 manis..lembut & gedik gitu..anak2 saya pun suka makan..suami puji sedap..cukup rasa semuanya..sedap di makan sejuk2 drp peti ais..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan-Bahan Lapisan Bawah (Jagung)
  2. 1 cawanjagung manis ala krim
  3. 1 cawantepung beras
  4. 2sudu besar tepung kastad
  5. 2 cawansantan sederhana pekat
  6. 1/2 cawangula
  7. sedikitpewarna kuning
  8. Bahan-Bahan Lapisan Atas
  9. 1 cawantepung beras
  10. 2 1/2 cawansantan sederhana pekat
  11. 1 sudu tehgaram halus

Cara Memasak

  1. 1

    Lapisan Bawah ~ Di dlm periuk, satukan tepung beras, tepung kastad, gula..

  2. 2

    Campur juga santan & pewarna kuning. Kacau di atas api hingga naik wap saja, jangan sampai pekat ye..

  3. 3

    Kemudian, masukkan jagung krim. Kacau sekejap & tutup api

  4. 4

    Sapu acuan mini dengan sedikit minyak & tuang adunan jagung hingga 3/4 acuan. Kukus selama 15 minit dgn api sederhana besar

  5. 5

    Lapisan Bawah ~ Sementara lapisan bawah masak, kita buat lapisan bawah dulu. Satukan tepung beras, garam & santan ke dlm periuk

  6. 6

    Kacau di atas api hingga naik wap saja..jangan sampai pekat. Setelah lapisan bawah masak, cakar2 @ toreh kan sedikit permukaannya dgn pisau supaya adunan lapisan atas elok melekat padanya. Tuang adunan lapisan atas hingga penuh acuan & kukus selama 15 minit. Kemudian, buka penutup pengukus & kukus lagi 5 minit tanpa penutup hingga permukaannya kering drp air.

  7. 7

    Sejukkan talam dulu. Cungkil dgn pisau di tepi acuan utk keluarkannya

  8. 8

    Untuk talam di dlm loyang, sapu sedikit minyak pada loyang saiz 9 & alas dgn plastik wrap. Kalau buat satu adunan guna loyang saiz 10 ye..yg ni saya guna separuh drp adunan tadi. Bermakna saya buat separuh di dlm acuan & separuh di dlm loyang. Tuang adunan lapisan bawah & kukus selama 15 minit.

  9. 9

    Setelah lapisan bawah masak, cakar2 @ toreh sedikit permukaannya dgn pisau & tuang adunan lapisan atas. Kukus 15 minit. Kemudian, kukus lagi tanpa penutup selama 5 minit hingga permukaannya kering drp air

  10. 10

    Sejukkan dulu baru keluarkan drp loyang & potong

  11. 11

    Sedia di hidangkan & di nikmati. Sedap makan sejuk2 drp peti ais

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
pada
Klang, Selangor
🍉 Watermelon Lover 🍉Suka buat kuih, desserts, kek & biskut bentuk tembikai 🍉🍉
Baca lagi

Komen (8)

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Cantik nor talam jagung nor... Comel2 jet👍

Resipi Sepertinya