Nasi Ayam Mentega

Ain Mohd Kitchen
Ain Mohd Kitchen @AinMemasakNo1
Pulau Pinang, Malaysia

Nasi ayam sinonim dengan masyarakat cina kan. Lama-kelamaan masyarakat kita pun dh semakin menerima nasi ayam ni, tambahan pula dah macam2 versi nasi ayam zaman sekarang.

Cara akk buat nasi ayam, cengginila. Anak2 lebih suka kaler krim2 gini. Menambah2 nasinya nanti heheh.

Jom masak ✌🏻🥰.

Nasi Ayam Mentega

14 orang bercadang membuatnya

Nasi ayam sinonim dengan masyarakat cina kan. Lama-kelamaan masyarakat kita pun dh semakin menerima nasi ayam ni, tambahan pula dah macam2 versi nasi ayam zaman sekarang.

Cara akk buat nasi ayam, cengginila. Anak2 lebih suka kaler krim2 gini. Menambah2 nasinya nanti heheh.

Jom masak ✌🏻🥰.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1jam 45 mnt
1 hidangan
  1. Bahan A (rebusan ayam)
  2. 1/2ekor ayam (terpulang citarasa masing2)
  3. 1 helaidaun pandan
  4. 1 helaidaun salam
  5. 1peket rempah tumis (kayu manis sekawanan)
  6. 1inci halia diketuk
  7. Bahan B (Nasi)
  8. 3 cawanberas basmati
  9. 2sudu besar butter/ marjerin
  10. 1 helaidaun pandan
  11. 1peket rempah tumis (kayu manis sekawanan)
  12. 1biji bawang basar, 5 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1/2 inci lengkuas (kisar halus semuanya dan bahagi 2 utk nasi dan utk sup)
  13. 1sudu garam
  14. 1sudu perasa masakan hilal
  15. 1mangkuk air rebusan ayam (air ikut sukatan nasi masing2 ye)
  16. Bahan C (Ayam kicap)
  17. 1senduk kecil minyak masak
  18. 1biji bawang merah dikisar
  19. 1 ulasbawang putih dikisar
  20. 1sudu cili kisar
  21. 1sudu kicap dikisar
  22. 1sudu sos tiram dikisar
  23. 1sudu garam
  24. 1sudu perasa masakan
  25. Bahagian D (Sup)
  26. 2sudu minyak masak
  27. 1 batangakar daun ketumbar
  28. 1 helaidaun pandan
  29. 1/2inci halia diketuk
  30. 1biji bawang merah dihiris
  31. 1 ulasbawang putih dihiris
  32. 1bj pelaga dan bunga lawang
  33. 1mangkuk air rebusan ayam
  34. 2 cawanbesar air kosong (tambahan kuah sup)
  35. 1sudu atau lebih bahan kisar utk sup td
  36. 1sudu garam
  37. 1sudu perasa masakan hilal
  38. 1 kepingasam keping
  39. Bahagian E (Sambal)
  40. 2sudu cili yg sudah dimesen
  41. 1mangkuk kecil air kosong
  42. 1sudu cuka
  43. 1sudu garam
  44. 1sudu perasa masakan hilal

Cara Memasak

1jam 45 mnt
  1. 1

    Mula-mula rebus ayam dgn bahan A. Dah siap, asingkan ayam dan air rebusan.

  2. 2

    Tanak nasi dengan masukkan mentega dulu, masukkan air rebusan ayam mngikut sukatan nasi kita. Masukkan bahan kisar.

  3. 3

    Masukkan juga garam, perasa dan beras. Gaul sebati, dan tanak seperti biasa.

  4. 4

    Dah siap masak, bolehla gaulkan bg sebati.

  5. 5

    Sambil tunggu nasi masak, kita proses ayam kicap. Kisar semua bahan C.

  6. 6

    Perap ayam sekejap dgn bahan2 sudah dikisar.

  7. 7

    Kemudian, goreng garing. Lebihan perapan kicap td, buat sambal kicap. Masukkan air kosong, rasa, kalau perlu garam tambah lagi, dah siap, tapis. Boleh ketepikan ayam dan sos kicap.

  8. 8

    Seterusnya, boleh buat sambal. Masakkan kesemua bahan buat sambal, kalau nak pekat boleh tambah bancuhan tepung jagung sikit. Dah siap, ketepikan.

  9. 9

    Seterusnya buat sup. Tumis semua bahan utk sup, masukkan lebihan air rebusan sup, masukkan juga bahan yg dikisar td.

  10. 10

    Lengkapkan semuanya dan biarkan masak mendidih elok.

  11. 11

    Dah siap kesemuanya, bolehlah dihidang utk makan bersama keluarga. Selamat mencuba 🥰.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ain Mohd Kitchen
Ain Mohd Kitchen @AinMemasakNo1
pada
Pulau Pinang, Malaysia
Suka masak 👩🏻‍🍳.Saja nak berkongsi resipi yang sudah dimasak 😍.Suka gambar cantik-cantik walaupun gambar sendiri tak cantik 🥴😅📸.Suka berkawan dengan ahli cookpad yang lain dan sesiapa sahaja yang sudi🥰.Selamat Datang ke ‘Ain Mohd Kitchen’🙋🏻‍♀️.Terima kasih kerana sudi mencuba resipi-resipi saya 😍💐.Jom kita masak ✌🏽🤩.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya