Gulai Udang Tumis Darat Bersama Kacang Buncis

ani skmn
ani skmn @NorSukiman85

Harini saya nak kongsikan satu resepi mudah yang wajib korang cuba iaitu Gulai Udang Tumis Darat. Serius sedap. Suami sampai menambah2. Makan dengan nasi panas2 dan lawankan dengan ikan masin gelama memang sangat win.

Gulai Udang Tumis Darat Bersama Kacang Buncis

Harini saya nak kongsikan satu resepi mudah yang wajib korang cuba iaitu Gulai Udang Tumis Darat. Serius sedap. Suami sampai menambah2. Makan dengan nasi panas2 dan lawankan dengan ikan masin gelama memang sangat win.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
4 orang
  1. Bahan2
  2. 20 ekor udang galah
  3. 5biji bawang merah (kisar halus)
  4. 3biji bawang putih (kisar halus)
  5. 1paket serbuk kari ikan babas
  6. 1paket serbuk cili
  7. Kacang buncis (potong serong)
  8. 5sudu besar air asam jawa
  9. Santan pekat dr 1/2 biji kelapa
  10. 200 mlair
  11. Garam dan gula secukup rasa
  12. Bahan tumis darat :
  13. 3biji bawang merah
  14. 3tangkai daun kari

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Bahan-bahan yang digunakan.

  2. 2

    Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan yang di kisar halus smpai naik bau. Masukkn rempah kari dan serbuk cili yang telah di campurkan dengan sedikit air.

  3. 3

    Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih. Kacau rata kemudian masukkan air. Tutup periuk dan biarkan mendidih lagi.

  4. 4

    Kemudian, masukkan udang dan perasakan dengan garam dan gula. Tuangkan santan pekat dan kacang buncis. Setelah sayur masak, bolehlah di tutupkan api.

  5. 5

    Untuk tumis darat, di kuali lain tumiskan bawang merah dan daun kari sehingga garing. Tutup api dan tuang bahan tersebut ke dalam periuk udang. Tutup tudung periuk. Selamat mencuba!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
ani skmn
ani skmn @NorSukiman85
pada

Komen (8)

Norashikin Rahmat
Norashikin Rahmat @dapurummi_2010
Sedap nampak gulai udang tu.
#love sangat..

Resipi Sepertinya