Ayam Tiga Cawan (Chinese Style Three - Cup Chicken) 🇨🇳

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

Seronok mencuba resepi yg di recook oleh Supermin Cookpad jauh dari China sana..

“Ayam 3 Cawan (Three-Cup Chicken)
Kredit: Lijie Wang (Cookpad China Admin)
https://cookpadchina.com/cn/users/20784303

Three-Cups Chicken merupakan juadah Jiangxi dan dibawa ke Taiwan. Kemudian diolah mengikut citarasa masyarakat Taiwan menjadikan hidangan ini lebih manis. Hidangan ini lebih sedap daripada "Braised Chicken" (Ayam Tumis).

Ada beberapa teori tentang maksud "three-cup". Ada yang mengatakan ianya daripada 1 cawan Minyak, 1 cawan Kicap Masin dan 1 cawan Cecair (Air / Wain Masakan / Lemak Haiwan). Tetapi sekarang saya cuba memasak dengan minyak yang kurang. Daun Selasih segar adalah wajib kerana ianya menambahkan aroma yang istimewa serta rasa manis di dalam hidangan ini. “
-Supermin-

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan ayam (1 sudu besar = 15 ml)
  2. 400 gayam drumsticks/kepak (Uchu guna bahagian campur2)
  3. 1biji cili merah (hiris)
  4. 2biji cili padi merah (hiris): uchu tambah, resepi asal takde
  5. 4-5 helaidaun selasih (sweet basil)
  6. 1labu bawang putih (kupas kulit sahaja)
  7. 8hiris halia
  8. 8 batangdaun bawang (kerat 4)
  9. 3sudu besar minyak bijan
  10. Sos digaul sebati (1 sudu besar = 15 ml)
  11. 8sudu besar air
  12. 4sudu besar kicap masin
  13. 2sudu besar gula batu

Cara Memasak

  1. 1

    Rebus ayam selama 2 minit. (Uchu rebus 4 minit, kemudian tinggal tulang2 ayam dlm air rebusan tu untuk simpan chicken stock. Dah alang2)

  2. 2

    Panaskan minyak bijan dan tumis halia sehingga garing kedua-dua belah.

  3. 3

    Masukkan bawang putih, cili dan daun bawang. Tumis sebentar kemudian tolak2 tepi pan untuk bagi laluan pada ayam.

  4. 4

    Masukkan ayam dan biar ayam sedikit perang dan garing. Baru kacau rata bersama sayuran.

  5. 5

    Masukkan sos dan kacau sebati, lebih kurang 20 minit.

    (Uchu mmg selalu sediakan gula batu yang dikisar untuk memudahkan kerja)

  6. 6

    Kemudian masukkan daun basil. Kacau rata.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen (4)

 Anur Musa
Anur Musa @gula_enau
Gula batu yg dikisar...mcm mana buat nya.. selalu guna utk apa,?

Resipi Sepertinya