Labu Kuning Tumis Belacan Bersama Pucuk Manis

Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Masih lagi sibuk menjahit. Saya, kalau menjahit memang payah nak berhenti mengayuh mesin jahit manual tu. Suami dan anak-anak pun tak berani nak usik. Kalau usik gerenti kena dengan mak singa 😂. Haha.. mak singa tu garang bertempat je. Cukup waktu dia “pause” sekejap tahu la nak buat kerja dia yang lain.
Labu Kuning Tumis Belacan Bersama Pucuk Manis
Masih lagi sibuk menjahit. Saya, kalau menjahit memang payah nak berhenti mengayuh mesin jahit manual tu. Suami dan anak-anak pun tak berani nak usik. Kalau usik gerenti kena dengan mak singa 😂. Haha.. mak singa tu garang bertempat je. Cukup waktu dia “pause” sekejap tahu la nak buat kerja dia yang lain.
Resipi Sepertinya
-
Labu Kuning Masak Manis Bersama Rebung Labu Kuning Masak Manis Bersama Rebung
Rebung dibeli suami saya sudah siap hiris/potong dan direbus dengan sedikit garam memang dah lama terperuk dalam peti ais. Kalau tidak direbus memang dah buruk dah. Hari ni terasa nak masak manis rebung. Kalau kat tempat saya masak rebus campur belacan serai bagai dipanggil masak manis rebus. Kebetulan suami nak makan labu masak manis. Macam ada “link” pulak selera kami hari ni 😁. Alang-alang masak sekali je la. Tak payah nak susah-susah masak dua kali dan dua periuk. Laju je perahu berkayuh hari ni sedar tak sedar sampai dua pinggan 😂 Dapur Yusfarisyia -
Tumis Air Labu Air & Udang Geragau Kecil Tumis Air Labu Air & Udang Geragau Kecil
Resipi dalam draf lama tak diterbit. Alang-alang ada dalam list untuk #GoldenApron23 kenapa tak diterbitkan yer tak?Sayur labu air ni bukan lah sayur kegemaran anak-anak saya. Tetapi kalau dah "mak singa" masak nak tak nak mereka pun tetap menjamah nya walaupun sedikit. Kalau tak dimakan, "mak singa" siap ugut tak nak masak lagi. 🤣 Suami saya dan saya jer lah yang akan makan lebih, itu pun kalau masih panas lagi. Kalau dah sejuk memang akan dibuang kerana sayur labu tu akan jadi lembik, tak suka rasa nya bila dah lembik. Oleh itu setiap kali beli sayur labu air ni, saya akan pilih saiz yang sedang besar boleh dimasak dua kali. Dan kalau waktu nak makan, baru lah dimasak sebab sedap diratah ketika baru siap dimasak. Dapur Yusfarisyia -
Masak Lemak Labu Kuning, Pucuk Manis Dan Udang Masak Lemak Labu Kuning, Pucuk Manis Dan Udang
Cookpad Apron 2025 : Week 17Cookpad Apron Magic 🛒 Week 17 :-🛒 Labu kuning🛒 Santan🛒 CiliSuami beli labu kuning. Dalam hati nak buat kuih dengan labu kuning tapi suami kata buat masak campur udang dan santan. Saya pergi ke belakang rumah pergi petik pucuk manis sedikit untuk dicampur bersama. Kalau arwah mil masih ada, dia lah yang selalu minta pucuk manis yang saya tanam tu sebab saya jarang petik untuk dimasak jadi mil kata sayang tak diambil nanti tua keras tak sedap daun nya. Saya kata, kalau mak nak mak ambil jer mak sebab saya jarang masak pucuk manis tu, suka jer tanam. Mil pun cakap ya lah, bila-bila mak nak nanti mak datang ambil jer lah ya? Saya pun bagitau, ambil jer lah mak, takyah nak minta izin pun. Dalam tengah memasak teringat pada arwah mil, berlinang air mata mengenang makanan kesukaan arwah. Al-fatihah untuk mak. 🥺#CookpadApron2025#Week17#CA2025 Dapur Yusfarisyia -
Pucuk Paku Tumis Belacan Pucuk Paku Tumis Belacan
Sayur kegemaran si bujang saya. Memang tak pernah jemu makan sayur pucuk paku ni. Bila berjauhan dengan nya menitis air mata apabila masak menu kegemaran nya. Apa? Air mata jatuh dalam kuali sayur? Haishh!!! Mana ada la, nasib baik sayur dah siap masak tu baru menitis air mata. 🤗 Dapur Yusfarisyia -
Tumis Labu Kuning & Pucuk Manis Tumis Labu Kuning & Pucuk Manis
Global Apron 2024 Challenge 32: Pumpkin Party 🎉CHALLENGE 32: PUMPKIN PARTY 🎉#PumpkinSayur labu kuning ni slh satu mknan fav kluarga sy, tk kira msk mcm mna pun mesti suka.Labu kuning kaya kdgan nutrisi, spt karbohidrat, protein, sdikit lemak, mcm² vit & mineral.Berikut 7 manfaat labu kuning utk ksihatan :-1. Vit A yg bperanan sbg anti penuaan & mbntu dlm proses pbaharuan sel kulit & jg mningkatkn produksi kolagen utk mbuat kulit nmpak lbh muda & halus.2. Mbantu Mnurunkn Berat BdnKaya dgn serat yg dpt mbuat perut mrsa kenyang lbh lma dgn kalori yg lbh sdikit.3. Ksihatan MataWrna oren labu b'asal dri beta karoten, yg diubah mjdi vit A dlm tubuh. Vit A bperanan penting utk ksihatan mata. Jg mgandungi lutein & zeaxanthin, dua antioksidan yg dipcayai dpt mbantu dlm mcegah katarak & mperlmbatkn pkembgan degenerasi makula.4. Mningkatkn Daya Tahan TubuhVit A dpt mberikn bantuan pd tubuh utk lma mlwn infeksi, virus & pyakit mnular. Ekstrak labu (myk labu) bahkn dpt mbntu mlwn bbgai infeksi bakteria & kulat. Jg kaya dgn vit C yg dpt mbntu sembuh lbh cpt dri skit pilek.5. Mnurunkan Risiko KanserBeta karoten jg dpt mbntu mlwn kanser.6. Kesihatan JantungSerat, kalium & vit C dpt mbntu ksihatan jantung.7. KsuburanZat besi dpt mningkatkn ksuburan.#GlobalApron2024Bahan-Bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :Cili padi (1) + LABU KUNING - BAHAN WAJIB (1) Dapur Yusfarisyia -
Sayur rebung masak rebus manis Sayur rebung masak rebus manis
Sayur rebung masak rebus manis bersama labu kuning memang kegemaran mak saya dan juga mak mertua saya. Kalau dulu suami saya memang tak reti makan menu cenggini tetapi kalau kena dengan menu sampingan seperti sambal belacan, ikan bakar, ikan masin memang tak cukup sepinggan nasi. #goldenapron2020 Dapur Yusfarisyia -
Pucuk Paku Goreng Belacan Pucuk Paku Goreng Belacan
Sayur favourite kami sekeluarga terutama nya anak bujang saya. Apabila si bujang saya berjauhan dari keluarga oleh kerana atas urusan kerja, tiap kali saya nak masak sesuatu makanan kegemaran nya, saya akan rasa sedih. Kadang tu rasa macam tak nak je masak tetapi apabila mengenangkan ada lagi seorang anak yang masih tinggal sama dengan saya nak makan, maka saya akui memang harus memasak untuk nya. Ye la.. mak mana yang tak sayangkan anak? Walaupun bila waktu mak “menyinga” tetapi bila part makanan kesukaan ahli keluarga tersayang hati mak singa pun terus jadi “mengeow” 😆 Dapur Yusfarisyia -
Masak Lemak Pucuk Paku Bersama Labu Kuning Dan Ikan Tahai Salai Masak Lemak Pucuk Paku Bersama Labu Kuning Dan Ikan Tahai Salai
Baru ada kesempatan nak taip resipi hari Jumaat yang lepas punya menu. Ikan Tahai salai pemberian dari adik ipar dah lama terperuk di dalam peti sejuk agak-agak 3-4 bulan. Baru-baru ini adik ipar beri lagi ikan Tahai salai, baru lah teringat pada ikan yang saya simpan di dalam peti sejuk. 🤦🏻♀️Nampak benar ketuaan nya di situ 😂. Kebetulan cik suami balik dari solat Jumaat bawa balik buah labu kuning dan pucuk paku. Timbul idea nak masak lemak. Cik suami saya kalau bab masakan yang berlemak-lemak ni memang kurang gemar sebab perut dia alah pada lemak santan yang pekat. Kalau yang sedikit cair kira masih okay lagi. Dapur Yusfarisyia -
Tumis Rebus Belacan Ubi & Pucuk Ubi Tumis Rebus Belacan Ubi & Pucuk Ubi
TERKENANG SEMASA DULU, ini lah menu yg paling sedap yg pernah sy rasa. Dulu, hidup kami tak lah sesenang mana pun spt org lain tetapi alhamdulillah kami adik beradik cukup bahagia. Dlm kami bahagia tu kami tak pernah pun terfikir sama ada mak & arwah bapak kami pd ketika itu sama ada bahagia atau tidak? Ya lah hidup di usia sebegitu memang tak pernah terlintas di fikiran pun tentang masalah. Sebab jika ada masalah, mak bapak lah yg akan cuba selesaikan masalah tu. Bila dah jadi ibu kpd anak² & jadi isteri kpd seorg suami, sekarang baru lah sy faham erti kehidupan mak bapak kita dahulu. Bagaimana mereka nak tengok anak² mereka hidup dlm serba mencukupi. Sanggup berkorban segala nya walaupun diri sendiri tengah ada masalah.Kami 8 orang adik beradik, bapak pula kerja operator telefon di hospital kerajaan. Byk mana lah sgt gaji nya? Tambang bas ulang-alik dri rumah ke tempat kerja, belanja mkn minum lgi. Duit anak² sekolah & sbgai nya. Mak surirumah jer. Kdg bapak ambil upah buat lukisan mural, mengajar remaja2 bermain badminton, membaiki raket badminton & merekacipta logo. Mak pula ambil upah basuh pakaian jiran2 yg bekerja. Semua tu buat menambah pendapatan keluarga kami. Mak jg bercucuk tanam di kwsn depan & tepi rumah kuarters tempat kami tinggal. Apabila hujung bulan kami jarang dpt mkn daging atau ayam. Kami akan mkn ikan kering & hasil tanaman mak. Ini lah menu yg mak selalu buat untuk kami kalau hujung bulan. Adeh.. Habuk masuk mata la pulak 🥺😢 Dapur Yusfarisyia -
Pucuk Keledek Tumis Belacan Pucuk Keledek Tumis Belacan
Hajatnya nak masak kangkung. Pergi pasaraya, nampak macam kangkung, terus grab. Pastu adik kerja kat situ tegur, kak tu pucuk keledek taw, bukan kangkung.Faa mcm ehh ye ke? Haha.Takpe laa benda dah ambik, lagi sedap pucuk keledek. Hehehe. Kakak Faa -
Cempedak Muda Tumis Belacan Cempedak Muda Tumis Belacan
Ini lah masakan yang selalu dibuat oleh mak saya apabila ada cempedak/nangka muda selain daripada dibuat masak lemak. Sekali-sekala tu memang sedap sangat dimakan bersama nasi putih dan ikan goreng. Dapur Yusfarisyia -
Pucuk Keledek Tumis Belacan Pucuk Keledek Tumis Belacan
Lama dah tak jumpa jiran saya yang seorang ni. Dia menjaga ayah nya yang kurang sihat di kampung halaman nya di daerah Sarikei. Tinggal la suami dan anak bujang nya di rumah sewa mereka yang tak jauh dari rumah saya. Awal pagi tadi saya terdengar suara jiran saya datang bersama suami dia. Happy nya saya sebab lama tak jumpa. Setiap kali dia datang, pasti ada hasil kebun nya untuk dijual. Sepanjang dia di Sarikei, kebun kecil nya (di rumah sewa) tak terjaga dan hasil kebun nya takde siapa yang tolong jualkan. Suami dan anak bujang nya masing-masing sibuk bekerja dan tak reti nak jual kepada jiran-jiran sebab segan kata nya.Sayur keledek ni antara hasil kebun nya yang dapat saya beli bersama pisang abu. Yang lain saya tak sempat nak “grab” kerana jiran lain dah dapat dulu. 😆 Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/15158045
Komen