Masak Lemak Labu Kuning, Pucuk Manis Dan Udang

Cookpad Apron 2025 : Week 17
Cookpad Apron Magic 🛒 Week 17 :-
🛒 Labu kuning
🛒 Santan
🛒 Cili
Suami beli labu kuning. Dalam hati nak buat kuih dengan labu kuning tapi suami kata buat masak campur udang dan santan. Saya pergi ke belakang rumah pergi petik pucuk manis sedikit untuk dicampur bersama. Kalau arwah mil masih ada, dia lah yang selalu minta pucuk manis yang saya tanam tu sebab saya jarang petik untuk dimasak jadi mil kata sayang tak diambil nanti tua keras tak sedap daun nya. Saya kata, kalau mak nak mak ambil jer mak sebab saya jarang masak pucuk manis tu, suka jer tanam. Mil pun cakap ya lah, bila-bila mak nak nanti mak datang ambil jer lah ya? Saya pun bagitau, ambil jer lah mak, takyah nak minta izin pun. Dalam tengah memasak teringat pada arwah mil, berlinang air mata mengenang makanan kesukaan arwah. Al-fatihah untuk mak. 🥺
Masak Lemak Labu Kuning, Pucuk Manis Dan Udang
Cookpad Apron 2025 : Week 17
Cookpad Apron Magic 🛒 Week 17 :-
🛒 Labu kuning
🛒 Santan
🛒 Cili
Suami beli labu kuning. Dalam hati nak buat kuih dengan labu kuning tapi suami kata buat masak campur udang dan santan. Saya pergi ke belakang rumah pergi petik pucuk manis sedikit untuk dicampur bersama. Kalau arwah mil masih ada, dia lah yang selalu minta pucuk manis yang saya tanam tu sebab saya jarang petik untuk dimasak jadi mil kata sayang tak diambil nanti tua keras tak sedap daun nya. Saya kata, kalau mak nak mak ambil jer mak sebab saya jarang masak pucuk manis tu, suka jer tanam. Mil pun cakap ya lah, bila-bila mak nak nanti mak datang ambil jer lah ya? Saya pun bagitau, ambil jer lah mak, takyah nak minta izin pun. Dalam tengah memasak teringat pada arwah mil, berlinang air mata mengenang makanan kesukaan arwah. Al-fatihah untuk mak. 🥺
Cara Memasak
- 1
Kupas kulit labu kuning dan potong, cuci dan masukkan ke dalam periuk bersama air, serai, cili kering, bawang merah dan serbuk kunyit. Masak hingga mendidih.
- 2
Apabila labu kuning hampir empuk, masukkan pucuk manis yang telah dicuci dan ditoskan. Kacau rata, masukkan secukup rasa dan serbuk udang kering. Adjust rasa mengikut sesuai selera.
- 3
Akhir sekali masukkan udang dan kacau seketika hingga udang masak. Tutupkan api dan boleh dihidangkan. Jika suka pekat santan nya, boleh tambah ikut selera masing-masing. Saya buat tak berapa nak pekat sebab suami yang minta.
Resipi Pautan
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Masak Lemak Pucuk, Labu Kuning & Cencaluk Masak Lemak Pucuk, Labu Kuning & Cencaluk
CHALLENGE 28: MALAY FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾 #HariMalaysiake61 #16SeptemberBuah labu kuning, pucuk labu, pisang lemak manis, cili padi dan jem buah roselle disedekah jiran depan rumah. Kata nya hasil tanaman nya menjadi dengan subur nya. Dia pulak duduk berdua jer dengan aunty Ann, jadi dia sedekahkan kepada saya dan jiran di belakang rumah saya. Kami saling berbahagi rezeki hasil tanaman di kawasan rumah masing-masing tak kira banyak atau sedikit, asal sama-sama dapat merasai nya pun dah bersyukur.Hari ni buat masak lemak jer, bila sel-sel otak mula berhubung pasal cencaluk, sampai tak larat nak buat haha.. Terpaksa taip dulu resipi dan buat nya kemudian sebab takut terlupa. Nampak gaya nya nak kena beli lagi cencaluk ni. 😅#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cencaluk (R) + (5 BONUS POINT per resipi) + cili padi (1) + kunyit basah (1) + santan (1) + serai (R) Dapur Yusfarisyia -
Masak Lemak Udang, Labu Kuning & Cencaluk Masak Lemak Udang, Labu Kuning & Cencaluk
CHALLENGE 28: MALAY FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾 #HariMalaysiake61 #16SeptemberMasih tak boleh lupa rasa sedap masak lemak pucuk labu, labu kuning dan cencaluk 3 hari lepas, si dara minta lagi dibuat kali ni campur udang pulak. Alang-alang nak buat untuk masuk cabaran 28 (Malay Food), saya tambah lagi satu bahan ia itu cekur. Gigih korek cekur yang ditanam di dalam pasu, daun nya menjadi subur tetapi ubi nya kecik-kecik jer. Dapat sedikit pun kira bersyukur lah jugak. Kalau bubuh banyak, karang si dara tak nak makan sebab dia boleh tahu maklum lah deria rempah ratus nya kuat 😆 sikit jer dia boleh tahu.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cekur (2) + cencaluk (R) + (5 BONUS POINT per resipi) + cili padi (R) + daun kunyit (1) + kunyit basah (R) + santan (R) + serai (R) Dapur Yusfarisyia -
Masak Lemak Labu Kuning Masak Lemak Labu Kuning
Global Apron 2024 Challenge 15: Hometown FaveMasak lemak labu kuning ni kesukaan mak saya, saya dan anak-anak tak kira masak lemak kuning atau putih. Cik somi saya pulak kurang gemar kerana perut dia alah pada santan yang pekat, dia lebih suka masak lemak cair. Selalu mak akan campurkan ikan mayong masin. Makan pulak dengan sambal belacan dan ulam-ulaman, nasi putih panas-panas perghhh! Bertambah-tambah makan. Hari ni saya tak campurkan ikan mayong masin sebab takde stok kat rumah.#GlobalApron2024Bahan-bahanCOOKPAD MAGIC PANTRY :-Ayam (1) + cili (R) + ikan bilis (2) + santan (R) + serai (1) Dapur Yusfarisyia -
Masak Rebus Manis Labu Kuning & Bayam Masak Rebus Manis Labu Kuning & Bayam
Global Apron 2024 Challenge 32: Pumpkin Party 🎉CHALLENGE 32: PUMPKIN PARTY 🎉#PumpkinLabu kuning dimasak rebus manis ni memang favourite kami lagi-lagi suami saya yang tengah demam dan batuk, suka makan yang berhirup. Dia tak nak makan sup ayam jadi saya masakkan labu kuning berkuah, ditambah dengan sayur bayam, lobak merah dan udang segar. Nutrisi daripada bermacam jenis sayur tu sangat baik. Masak pun tak guna minyak jadi takde lah batuk dia tu melarat sangat. Alhamdulillah berselera dia makan.#GlobalApron2024Bahan-Bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :Cili padi (R) + LABU KUNING - BAHAN WAJIB (R) + lobak merah (R) + sayur bayam (1) + serai (1) + udang segar (2) Dapur Yusfarisyia -
Labu Air Tumis Santan Labu Air Tumis Santan
Resipi lama dalam galeri fon.Bila dah asyik petik labu air yang ditanam sendiri, tak tahu nak masak apa dah. Anak-anak memang tak gemar sayur labu air ni. Suami saya suka, saya pulak nak kata suka tu, tak jugak.. Nak kata tak suka pun tak jugak. Tengok jugak lah kekerapan hari memasak sayur labu air ni. Bila dah buah nya menjadi dengan banyak nya hingga tak termakan, sedekah kat jiran-jiran, keluarga sendiri, kawan-kawan pun masih banyak buah nya. Arwah m.i.l bagitau dia hairan tengok kenapa dia tanam tak menjadi buah nya, kawasan tanah rumah m.i.l luas kalau menjadi memang tak tau nak cakap, boleh hantar kat kedai-kedai kot. 😅 Dapur Yusfarisyia -
Masak Lemak Labu Dan Pucuk Labu (Mottainai : Cook Them Unpeeled/Cook The Whole Thing) Masak Lemak Labu Dan Pucuk Labu (Mottainai : Cook Them Unpeeled/Cook The Whole Thing)
#CookEveryPart4 resipi #mottainai #WorldFoodDay #CookThemUnpeeledCookTheWholeThingMaaf la, tema kata Cook Them Unpeeled tapi saya kupas kulit labu tu. Oleh kerana suami dan si dara tak berapa suka makan bahagian kulit labu kuning, jadi saya kisarkan sahaja kulit labu bersama biji labu kemudian dimasak bersama labu dan pucuk serta tangkai nya yang muda. Terima kasih @kamarullah atas inpirasi nya 🤗So, kira aci la kan? 😅Labu yang saya tanam di belakang rumah asyik gugur je buah nya. Bentuk buah nya sedikit panjang/lonjong. Takde rezeki tetapi labu yang saya tanam di tepi rumah berbentuk bulat tak banyak bunga betina nya berbanding yang bentuk lonjong tu lebih banyak tetapi buah nya asyik gugur. Alhamdulillah dapat juga merasa buah labu bentuk bulat yang ditanam sendiri. Separuh bagi pada mak mertua. Daripada menjadi semak di belakang rumah, saya ambil pucuk labu untuk dimasak. Sedekah juga kepada jiran pucuk labu sebab banyak. Dapur Yusfarisyia -
Masak Lemak Labu Pucuk Manis Masak Lemak Labu Pucuk Manis
085/Julai2025/TerusMelangkah3k/Cookpad5th/2245 #TerusMelangkah3k❤️ Cookpad Apron 2025 Week 17 ❤️ #CookpadApron2025 #CA2025Masak lemak labu ni boleh dikatakan comfort food bagi hakak. Asal ada labu je. Memang ni ler menunya. Kadang2 hakak buat masak bening je. Tapi tetap gabungan labu dan pucuk manis. Sedap tau makan dengan nasi putih panas. Ada Ikan goreng dan sambal belacan 🤤. Ajer sedap bebenor 😆Cookpad Magic Cart ( Week 17) :🛒 Labu🛒 Ikan Bilis🛒 Santan Salina Jalaludin -
Masak Rebus Manis Rebung & Labu Kuning Masak Rebus Manis Rebung & Labu Kuning
Global Apron 2024 Challenge 29: BORNEO FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth #HariMalaysiake61 #16September🇲🇾#Sabah #Sarawak #BorneoFoodCultureMenu msk rebus manis rebung/msk rebus manis labu kuning ni mmg slalu dimsk oleh golongan tua di Swak. Lwn/gu dgn nasi beras kmpg, smbal belacan, ulam²n, ikan masin goreng & ikan bkr bodoh. Golongan muda pun ada yg suka dgn menu ni bg yg sjenis yg suka mhirup kuah yg simple bgini. Tp scara jujur nya menu ni slalu dimsk di kmpg². Apabila ada peluang balik ke kmpg sbelah suami, mmg seronok sgt dpt msk & mkn bsma ahli kluarga mrk. Apabila mrk bsembang, rsa nak pecah gegendang telinga mdgr suara mrk yg nyaring & yg paling best pelat & bhsa mlayu swak mrk tlalu byk mgunakn bhsa dipendekn mbuat sy kurang fhm & lmbt tgkp mksud nya spt cth, "bila hau tang tek?" = "bila kau datang tek?" & byk lg, seronok jgk bljr asyik ulang² ikut rentak cara ptuturan mrk. Kdg tu tgelak jgk 😅#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Belacan (1) + cili padi (R) + rebung (2) + serai (R) Dapur Yusfarisyia -
Lemak Putih Labu & Pucuk Manis Lemak Putih Labu & Pucuk Manis
292/Oktober2024/TerusMelangkah3k/Cookpad5th/2091 #TerusMelangkah3k ❤️ Global Apron 2024 Challenge 32 : PUMPKIN PARTY 🎉 🎃 ❤️ #GlobalApron2024Resipi ringkas je dengan menggabungkan labu dengan pucuk manis. Makan dengan nasi putih panas, Ikan goreng dan sambal belacan. Sedap baq hang 😋Bahan yang digunakan :* labu kuning(1 point)* tembikai (1point)Total = 2 points 🎊 Salina Jalaludin -
Masak Lemak Pucuk Labu Masak Lemak Pucuk Labu
🧑🍳661🧑🍳🍽️97/2023🍽️#GoldenApron23#Week9#PlayOff#PucukLabuPucuk labu memang kegemaran ummi tapi tak boleh makan selalu nanti badan berangin jer..🤭😄Masak lemak dengan bilis atau udang jering memang rare .Sedap takleh bawa bincang Ummi meratah jer.Ada pulak isi labu kuning ni memang tak tolak lah.... Q'leenalee's Kitchen -
Labu dan Pucuk Manis Masak Lemak Labu dan Pucuk Manis Masak Lemak
Sedap rupa-rupanya gabungan labu dan pucuk manis masak lemak. Dulu buat labu masak lemak sahaja.Nak tanya, selain gandingan dengan pucuk manis, labu sesuai dicampur dengan sayur apa?#globalapron2024#challenge9#familyfave#IkanBilisSantan3. Ikan bilis (2 point)16. Santan (1 point Alia Ali -
Labu Kuning & Udang Masak Lemak Cili Padi Labu Kuning & Udang Masak Lemak Cili Padi
320/2024 (1873/2K)Global Apron Challenge 32: Pumpkin Party 🎉#GlobalApron2024Cookpad Magic Pantry List:8- udang 9- kacang panjang 10-santan 11-serai 12-cili padiWAJIB -labuMenu yang banyak kali juga Uchu repeat dalam setahun..😁 gabungan udang dengan labu hasilkan rasa manis tersendiri. Sesimple Loralin
Lebih Banyak Resipi
Komen