Scotch Broth Soup

Nihadriz Niha
Nihadriz Niha @Nihadriz
Bandar Baru Salak Tinggi

Sup ni dibuat daripada apa sahaja daging, sayuran dan bijirin yang ada di dapur. Sangat mengenyangkan. Tambahan Raya Haji baru-baru ni ada dapat kiriman daging kibas (a large lamb) daripada emak. Jadi saya masukkan daging.

Anda boleh masukkan apa juga jenis sayur, termasuklah kentang, ubi-ubian seperti parsnip, rutabaga, tapi sini kan Malaysia, kita pakai je apa yang senang nak dapatkan dari Kedai Acheh dalam kampung sana hehehehehe.

Jadi, mari kita orang Malaysia terbang ke "The Land of Lochs and Legends" iaitu SCOTLAND.

And yes, this is a one-pot dish. Yayyyy

#cppassport

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
4-5 orang
  1. 500-600 gdaging kambing dengan tulang
  2. 2sudu besar mentega
  3. 1labu bawang besar, dicincang
  4. 1labu bawang Holland, dicincang
  5. 3-5 ulasbawang putih, dicincang
  6. 1/2 cawanbijian barli, dibersihkan (boleh guna beras atau steel cut / rolled oats)
  7. 1/4 cawankacang dhal (lentils)
  8. 2 helaidaun salam (bay leaves)
  9. 1sudu kecil lada hitam, ditumbuk kasar
  10. 1sudu besar garam Himalaya
  11. 1.5 literair rebusan ayam lebihkan jika suka cair
  12. 1 batanglobak merah saiz besar, didadu
  13. 2 batangsaderi, dipotong kasar
  14. 1 cawanhirisan kubis
  15. 1/2 cawandaun bawang, dipotong (resipi asal pakai leek)
  16. Sedikitdaun sup untuk tabur (resipi asal pakai parsli)

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Panaskan periuk, masukkan mentega dan tumiskan bawang-bawang sehingga naik bau. Masukkan daging dan gaulkan dalam 10 minit.

  2. 2

    Masukkan barli, kacang dhal, air rebusan ayam dan lada hitam serta garam. Renih selama 1-2 jam, bergantung kepada daging. Saya pakai pressure cooker, jadi dalam 30 minit je hehehehe.

  3. 3

    Selepas daging empuk, leraikan daging dan masukkan semula ke dalam periuk.

    Keluarkan daun salam, masukkan lobak merah dan saderi, masak 15-20 minit supaya lembut.

  4. 4

    Sedia dihidang begitu sahaja. Nak makan dengan roti pun boleh sangat. Boleh tambah air stok ayam sekiranya mahu cair.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nihadriz Niha
Nihadriz Niha @Nihadriz
pada
Bandar Baru Salak Tinggi
Peneraju When Makcik Bakes.Mak anak 4.Suka baking dan fotografi.Ikuti tips dan resipi bebas gluten di Instagram @whenmakcikbakes atau Facebook Page When Makcik Bakes.
Baca lagi

Komen (2)

Resipi Sepertinya