Laksa Johor

Sajian tradisi Bangsa Johor. Tak luput ditelan zaman.
Laksa Johor
Sajian tradisi Bangsa Johor. Tak luput ditelan zaman.
Cara Memasak
- 1
Didihkan air, masukkan sedikit garam & minyak. Rebus Spaghetti hingga el dante. Toskan & bentukkan cap.
- 2
Rebus ikan dengan asam keping, buang tulang, kisar halus isi ikan bersama air rebusan, udang kering & isi ikan kurau masin.
- 3
Kisar bahan B.
- 4
Panaskan minyak, tumiskan Bahan B hingga naik minyak.
- 5
Masukkan cili kisar, rempah kari, kerisik & kacau lagi hingga naik minyak.
- 6
Masukkan Bahan A.
- 7
Masukkan air, air asam jawa, santan, bunga kantan dibelah 4 & garam.
- 8
Masak hingga kuah pekat dengan api perlahan. Kuah tidak akan mudah basi jika dimasak lebih lama.
- 9
Setelah masak, bolehlah dihidangkan bersama ulam-ulaman yang dihiris halus.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Laksa johor Laksa johor
#goldenapron2020 #bazaarramadanDulu sebelum kahwin tak tau pun yang johor ada laksa johor. Yang tau laksa penang laksa kelantan. Mungkin cara nak buat tu agak leceh sikit. Sebab tu tak ramai yang pandai buat laksa johor ni. Laksa johor agak pekat. Itu disebabkan kerana dimasak menggunakan ikan dan rempah ratus yang terpilih.Lagi satu orang johor makan laksa johor ni guna spaghetti bukan guna mee biasa dan mereka juga makan menggunakan jari jemari bukan pakai sudu garpu. Laksa johor ni kategori laksa yang mahal. Menajadi hidangan istimewa pada hari raya dan dihidangkan untuk majlis tertentu.Suka makan laksa johor ni tapi nak buat tu agak bercinta sedikit. Laksa johor agak rumit sedikit berbanding laksa yang lain. Dalam resepi sepatutnya gunakan ikan parang. Tapi sebab pkp ikan paramg susah nak dapat. Jadi kita gantikan dia menggunakan ikan sardin. Rasa tak jauh beza. Tetap berlemak. Selamat mencuba.. Sue Hana -
Laksa Johor Laksa Johor
Bila tengok dalam peti ais ummi, ada seketul ekor tenggiri.Ada spaghetti dah rebus.Tinggal beli ulam ulam je.Terus laa teringin mencuba masak sendiri laksa johor.Tapi versi apa ada je laa.Kaji selidik sikit resipi2 kat google.Alhamdulillah sedap.Licin makan.Warga Johor kalau ada tersalah resipi tu maaf ya.🥰#ramadanbattle #teamberbuka Kakak Faa -
Laksa Johor (Ikan Tenggiri dan Ikan Parang) Laksa Johor (Ikan Tenggiri dan Ikan Parang)
Kali pertama cuba masak laksa Johor guna bahan sedia ada. Memang lain la rasanya dari laksam atau pun laksa utara yang selalu saya makan. Sengaja guna 2 jenis ikan ja iaitu ikan tenggiri dan ikan parang sebab nak tahu perbezaan rasa dan aroma . Memang sedap sangat. Sampaikan terlupa nak ambik gambar sambal belacan. Elok dah habis makan, baru teringat. Ha..ha..Rezeki pulak dapat beli ikan-ikan ni hanya RM15.00 kat pasar pagi. Tu pun nasib baik cepat. Kalau tak, tinggal bekas je. Pandai orang yang jual ikan-ikan ni sebab letak siap-siap satu set. Maklum la laksa Johor tengah popular kan.Bagi saya, semua jenis laksa sedap. Punya keistimewaan dan peminat sendiri. Maka kita raikan perbezaan. Kawan-kawan yang pandai masak laksa Johor ni, saya tabik spring la sebab renyah nak jugak nak sediakan. Jom makan laksa Johor. Rose Nani Nizah Nayan -
Laksa johor cookpad Laksa johor cookpad
#johor#goldenticket#cookpadmy1stbdaySaya berasal dari Batu pahat,Johor,tidak pernah makan laksa johor semasa bujang dulu,sebab saya sangka kuah dari ikan pasti rasanya hanyir,tetapi saya silap..kali pertama rasa makan masa anak satu,kawan sekerja di Pontian bawak port luck (kita orang panggil kuih teriak🤭)kawan-kawan mengusik kata tak Johor lah kalau tak makan..dan itulah kali pertama saya makan..🥰sedap rupanya..licin pinggan saya makan🤭...saya terus minta resepi salin resepi..dari 2 org kawan..resepi tu saya gabungkan..dan jadilah satu resepi yang menjadi kegemaran suami,anak-anak malahan keluarga mertua saya.Tiap kali jamuan raya untuk keluarga mertua Laksa Johor pasti ada.🥰. Faridah Jaafar -
Laksa Johor Laksa Johor
Sorry yer...sy letak resepi dalam ini untuk rujukan saya..so resepinya x berapa jelas cukup yg saya paham..minta maaf sekiranya resepinya memeningkan kepala 😅🙏 MHD90 -
Laksa Johor Laksa Johor
Teringin nak makan laksa Johor.biasa makan yg adik ipar buatkan.tapi kali ini saya cuba buat sendiri pula.Ni laksa Johor versi Pahang.sedap je bagi saya bila makan(puji masakan sendiri😂) Lily Suryani Mohd Ali -
-
Laksa johor #phopbylinimohamad Laksa johor #phopbylinimohamad
Resepi fusion hari nie kombinasi tempatan dan barat. Laksa johor. Setiap negeri ada laksanya yang tersendiri. Laksa johor menggunakan mee spegeti dan kuah lemak yang pekat bersama dengan sambal belacan. Sedap menjadi menu berbuka puasa. Ila Dila -
-
Laksa Johor 🇲🇾 Laksa Johor 🇲🇾
Sejarah Laksa JohorLaksa Johor adalah salah satu laksa yang popular di Malaysia. Ianya penuh sejarah dan ada 'identiti' tersendiri.Di Malaysia, hanya laksa Johor saja yang menggunakan spaghetti sebagai "mi" laksa. Mengikut cerita orang dulu kala, sebab laksa Johor ber 'mi' kan spaghetti, isteri Sultan Johor pada waktu itu ialah wanita Inggeris, maka ia telah di 'upgrade' berkuahkan gaya orang melayu tapi dimakan bersama spaghetti dan kalau ikut style orang2 Johor, makan laksa dengan tangan, jangan tak caya.Satu lagi, kalau ikut secara tradisinya, laksa Johor menggunakan isi ikan parang. Memang leceh nak buat kuahnya. Kalau orang dulu nak buat laksa Johor ambil masa 2 hari, sehari untuk mengasingkan isi ikan parang dan sehari lagi sesi memasak kuah laksa"Tapi saya guna ikan kembung je. Pun sedap juga. Asalkan bahan-bahan kuahnya yg lain sama... Hanya beza ikan je.Orang johor wajib tau masak laksa johor ni.. Barulah orang johor.#cppassport Noor Atika Mahamood -
Laksa Johor Hidangan Teragung Laksa Johor Hidangan Teragung
Laksa Johor sememangnya terkenal kerana kelainan resepi dan juga pilihan mee spageti sebagai gandingan kuah ikannya yang juga unik dengan tambahan kerisik kelapa. Jom saya kongsikan step mudah untuk masak pantas namun mampu memikat selera ramai. Faradilla -
Laksa Johor Mudah Laksa Johor Mudah
#goldenapron2020 #minggu23Rindu betul nak makan laksa Johor, tapi nak buat tu punyalah bercinta. Kawan bagitau sekarang ni dah mudah, banyak jer jual pes laksa Johor di Shoppe. Tapi, ulam - ulaman tu kene buat sendiri la.Yahoooo, sekarang semuanya dihujung jari sahaja. Apalagi, jom kita masak. Mardiana Jaafar
Lebih Banyak Resipi
Komen (19)
Sedapnya...terima kasih share resepi