Mee Sotong (PULAU PINANG PULAU MUTIARA)

Kakak Faa
Kakak Faa @dapurfaafeefoo
Kuantan, Pahang, Malaysia

Inspirasi dari Mee Sotong Hameed Pata yang popular di Pulau Pinang.

Tapi hakikatnya, dah dua tiga kali ke sana, tak pernah merasa walau sekali pun Mee Sotong ni.

Asyik full, habis dan kadang tak sempat pergi. Sedih. So sempena Merdeka Passport, kita cuba lah.

Buat sambal sotong kembang, ambil sambal sotong sikit, buat mee goreng mamak, resipi sendiri. Hasil dari tgk pembuatan mee hameed pata kat YouTube. Boleh laa, ada rasa. Nak kata sama, memang tak laa, sebab yang the original pun xpernah rasa. Janji sedap, Alhamdulillah.

#merdekapassport

Mee Sotong (PULAU PINANG PULAU MUTIARA)

8 orang bercadang membuatnya

Inspirasi dari Mee Sotong Hameed Pata yang popular di Pulau Pinang.

Tapi hakikatnya, dah dua tiga kali ke sana, tak pernah merasa walau sekali pun Mee Sotong ni.

Asyik full, habis dan kadang tak sempat pergi. Sedih. So sempena Merdeka Passport, kita cuba lah.

Buat sambal sotong kembang, ambil sambal sotong sikit, buat mee goreng mamak, resipi sendiri. Hasil dari tgk pembuatan mee hameed pata kat YouTube. Boleh laa, ada rasa. Nak kata sama, memang tak laa, sebab yang the original pun xpernah rasa. Janji sedap, Alhamdulillah.

#merdekapassport

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit
3-4 orang
  1. Bahan sambal sotong kembang
  2. 1ekor sotong kembang (basuh bersih, hiris)
  3. 2biji bawang besar *
  4. 2 ulasbawang putih *
  5. 5-7tangkai lada kering * (rendam sampi lembut)
  6. 1 cawanminyak
  7. Sekeping kecil gula melaka
  8. 1-2asam keping
  9. 5 cawanair
  10. Garam dan serbuk perasa secukup rasa
  11. Bahan mee goreng mamak
  12. 1 cawansambal sotong kembang (sambal shj)
  13. 1paket fishball (poton)
  14. 2 kepingtauhu (goreng garing dan hiris)
  15. 2 cawankobis
  16. 3biji telur
  17. Kicap lemak manis secukup rasa
  18. 1bungkus mi kuning (basuh dan toskan)

Cara Memasak

1 jam 30 minit
  1. 1

    Kisar bahan tanda * sampai lumat. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampi garing dan pecah minyak.

  2. 2

    Masukkan gula melaka, asam keping dan sotong kembang. Kacau sampai gula larut.

    Masukkan air. Perasakan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau, perlahan kan api, reneh sampai sambal kering. Kacau sekali sekala. Tutup kuali supaya sotong cepat empuk.

  3. 3

    Bila sambal dah kering, sotong dah empuk, angkat sambal sotong.

    Tinggalkan dalam lebih kurang secawan sambal sahaja dalam kuali.

  4. 4

    Buka api, masukkan fishball. Kacau sebati, perasakan dengan kicap lemak manis secukup rasa. Kacau dan tambah mi. Kacau sebati.

  5. 5

    Pecahkan telur, masukkan kobis dan tauhu. Besarkan api, kacau sehingga semuanya masak sekata. Tutup api. Siap.

    Hidangkan mee goreng dan sambal sotong. Letak hirisan limau.

  6. 6

    Siap untuk dihidang panas-panas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Kakak Faa
Kakak Faa @dapurfaafeefoo
pada
Kuantan, Pahang, Malaysia
Faa sangat suka masak,Masak untuk yang tersayang,Semua juadah Allah bagi enak,Syukur dengan rezeki yang terhidang.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya