Masak Lemak Cili Api Udang Galah

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik

Merecik udang masak lemak cili api. Sedap tak boleh kata apa mesti menambah. Kuah lemak tu letak banjir sikit dalam nasi perghhh... sedap sangat😋

Masak Lemak Cili Api Udang Galah

Merecik udang masak lemak cili api. Sedap tak boleh kata apa mesti menambah. Kuah lemak tu letak banjir sikit dalam nasi perghhh... sedap sangat😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 15ekor udang galah/udang saiz besar - dibersihkan
  2. 1 kotaksantan
  3. 1 batangserai - diketuk
  4. 10biji cili api
  5. 2biji bawang merah - dihiris halus
  6. 2 ulasbawang putih - dihiris halus
  7. 1 helaidaun kunyit - dihiris halus atau dicarik sahaja
  8. 1 kepingasam gelugor
  9. 1/2sudu kecil serbuk kunyit
  10. 1 1/2 sudu tehgaram halus
  11. Sedikitgula secukup rasa - (jika perlu)

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan sedikit minyak tumis serai, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih tumis hingga naik bau dan layu.

  2. 2

    Tuang santan, jika pekat tambah air ikut citarasa, letak asam keping, serbuk kunyit, daun kunyit dan kacau. Kemudian masukkan garam dan gula jika perlu secukup rasa.

  3. 3

    Letak udang masak hingga santan mendidih, pastikan sentiasa kacau supaya kuah santan tak pecah minyak. Siap, sedia untuk dihidang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
pada
Dapur MerecikFollow saya di CookPadFollow FB Julia Aleen AireishFollow IG julia_aleenaireishSuka up macam-macam resipiMasak dengan penuh kasih sayang baru merecik
Baca lagi

Komen (3)

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Cantiknya dia terbaring dalam mangkuk tu yea😍😋😋😋👍

Resipi Sepertinya