Sotong Masak Serai

FZ Adzlin
FZ Adzlin @NOADZ17

Sotong masak serai ni..boleh di buat dua versi... Versi kering atau sedikit berkuah..

Tapi hari ni Alin buat berkuah sebab tak masak lauk lain dah..jadi biarlah berkuah sedikit kan..

Kalau nak pedas..boleh tukarkan cili besar kepada cili api..tapi Alin letak cili besar je..

Hari ni dapat sotong besar besar dan segar..ermmm..memang sedap dan manis lah masak macamni..

Sotong Masak Serai

Sotong masak serai ni..boleh di buat dua versi... Versi kering atau sedikit berkuah..

Tapi hari ni Alin buat berkuah sebab tak masak lauk lain dah..jadi biarlah berkuah sedikit kan..

Kalau nak pedas..boleh tukarkan cili besar kepada cili api..tapi Alin letak cili besar je..

Hari ni dapat sotong besar besar dan segar..ermmm..memang sedap dan manis lah masak macamni..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 3ekor sotong (480gram)
  2. 1biji bawang besar (Holland)*
  3. 1tangkai cili besar merah*
  4. 2 ulasbawang putih*
  5. 1inci lengkuas*
  6. Setengah inci kunyit hidup"
  7. Bahan bertanda *dikisar
  8. 2 batangserai (di ketuk)
  9. 2 helaidaun limau purut
  10. 1 kepingasam gelugor
  11. 1sudu kecil secukup rasa maggie
  12. 1sudu kecil garam
  13. 1sudu besar susu sejat

Cara Memasak

  1. 1

    Kisar bahan bertanda kemudian tuangkan sedikit..ke dalam sotong..jangan tuang semua..gaul sebati dan perahkan setengah jam..

  2. 2

    Kemudian..lebihan bahan kisar tadi..tumis bersama serai..sampai masak dan pecah minyak... kemudian masukkan sotong yang telah di perap..goreng sampai air sotong turun dan masak..jika nak kuah kering.biarkan airnya kering..jika suka berkuah..biarkan je airnya..dan tambahkan dengan sedikit air..

  3. 3

    Masukkan sekeping asam keping.2 helai daun limau purut di buang urat..letakkan garam..dan secukup rasa

  4. 4

    Dan satu sudu besar susu sejat...kacau sebati biarkan sampai sotong masak....boleh tutup api

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
FZ Adzlin
FZ Adzlin @NOADZ17
pada
A recipe has no soul. You, as the cook must 𝙗𝙧𝙞𝙣𝙜 𝙨𝙤𝙪𝙡 to the recipe - Thomas Keller-Memasak adalah minat alin yang kedua..Minat utama adalah aktiviti seperti hiking, zumba, dan jogging. Kebanyakan resepi alin.. Adalah dari resepi alin sendiri, dari family dan family mertua, dan dari rujukan sumber socmed seperti YouTube, Blog, Apps, dan Facebook. Setiap orang ada seni dalam setiap masakan.. Alin enjoy duduk dalam komuniti cookpad.. Di mana alin boleh explore lagi ilmu tentang masakan👍👍👍
Baca lagi

Komen (6)

Najwa Amni
Najwa Amni @cook_37686927
@NOADZ17 Tumpang tanya, sotong tu masak sampai air kering, tak liat ke? Sebab selalu masak sotong mesti liat..

Resipi Sepertinya