Sup Petola Isi Ikan

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

Ada masa petola sumbat ikan ni Uchu kukus, ada masa dijadikan sup. Biasanya guna ikan tenggiri sebab lebih cepat dan tak byk tulang menggangu tapi harini Uchu guna ikan selayang. Amik sedikit sahaja masa nak buang tulang sebab tak buat banyak tapi tak lah susah mane.

Kelebihan ikan selayang ni, rasanya lebih manis. Sedap dijadikan bahan dalam sayuran sumbat ataupun laksa. Dapat selayang saiz besar baru senang sikit nak buat keje..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 batangpetola (potong 1 1/2 inci, dikorek guna belakang sudu)
  2. 1 sudu besarbawang kisar
  3. 1 sudu tehhalia bersama bawang putih kisar
  4. 1/2 sudu tehserbuk lada hitam
  5. secukupnyaGaram, perasa
  6. Fucuk, suhun (direndam sehingga kembang)
  7. Isi Ikan
  8. 2 cawanisi ikan tenggiri/selayang
  9. Secubitdua garam
  10. 1/2 sudu tehserbuk lada putih
  11. 1 sudu tehkicap cair
  12. 1 sudu tehsos ikan (optional)

Cara Memasak

  1. 1

    Kisar isi ikan bersama bahan-bahan perasa.

    Nota: jika gunakan sos ikan, boleh skip atau kurangkan garam.

  2. 2

    Sumbatkan isi ikan ke dalam petola yang telah dikorek.

  3. 3

    Tumis bahan kisar dengan 1 sudu besar minyak bersama serbuk lada hitam sehingga harum.

  4. 4

    Tambahkan air dan biar mendidih. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

  5. 5

    Masukkan petola sumbat. Masak selama 7-10 minit sehingga isi ikan masak.

  6. 6

    Tambahkan suhun dan fucuk yang telah direndam sehingga kembang.

  7. 7

    Sedia dihidangkan..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen (5)

Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
Waa nmpk sedap la uchu😋 x penah buat petola camni..

Resipi Sepertinya