Nasi Lemak Sambal Kerang For 1 (5in1 Semuanya dalam Air Fryer)

Nasi Lemak untuk sorang dan malas nak menggoreng menumis, atau menanak nasi dalam periuk atau mengukus? Masak nasi, bilis, kacang tanah, telur dan sambal segera lump sum sekaligus semua masuk air fryer. Pastu hiris ajelah timun sebagai pelengkap.
Sambal kerang segera Adabi tu boleh lah ditukar kepada pelbagai sambal segera lain seperti sardin, rendang, sambal bilis, kari kambing dan macam2 lagi lah..bujang2 boleh la suruh mak kat kampung kirim sambal nasi lemak power keluarga masing2 banyak2 lepas ni ye. Frozen aje.
Dah lama nak share cara masak macam ni, tapi selalunya tak berseorangan pun. Kebetulan harini menjadi edisi nak makan tengahari memandangkan makan sorang2 kat rumah. Anak2 balik sekolah lewat petang dan Pok Chan busy tak balik makan.
Nasi Lemak Sambal Kerang For 1 (5in1 Semuanya dalam Air Fryer)
Nasi Lemak untuk sorang dan malas nak menggoreng menumis, atau menanak nasi dalam periuk atau mengukus? Masak nasi, bilis, kacang tanah, telur dan sambal segera lump sum sekaligus semua masuk air fryer. Pastu hiris ajelah timun sebagai pelengkap.
Sambal kerang segera Adabi tu boleh lah ditukar kepada pelbagai sambal segera lain seperti sardin, rendang, sambal bilis, kari kambing dan macam2 lagi lah..bujang2 boleh la suruh mak kat kampung kirim sambal nasi lemak power keluarga masing2 banyak2 lepas ni ye. Frozen aje.
Dah lama nak share cara masak macam ni, tapi selalunya tak berseorangan pun. Kebetulan harini menjadi edisi nak makan tengahari memandangkan makan sorang2 kat rumah. Anak2 balik sekolah lewat petang dan Pok Chan busy tak balik makan.
Cara Memasak
- 1
Masukkan semua bahan nasi ke dalam mangkuk stainless steel atau aluminium pakai buang atau mangkuk tahan panas bersaiz sesuai.
(Kalau ada masa dan dah plan nak buat nasi lemak AF, rendam dulu beras awal. Nasi lebih lembut.
- 2
Uchu sukat santan, beras dan air guna cawan sukatan beras standard yang ni aje. Walaubagaimanapun, sukatan santan bersama air mengikut kesesuaian jenis beras masing2.
- 3
Buka sambal kerang Adabi dan tuangkan ke dalam mangkuk SS/aluminium
- 4
Isikan ikan bilis dan kacang tanah yang disembur/digaul dengan sedikit minyak masak ke dalam mangkuk SS/aluminium.
Tutup beras dan sambal kerang dengan aluminium foil.
Susun semua bekas juga telur dalam air fryer.
Set suhu 180c selama 10 minit.
- 5
Keluarkan sambal kerang dan telur. Rendam telur dalam air sejuk. Tinggalkan ikan bilis dan kacang serta nasi yang belum masak sepenuhnya dalam AF. Balik2 sedikit ikan bilis dan kacang.
- 6
Teruskan dengan fungsi AF selama 10 minit. Keluarkan ikan bilis dan kacang tanah. Tinggalkan nasi yang belum siap dimasak dalam AF.
- 7
Teruskan dengan fungsi AF untuk memasak nasi dengan tambahan masa lebih kurang 10-15 minit lagi.
Video tekstur nasi lemak masak dalam AF. Tidak mengecewakan untuk makan sorang2.
- 8
Sedia dimakan bersama hirisan timun.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Bihun Goreng Simple Sambal Nasi Lemak Leftover Bihun Goreng Simple Sambal Nasi Lemak Leftover
146/2024 (1697/2K)Global Apron Challenge 13: Picnic#GlobalApron2024Cookpad Magic Pantry List:bihun , telur ,timun,tomatoHarini goreng bihun cincai je, tanpa isian lauk atau fish ball, fish cake pun. Guna bahan apa yg ada je. Tapi sedap tetap melantun..😆Minggu lepas masak nasi lemak, ada leftover sambal nasi lemak ikan bilis yang Uchu frozenkan. Sambal nasi lemak bersama ikan bilis kisar haritu memang dah cukup sedap sebagai rencah menggoreng juga. Nak goreng mee, nasi, sayur atau nak buat perap ayam pun ok dah..Alhamdulillah..senang keje di dapur.Insyaallah, hujung minggu ni pun Uchu plan nak picnic..so boleh goreng bihun seround lagi. 😄 Sesimple Loralin -
Nasi Lemak Rendang Ayam 🌸✨ Nasi Lemak Rendang Ayam 🌸✨
Kita beli pes rendang segera kat Aeon Big, main ambil je, rupanya pes nya spicy lambang cili ada 2 biji hahaaa, kesudah buka pes nya bau kari belaka, kita tak boleh makan pedas, nak tak nak, kena tambah rencah lah, nak balance kan dia punya pedas, selamat masih boleh diselamatkan.#Mingguke-23#GoldenApron23#NasiLemakRendangAyam Nurul Kefftya -
Nasi Lemak Sambal Kerang Nasi Lemak Sambal Kerang
Pertama kali masak nasi lemak sendiri biasa mak yang masak pagi²..tiba² teringin makan nasi lemak malam..alang² ada kerang padankan dengan sambal kerang..memang padu😋Inspirasi resepi @izzah_mansor87Jom buat @airtangan_ummirizqi 😆 shazrina -
Nasi Lemak Kuning (Tanpa Santan) & Sambal Telur Puyuh Nasi Lemak Kuning (Tanpa Santan) & Sambal Telur Puyuh
Teringin nak makan nasi lemak. Tapi bila sibuk bekerja, balik kerja dah terasa penat nak duduk dapur lama-lama. Jadi saya buat menu nasi lemak tanpa santan dan sambal yang pantas dengan gunakan Sambal Tumis dari Maggi. Rasanya tak ubah macam masakan sebenar walaupun menggunakan bahan segera.#goldenapron2020 Mizzanem -
👩🍳Nasi Lemak Goreng 👩🍳Nasi Lemak Goreng
Nasi lemak semalam tak habis satu pinggan. Jom buat nasi lemak goreng dengan sambal bilis berbaki.Resipi 410/2022 Mahadiah -
Kek Ketupat Pandan Kek Ketupat Pandan
#goldenapron #level23Istimewa sempena minggu terakhir Goldenapron.Sambil menyelam minum air.. Tcer buat KEK khas utk sama-sama meraikan kejaayaan anak-anak dalam peperiksaan akhir tahun mereka.Idea asal daripada kek nasi lemak pandan. Tetapi untuk versi ini tcer fizz menggunakan ketupat segera, sambal tumis ikan bilis dan perencah rendang ayam daripada ADABI.. Mudah dan lazat.Macam mana nak jadikan ketupat tu mcm rupa kek?? Tips: lenyek ketupat semasa ketupat masih panasHiasan atas kek ketupat pandan ni mcm nasi lemak juga. Ada timun, telur rebus, kacang goreng dan yang paling win ialah sambal tumis ikan bilis Adabi. Hafiza Muaddah -
Megi Kari Sambal Nasi Lemak🔥 Megi Kari Sambal Nasi Lemak🔥
#ChooseToCook #LeftOverSejenis yg suka left over makanan😁 kalau masak nasi lemak, mesti ada sambal bilis ke sambal udang atau sotong yg berbaki, so bila masak megi letak lebihan sambal nasi lemak memang paduuu.. Nak2 pulak sambal yg pedas bedesingg😆😋 AliyaWan -
Kuetiow Sambal Kerang 5minit Kuetiow Sambal Kerang 5minit
132/2021/RoadTo1k/817❤️ Masak Apa Guna PREMIX? ❤️Resipi ni hakak cipta untuk contest Adabi. Saje2 cuba nasib dan kebetulan stok produk Adabi pun banyak. Jadi hakak join jela. Soal menang atau kalah tu tak penting. Janji lepas masak dapat makan 🤭😆.Hakak bagi nama Kuetiow Sambal Kerang 5minit sebab memang 5minit masaknya. Senang sangat2. Sesuai untuk mereka yang merindui char kuetiow kerang dan momen lepak kat gerai sehingga midnight. PKP ni mampu mengimbau kenangan lama jela 🤣🤣🤣. Sungguh rindu dulu2 tu bebas ke mana2 🥺.Produk yang digunakan "Sambal Kerang Adabi" kita tukar dia jadi "Kuetiow Sambal Kerang 5minit". Cepat, mudah dan pasti lazat 😋 Salina Jalaludin -
Nasi Lemak Rahmah Nasi Lemak Rahmah
Nasi lemak ni nasi lemak tersimple tapi terpaling sedap. Kalau beli ni sepinggan mau lebih daripada RM10. Tu pun nasi dia kurang rasa santan dia. Barang semua guna barang premium: beras basmati, telur free-range, ikan bilis mata biru siap kopek, tapi still boleh maintain tak lebih RM5. Kalau guna bahan-bahan biasa laaagi boleh jimat. Sayur boleh petik je ulam atau potong je timun. Kita makan nasi ni dengan ulam raja petik belakang rumah je. Jom buat nasi lemak #MenuRahmahDiRumah!Kos (portion untuk seorang):Basmati: RM0.90Ikan bilis: RM0.80Santan: RM1.20Telur: RM0.70Pes sambal: RM0.60Ayam: RM0.80Serbuk kunyit, tepung jagung & garam: Sedia ada kat dapurUlam: FreeTotal: RM5 Rozita Jaafar Sekdek -
Nasi Lemak Sambal Telur Puyuh & Kepak Ayam Madu Nasi Lemak Sambal Telur Puyuh & Kepak Ayam Madu
145/2024 (1690/2K)Global Apron Challenge 12: Tiruvasi#GlobalApron2024Magic pantry list: kepak ayam, minyak bijan, telur puyuh,buah kerasCc: @pandanKebetulan harini nak lepak2 dengan adik beradik beramai2. Bergabung adik beradik belah uchu dan adik beradik sebelah husben untuk breakfast sampai ke petang..sambil bbq, uchu ngamkan lauk2 bbq dengan nasi lemak pandan bagi nampak lebih istimewa hidangannya dengan warnya pandan yg cantik..ditambah pula dengan sambal nasi lemak bersama telur puyuh selain lauk-pauk bbq..Istimewanya sambal nasi lemak Uchu ni, Uchu gunakan ikan bilis kisar dalamnya, cili kering kisar uchu tumis sampai masak berasingan sampai sedikit garing dan Uchu biasa gunakan buah keras dalamnya supaya sambal lebih likat… Sesimple Loralin -
SAMBAL KERING KENTANG,TEMPE,KACANG BILIS MAGGI SAMBAL KERING KENTANG,TEMPE,KACANG BILIS MAGGI
#minggu25#goldenapron2020Bila terasa lauk di atas meja tak cukup meriah,apa lagi pergi ke dapur ambil sepeket pes sambal tumis Maggi dan kelentang kelentung kelentang kelentung!Dah siap menu Sambal Kering Kentang,Tempe,Kacang Bilis ni.Ini antara menu yang mudah,senang dan cepat disediakan.Selain dimakan bersama nasi atau bubur, menu ini juga boleh dibuat kudapan.Sekejapan boleh habis 😁Ayuh lihat resepi ini dan Selamat mencuba 😊 Nurain Jalil -
Nasi Lemak Rendang Ayam Nasi Lemak Rendang Ayam
157/2021/RoadTo1k/842Sebelum ni hakak pernah kongsi resipi nasi lemak rendang sebegini juga. Tapi nasi tu nasi lemak pandan (warna hijau dan ada ekstrak air daun pandan kisar ). Rendang yang dimasak pula adalah 100% from the scratch..Namun untuk resipi kali ni, hakak hanya masak nasi lemak biasa sahaja dan kaedah memasak rendang pun hakak guna bahan asas rendang dan ditambah serbuk rendang segera. Jadi hasil kuah rendang jauh lebih pekat dan sedap 😋.Nasi Lemak Rendang Ayam ni dimasak buat kali ke2 ni gara-gara drama yang sama juga iaitu drama "Kebaya Kasut Kanvas". Harap hakak tak tengok drama tu untuk kali ke3 dan mengulangi sejarah yang sama lagik 😂😂😂 Salina Jalaludin
Lebih Banyak Resipi
Komen