Ikan tongkol masak kicap

Cahaya Farah
Cahaya Farah @cook_34615991

Bapak beli ikan tongkol tek .. Kedong nya suruh masak . masak kicap makan tenghari tok ..

Kongsi

Ramuan

35 minit
4 orang
  1. 1ekor Ikan tongkol putih (sederhana besar)
  2. 5 ulasbawang merah(dikisar)
  3. 5 ulasbawang putih (dikisar)
  4. 1inci halia(Dikisar)
  5. SedikitSos tiram
  6. SedikitCuka
  7. Sedikitkicap manis /masin
  8. Sedikitsos tomato
  9. Sedikitminyak untuk menumis
  10. 2 sudu makancili kisar
  11. Secukup rasa & sedikit gula pasir
  12. 1 cawanair
  13. Hirisan 1 biji bawang holland
  14. 2 Hirisan cili hijau kecil

Cara Memasak

35 minit
  1. 1

    Sediakan semua bahan. kisar bawang merah. bawang putih.halia dan 2 sudu makan cili kisar. tambahkan sedikit air. kisar halus

  2. 2

    Gorengkan Ikan tongkol putih (dilumur dengan garam dan kunyit)

  3. 3

    Panaskan minyak dalam kuali. tumis bahan kisar sampai naik harum dan garing.

  4. 4

    Selepas itu masukkan sos tomato, sos tiram, kicap manis @ masin, sedikit cuka dan 1 cawan air. masak sampai mendidih.

  5. 5

    Masukkan hirisan bawang holland dan cili. gaul sebati masukkan sedikit secukup rasa dan sedikit gula pasir (ikut rasa masing²) kalau ada yang kurang rasa tambah lagi. *kat sini saya tambah sedikit kicap mahsuri manis pedas dan sedikit bancuhan air tepung jagung.gaul sekejap.tutup api

  6. 6

    Last Masukkan ikan goreng. Gaul rata

  7. 7

    Sedia dihidang bersama nasi panas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Cahaya Farah
Cahaya Farah @cook_34615991
pada
suka masak untuk mak dan ayah walau tak seberapa . penting dorang bahagia dan saya pun happy 🙂practise sebelom bergelar isteri nanti dan sebagai rujukkan sendiri masak untuk bakal suami dan anak² nanti.. 🤲👩‍🍳🍳👍
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya