Acar Timun Keropok Sarawak

Meal / Food Prep & Hack [#Misi3 CookRace]
Acar timun ni sangat popular di Sarawak. Sangat sedap jika dimakan bersama keropok yang telah digoreng.
Proses membuat nya mengambil masa jadi boleh la dibuat awal. Keropok ni kalau betul cara nya dimasak, boleh bertahan lama walau pun disimpan di suhu bilik sahaja. Tetapi selalu nya acar ni tak dapat bertahan lama sebab mesti cepat je habis. 😂 Siap je simpan dalam bekas, saya siap bagitau pada suami dan anak-anak, “jangan kacau sehingga ke waktu yang akan diumumkan nanti.” 🤣🤣🤣 Tak siapa berani kacau kalau mak singa dah bagi warning. 🤭🤪
Acar Timun Keropok Sarawak
Meal / Food Prep & Hack [#Misi3 CookRace]
Acar timun ni sangat popular di Sarawak. Sangat sedap jika dimakan bersama keropok yang telah digoreng.
Proses membuat nya mengambil masa jadi boleh la dibuat awal. Keropok ni kalau betul cara nya dimasak, boleh bertahan lama walau pun disimpan di suhu bilik sahaja. Tetapi selalu nya acar ni tak dapat bertahan lama sebab mesti cepat je habis. 😂 Siap je simpan dalam bekas, saya siap bagitau pada suami dan anak-anak, “jangan kacau sehingga ke waktu yang akan diumumkan nanti.” 🤣🤣🤣 Tak siapa berani kacau kalau mak singa dah bagi warning. 🤭🤪
Cara Memasak
- 1
Basuh/cuci bersih timun dan lobak merah, toskan. Potong seperti di dalam gambar. Buang empulur nya. Lumur dengan garam.
- 2
Biarkan 1/2 jam sampai timun dan lobak merah mengeluarkan air. Cuci bersih dengan air yang mengalir.
- 3
Toskan. Ambil tuala bersih dan masukkan anggaran sejemput timun dan lobak merah ke dalam tuala dan perah buang lebihan air nya hingga kering. Buat hingga habis.
- 4
Ratakan di atas dulang dan jemur di bawah sinaran panas matahari hingga layu. (Saya jemur hingga kering.) Sentiasa balik-balikkan sewaktu proses menjemur.
- 5
Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan bahan A. Tumis sehingga masak dan pecah minyak.
- 6
Kecilkan api dan masukkan bahan B kacau sebati dan adjust rasa nya mengikut selera. (Lebihkan manis dan ada rasa masam sedikit)
- 7
Masukkan timun dan lobak merah. Kacau hingga mesra dan biarkan ianya masak dan pekat. (jika terlalu pekat tambah air sedikit demi sedikit kerana timun dan lobak merah akan mengembang dan menyerap cecair.)
Rasakan lagi manisnya. Kalau agak kurang manis, tambah lagi gula sehingga cukup rasa dan matikan api.
Masukkan bahan C dan kacau sebati. - 8
Sejukkan dan boleh disimpan di dalam bekas yang bertutup. Hidangkan bersama keropok kesukaan masing-masing.
Resipi Sepertinya
-
Acar timun Sarawak Acar timun Sarawak
Acar timun Sarawak ini sangat berbeza dari acar timun mentah yang biasa kita makan di kenduri. Acar timun ini sedap dimakan dengan keropok.Apa yang berbeza, timun dan lobak harus diperap terlebih dahulu dengan garam/cuka dan jemur di bawah matahari.Kali kedua buat acar ni merujuk resepi dari akak kite @gula_apong .#GlobalApron2024#Challenge3#Sahur#Timun#Cuka#Halia Azizah Mansor -
Acar keropok orang sarawak Acar keropok orang sarawak
Hi semua....selamat malam.....bila goreng keropok tak kisah lah apa saja jenis keropok ikan, keropok udang, pasti anda inginkan kelainan rasa ada rasa masam, manis, pedas, masin....kali ini sya share resepi acar keropok orang sarawak ye😂😂😂😁😁😊😊😊😊😊 diharap sudi mencuba kawan2...ok jom kita startpurenia ak man
-
Acar Timun & Nenas Mudah Acar Timun & Nenas Mudah
132/2025 (2119/2500)INSPIRASI AIDILADHA 🐐🐄🐫Alhamdulillah..acar timun mudah je untuk dipadankan dengan nasi minyak gulai kawah. Kalau tak buatkan, rasa macam tak lengkap set nasi minyak. Sesimple Loralin -
Acar Timun Sarawak Acar Timun Sarawak
#goldenapron2020Sedap dimakan bersama keropok... Manis and masam mesti cukup rasa 👩🍳 Mie Lulu Luminous -
Keropok Lekor Sira Sambal Keropok Lekor Sira Sambal
Nak buat keropok lekor sira sambal, cili kering/cili kisar/cili boh dah kehabisan di dapur. Nak ke kedai pun malas, hujan je sepanjang hari. Guna sahaja cili merah (seada nya) dan cili padi. Walaupun rupa nya tak lah semerah seperti sira cili tetapi tetap ada rasa kepedasan nya di situ. Licin juga, 😆ada baik nya juga kalau hari hujan perut senantiasa lapar, tak boleh memilih nak makan makanan yang menepati standard di restoran/kedai. Haha.. Dapur Yusfarisyia -
Acar Timun Acar Timun
Acar ceria ini amat menyelerakan apatah lagi digandingkan dengan nasi ambeng yang panas-panas serta dihiasi dengan bermacam lauk-pauk yang lazat memang tidak terkata enaknya........#goldenapron2020 #cookpad.com Zahrah Buang -
Acar Timun Acar Timun
#goldenapron2020...#cookpad.com#cooksnapAcar ini amat penting untuk mencukupkan kelazatan nasi minyak........Zahrah Buang
-
Acar Timun Kacang Tanah Acar Timun Kacang Tanah
Acar timun kacang tanah versi saya. Sesuai dimakan dengan keropok dan seangkatan dengannya. Selamat mencuba 😊 Wawa's Kitchen -
Serondeng Daging Serondeng Daging
Meal/Food Prep & Hack [#Misi3 CookRace]Saya buat persediaan makanan ‘Serondeng Daging’ untuk agih-agihkan kepada anak-anak, jiran dan kenalan rapat sempena menyambut Bukan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Selamat menyambut Ramadan Karim semua. Semoga kita diberi kesihatan untuk sama-sama melakukan ibadah yang mulia ini…… Zahrah Buang -
Acar Timun (R214) Acar Timun (R214)
Menu favorit kami ini memang tak pernah kami lupakan. Acar Timun menu kegemaran keluarga ini sudah menjadi juadah wajib kami…… Zahrah Buang -
Acar Nenas Acar Nenas
Acar nenas ni paling mudah nak buat. Tak perlu dimasak dan hanya gaul bahannya kemudian diperap sebentar. Dah siap dan boleh dimakan dengan nasi minyak, nasi beriani atau apa saja jenis nasi. Nak makan begitu saja pun boleh. Di Kelantan acar nenas ni memang popular di tempat kenduri. Tak lengkap hidangan tanpa acar ni. Cempaka Putih -
Acar Buah Acar Buah
#28:Meal/ Food Prep And Hack#Misi3CookRace:Selain hari biasa,acar buah ni dah jadi menu wajib untuk kami sekeluarga di bulan Ramadhan (terutamanya untuk sahur).Ada acar buah berseleralah sikit,makan dengan nasi panas-panas.Sedap yakmat dimakan bersama nasi putih dan juga nasi berperisa.K.ha kongsikan sukatan untuk separuh dari bahan yang k.ha buat.Sila abaikan penampakan acar yang nampak banyak dalam gambar di bawah ya sebab ini stok acar untuk sebulan Ramadhan.Acar Buah ini tahan lama (sehingga 3 bulan) kerana tiada penggunaan air di dalam campuran bahannya. ha.lim39
Lebih Banyak Resipi
Komen (10)