Kerabu Pucuk Paku Udang Kertas

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

91/2022/RoadtoWorldRecipes/1209
Resipi ni hakak masak Ramadhan ke berapa tah ler😅. Tapi yang pasti hari Jumaat 29April🤭. Ni ingat pun sebab hari tu order bouquet & hamper raya berderet. Tapi disebabkan gigih nak masak untuk berbuka, tu hakak buat kerabu ni dengan menu apa tah lagi satu (idak ingat idak ehh😆). Pastukan hari tu juga ler adik dan adik ipar hakak datang berbuka puasa. Memang hari busy dan penat juga lah haa 😌
.
Resipi asal kerabu ni dari Mil hakak. Dia ajar masa belum puasa lagi. Tapi dek sebab busy naw. Dekat nak raya baru sempat mencuba resipi sedap ni. Tu pun kebetulan rajin pergi pasar beli pucuk paku. Udang kertas ni pun beli juga dari pasar. Saje jela suaipadankan mereka berdua ni. Tak sangka serasi dan sedap uollss😋😋😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

25minit
3-4orang
  1. 1ikat pucuk paku (dipotong kecil)
  2. 250 gmudang kertas
  3. 1mangkuk kecil taugeh
  4. 1mangkuk kecil kelapa parut
  5. 1biji bawang besar (dihiris kasar)
  6. 2biji limau kasturi (diambil jusnya)
  7. Bahan Kisar :
  8. 2biji cili merah (dipotong kasar)
  9. 7biji cili padi
  10. 1sudu besar kerisik
  11. 2sudu besar gabungan serai, lengkuas & halia
  12. 2sudu besar gula perang
  13. 1/2sudu besar garam bukit
  14. 1/2 cawansantan kotak
  15. Secubit serbuk perasa

Cara Memasak

25minit
  1. 1

    Celur pucuk paku sehingga empuk. Kemudian masukkan taugeh dan udang kertas.

  2. 2

    Didihkan sekejap. Angkat dan toskan air rebusan. Ketepikan seketika.

  3. 3

    Masukkan kesemua Bahan Kisar di dalam mesin pengisar. Kisar halus.

  4. 4

    Di dalam mangkuk besar, masukkan pucuk paku, taugeh dan udang kertas yang telah dicelur bersama- sama kelapa parut dan bawang besar.

  5. 5

    Tuangkan bahan kisar dan jus limau kasturi. Gaul sebati.

  6. 6

    Sedia untuk dihidangkan.

  7. 7

    Selamat mencuba 😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Komen (8)

mamy_kitchen89
mamy_kitchen89 @Mamy_Nurul
uittt klau dpt meratah nii huhuhu🤤🤤🤤

Resipi Sepertinya