Gembrot lempuyang Emak

Janah Nazim
Janah Nazim @Janahnazim_81
Seri Medan, Johor, Malaysia

Resepi ini dari pada emak ianya boleh di jadikan appertizer atau makan bersama nasi panas-panas .. menu ini akan membuatkan pemakan menambah selera denga adanya lempuyang. Awas jika anda sedang berdiet tidak disarankan untuk mencubanya 😅
Resepi berasal dari suku kaum jawa johor

Gembrot lempuyang Emak

Resepi ini dari pada emak ianya boleh di jadikan appertizer atau makan bersama nasi panas-panas .. menu ini akan membuatkan pemakan menambah selera denga adanya lempuyang. Awas jika anda sedang berdiet tidak disarankan untuk mencubanya 😅
Resepi berasal dari suku kaum jawa johor

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
6 orang
  1. 300 gmlempuyang
  2. 1 kepingbesar tempe yang agak lama
  3. 10 bijibawang merah kecil
  4. 7 bijibawang putih
  5. Segenggam cili padi
  6. 250 gmkelapa muda parut
  7. Segenggam ikan bilis kopek
  8. 4 bijitelur ayam
  9. Garam secukup rasa
  10. Gula secukup rasa
  11. Penambah perisa atau secukup rasa

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Bersihkan lempuyang dan tumbuk kasar dan ketepikan

  2. 2

    Tumbuk bawang putih dan bawang merah bersama 4-5 biji cili padi

  3. 3

    Tumbuk kasar tempe & ikan bilis

  4. 4

    Kemudian campur kan semua bahan tumbuk tadi di dalam bekas, masukan juga semua bahan-bahan yang lain seperti telur, garam, gula, perasa, baki cili padi yang tidak di tumbuk

  5. 5

    Jika adunan berderai dan agak kering tambahkan telur ayam lagi tetapi tidak perlu terlalu basah cukup sekadar adunan boleh dibentuk. Letak adunan keatas daun pisang & cucuk dengan lidi seperti membuat lepat

  6. 6

    Kemudian kukus adunan sehingga masak dalam angaran 30 minit & kecilkan api,kukus lagi selama 30 minit. Ini bertujuan bagi mengelakkan gembrot cepat basi. Jika tidak bercadang untuk disimpan lama cukup sekadar mengkukus 30minit sahaja

  7. 7

    Tips: angaran bahan-bahan diatas adalah bukan ukuran yang tepat ia bergantung kepada anda sekiranya anda sukakan lebih lempuyang boleh tambah & sekiranya suka tempe boleh lebihkan tempe dan yang lain-lain pun begitu juga.

  8. 8

    Tips: tempe lebih sedap gunakan tempe yang hampir expired kerana ia akan menambah aroma dan rasa

  9. 9

    Tips: jika tidak suka rasa pahit lempuyang boleh guna lempuyang yang agak muda kerana kurang rasa pahitnya. Makan gembrot dengan nasi panas-panas atau jadikan appertizer

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Janah Nazim
Janah Nazim @Janahnazim_81
pada
Seri Medan, Johor, Malaysia

Komen (2)

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Uchu ada tanam lempoyang, tapi tatau ape kegunaannya dalam masakan..tq sudi share.

Resipi Sepertinya