Mee Hoon Sup Utara

Ann👩🏻‍🍳
Ann👩🏻‍🍳 @nuxxin
Malaysia

Resepi mee hoon sup utara cara saya. Tak da cili sambal tapi pakai cili kicap😅. Nak pakai mee kuning pon bole. Ikut citarasa masing2..

Mee Hoon Sup Utara

Resepi mee hoon sup utara cara saya. Tak da cili sambal tapi pakai cili kicap😅. Nak pakai mee kuning pon bole. Ikut citarasa masing2..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Kuantiti bahan terpulang pada citarasa masing2. Ikut lah nak letak byk mana janji sedap😅
  2. 1 kgDaging dan tulang (rebus sampai lembut)
  3. Halia (ketuk)
  4. 2 batangSerai (titik)
  5. 2 paketSup bunjut tulang Adabi
  6. 6 bijiBunga cengkik (tumbuk pecah2)
  7. 2 bijiBawang besar dan 5 biji bawang putih (kisar)
  8. 1 sudu besarJintan manis (tumbuk halus)
  9. 1 sudu besarLada hitam (tumbuk halus)
  10. Garam dan perasa ikut citarasa sendiri
  11. 2 sudu besarSerbuk sup Adabi
  12. Daunsup dan daun bawang (hiris)
  13. Bawang goreng
  14. 1 paketMee Hoon
  15. Bahan2 Tumis Darat
  16. 3 bijiBawang merah (hiris)
  17. 5 bijiBawang putih (hiris)
  18. Bahan tumis 4 sekawan

Cara Memasak

  1. 1

    Rebus tulang dan daging. Masukkan halia. Masukkan pula serai..

  2. 2

    Masukkan sup bunjut tulang Adabi. Masukkan bunga cengkih yg dh di tumbuk. Masukkan jintan manis..

  3. 3

    Masukkan lada hitam. Lepastu masukkan bawang besar dan bawang putih yg dh dikisar. Masak daging sehingga empok. Masukkan batang daun sup. Masukkan sedikit serbuk sup Adabi. Daging dh lembut, masukkan garam dan perasa. Perasakan ikut citarasa masing2. Jgn lupa buang lemak2 daging dekat permukaan sup tu.

  4. 4

    Untuk tumis darat. Tumis 4sekawan dan masukkan hirisan bawang putih dan merah. Bila bau dh naik, bawang pon dh kekuningan, tutup api dan masukkan bawang2 ke dalam sup. Tutup sekejap periuk sup sbb nk biarkan aroma tumis tadi serap ke dalam sup..

  5. 5

    Untuk mee hoon pula. Panaskan air, masukkan serbuk kunyit, kacau rata. Air dh mendidih masukkan mee hoon dan masak sehingga mee hoon lembut. Selepas tu, tos kan mee hoon dan bilas sedikit dgn air paip. Tos kan semula mee hoon.

  6. 6

    Siap! Mee hoon sup utara cara saya. Tanpa cili sambal..😅 Hiaskan dgn daun sup dan daun bawang.. ikut citarasa masing2..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Ann👩🏻‍🍳
pada
Malaysia
Untuk simpanan sendiri resipi, untuk di kongsi dan masih belajar memperbaiki. 😇 #homescooking #kongsimenu✌🏼
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya