Pau Sambal (Burger 🇲🇾)

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

Pau sambal @ burger malaysia kegemaran si babahnya rizqi. Ummi pun sama kalau pau sambal mesti makan banyak. 🤭
Dari zaman sekolah lagi suka makan ni.
Doh untuk pau atau burger malaysia ni sama je dengan donat.Kebiasaannya bila buat donat doh yang sama boleh buat pau sambal ini juga.

Pau Sambal (Burger 🇲🇾)

1 komen diterima

    Pau sambal @ burger malaysia kegemaran si babahnya rizqi. Ummi pun sama kalau pau sambal mesti makan banyak. 🤭
    Dari zaman sekolah lagi suka makan ni.
    Doh untuk pau atau burger malaysia ni sama je dengan donat.Kebiasaannya bila buat donat doh yang sama boleh buat pau sambal ini juga.

    Edit resipi
    Lihat statistik
    Kongsi
    Kongsi

    Ramuan

    1. Bahan untuk Pau :
    2. 2 cawantepung gandum
    3. 1/2 sudu besaryeast
    4. 2 sudu besarsusu pekat manis
    5. 1 bijitelur(tak letak pun boleh)
    6. 1 sudu besarmarjerin
    7. 1 cawanair sejuk biasa
    8. Bahan untuk sambal bilis :
    9. 15 bijicili kering-gunting gunting dan rebus *
    10. 1 labubawang besar-belah 4 *
    11. 4 ulasbawang putih *
    12. Sedikitbelacan (optional) *
    13. 1/4 cawanminyak * (blend cili)
    14. 1/4 cawanminyak untuk tumis
    15. 2 sudu besargula putih
    16. 2 sudu tehmaggi cukup rasa atau gantikan dengan
    17. 1/2 sudu tehgaram
    18. 2 sudu besarsos tomato
    19. 2 genggamikan bilis -cuci dan tumbuk sedikit hancur sahaja
    20. Bahan tambahan: timun dihiris nipis

    Cara Memasak

    1. 1

      Satukan tepung, yeast, telur, susu pekat.tuang air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.Air tidak semestinya hbis ya.. Ikut jenis tepung yang kita guna. Yang penting adunan menjadi doh yang lembut.
      Kemudian Masukkan marjerin dan uli hingga menjadi doh yang cantik tidak melekit ditangan. Tutup doh dan rehat selama 20 minit.

      **pic terdelete so takyah pic la kan cara adun doh.

    2. 2

      Setelah 20 minit doh ditimbang 35-40 gram setiap satu. Atau cara mudah bulatkan dicelah ibu jari macam nak buat roti canai tu... Rounding doh bagi cantik susun dalam tray.

    3. 3

      Rounding doh hingga selesai.Rehatkan doh sehingga kembang 2 x ganda.

      Tips : Jika buat malam tapi nak goreng pagi...
      Lepas rounding doh tutup dengan plastik terus masuk freezer. Esok pagi keluarkan dari freezer defrostkan doh pada suhu bilik sampai ia mengembang 2x ganda baru digoreng. (ini cara ummi)

    4. 4

      Panaskan minyak dengan api yang sangat perlahan. Bila minyak sudah panas masukkn doh satu persatu.Balikkan pau dan gorengkan hingga masak.

    5. 5

      Angkat dan toskan minyak.kemudian pau dibelah dua tanpa putus. Isi sambal bilis dan sepotong timun.

    6. 6

      Siap untuk dinikmati bersama keluarga tersayang.

    7. 7

      Cara buat sambal bilis :
      Blend semua bahan yang bertanda * sehingga halus.
      Blend guna 1/4 cawan minyak masak.
      Kemudian panaskan 1/4 minyak masak yang baru dan masukkan bahan blend kacau dan masak dengan api perlahan. Masukkan sos tomato,gula dan maggi cukup rasa.

    8. 8

      Bila sudah pecah minyak masukkan ikan bilis dan masaklah sehingga masak dan sedikit kering. Minyak yang berlebihan itu dikeluarkan simpan dalam bekas bersih.Nanti boleh guna semula.

      Nota: ummi suka buat sambal dimana bilisnya yang tidak digoreng dan sedikit hancur. kerana ia lebih sebati dengan sambal dan lembut. Ia sesuai dibuat inti pau kukus, pau goreng dan juga roti.

    Edit resipi
    Lihat statistik
    Kongsi

    Cooksnap

    Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

    Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
    Cook Today
    Q'leenalee's Kitchen
    Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
    pada
    Kota Kinabalu
    🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
    Baca lagi

    Komen

    Resipi Sepertinya