Mee kuoh Klate style

Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
Bintangor, Sarawak.

Ore klate panggil mee kuoh, orang ganu panggil mee rebus. Simple tapi sedap.

Mee kuoh Klate style

Ore klate panggil mee kuoh, orang ganu panggil mee rebus. Simple tapi sedap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 bungkusmee kuning
  2. 5 ulasbawang merah**
  3. 3 ulasbawang putih**
  4. 1 sudu makanlada hitam**
  5. 2 ketulkiub ayam
  6. 3-4 bijitelur ayam
  7. Sawi
  8. Lobak merah
  9. Isi ayam / udang /sotong/ daging (ikut suka nak letak apa)
  10. ~boleh tambah fish ball & sayur² lain
  11. secukupnyaGaram

Cara Memasak

  1. 1

    Tumbuk bahan-bahan yang bertanda**. Sedia bahan-bahan lain.

  2. 2

    Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing dan naik bau. Masukkan ayam, kacau rata bila dah separuh masak masukkan lobak merah dan batang sawi.

  3. 3

    Kemudian masukkan air secukupnya, udang dan kiub ayam. Bila kuah dah mendidih boleh masukkan telur, jangan kacau sangat nanti takut telur hancur.

  4. 4

    Bila telur dah mengeras boleh masukkan daun sawi dan Perasakan garam secukupnya. Biar mendidih sekejap boleh tutup api. Jika suka boleh terus masukkan mee kuning yang telah dicelur. Siap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
pada
Bintangor, Sarawak.
🌼Mak anak 3.🌼Suka mencuba pelbagai resepi.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya