Laksa Sarawak

MaRulez Arif
MaRulez Arif @marulez

Gigih buat laksa ni terutamanya pada Pastenya. Stok Udang saya banyak dalam peti ais, so Jom try. Dalam gambar saya lupa letak udang masa makan. 😅

Laksa Sarawak

Gigih buat laksa ni terutamanya pada Pastenya. Stok Udang saya banyak dalam peti ais, so Jom try. Dalam gambar saya lupa letak udang masa makan. 😅

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Kuah Laksa
  2. 10-11 sudu makanpes Laksa Sarawak
  3. 1 ketulDada Ayam (rebus)
  4. 20 ekorUdang (rebus)
  5. 2 literAir
  6. 1 kotakSantan (200ml)
  7. 1 kiubPerisa Ayam Maggi
  8. Pelengkap
  9. 1 paketBihun (telah dicelur dan lembut)
  10. 1 cawanTaugeh
  11. 1 cawanTelur Goreng (dihiris)
  12. 1 cawanDaun Ketumbar (dihiris)
  13. 5-6 bijiLimau Kasturi (belah dua)
  14. 1 cawanIsi Ayam Rebus (dicarik)
  15. 1 mangkukUdang Yang Direbus
  16. Sambal
  17. 6 bijiBawang Merah
  18. 2 ulasBawang Putih
  19. 4 sudu makanCili Boh
  20. 2 sudu makanUdang Kering
  21. 1 inciBelacan
  22. 3 suduAir Asam Jawa (1 sudu makan Pes Asam Jawa dan 3 sudu makan air)

Cara Memasak

  1. 1

    Untuk Kuah Laksa,
    Tuangkan Air dalam Periuk dan rebus Isi Ayam. Bila telah masak, keluarkan. Biarkan sejuk dan carik-carikkan isi Ayam untuk jadi pelengkap Laksa.

    Dengan Air sama, rebus pula udang dalam 15 minit. Rebus sekejap je hingga warna telah bertukar.

  2. 2

    Bila selesai rebus Udang, biarkan sejuk kemudian kupas kulit dan kepalanya. Simpan isi udang untuk jadi prlengkap semasa makan Laksa nanti. Blend kulit dan kepala udang dengan sedikit air rebusan tadi. Perah airnya dan masukkan kembali ke dalam periuk. Hampasnya buang.

  3. 3

    Panaskan periuk dan campurkan Air rebusan Udang dan ayam tadi dengan pes Laksa Sarawak. Biar mendidih.

  4. 4

    Masukkan Santan dan Kuib Ayam. masak sehingga mendidih dan agak pekat (air berkurangan)

  5. 5

    Untuk Sambal
    Blend semua bahan kecuali Air Asam.

    Panaskan minyak dan tumiskan bahan blend tadi sehingga pecah minyak.

    Masukkan Gula, Garam dan Air Asam jawa. Masak sehingga sedikit gelap.

  6. 6

    Untuk Hidangan

    Masukkan Bihun dalam Mangkuk.
    letakkan,taugeh, telur dadar yang telah dihiris, daun ketumbar, Isi Ayam yang telah dicarik, Udang yang dah direbus, limau kasturi dan sambal.

    Tuang kuah laksa ke dalam mangkuk. Walah.

Resipi Pautan

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
MaRulez Arif
MaRulez Arif @marulez
pada

Komen (6)

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Wahhh dah siap masak,nampak sedap sangat 🤤😋🤩

Resipi Sepertinya