Bihun Goreng

Hari minggu baru ni, anak bujang Aznie ada liga bola kat Taiping, Aznie tak ikut. Suami je ikut. Ada lagi 4 orang kawan dia pun ikut sekali, suami yang bawa diorang kesana. Aznie ngan anak-anak dara balik kampung, bestnya lahaiiii. Merdeka kejap rasanyanya😂. Jadi sebelum diorang pergi Aznie buatkan bihun goreng untuk diorang makan nanti. Seronok makan ramai-ramai. Yang ni Aznie cooksnap resepi dari @Uchu , terima kasihUchu sedap. Suka diorang semua punya cakap bihun gorengnya sedap. Alhamdulillah.
Bihun Goreng
Hari minggu baru ni, anak bujang Aznie ada liga bola kat Taiping, Aznie tak ikut. Suami je ikut. Ada lagi 4 orang kawan dia pun ikut sekali, suami yang bawa diorang kesana. Aznie ngan anak-anak dara balik kampung, bestnya lahaiiii. Merdeka kejap rasanyanya😂. Jadi sebelum diorang pergi Aznie buatkan bihun goreng untuk diorang makan nanti. Seronok makan ramai-ramai. Yang ni Aznie cooksnap resepi dari @Uchu , terima kasihUchu sedap. Suka diorang semua punya cakap bihun gorengnya sedap. Alhamdulillah.
Cara Memasak
- 1
Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga agak kering dan pecah minyak tambahkan gula. Biar gula caramelised.
- 2
Masukkan cili kisar, gaul rata. Kacau hingga cepat minyak.
- 3
Masukkan ayam dan lada hitam. Kacau
- 4
Apabila ayam dah separuh masak, tambahkan kicap. Perasakan dengan sedikit gula jika perlu.
- 5
Masukkan bihun, sawi dan tomato. Kacau rata. Goreng sehingga bihun kering.
- 6
Tak perlu kerap kacau supaya bihun tak putus.
Siap. - 7
Sedia untuk dihidang.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Bihun Goreng Kicap Bihun Goreng Kicap
Masak Apa Banjir? Kita goreng bihun je..Inspirasi oleh @Ariey93 Sesimple Loralin -
Laksa Serawak Laksa Serawak
Dah lama tak makan Laksa Serawak, dulu masa kat rumah lama Aznie selalu makan sebab jiran orang Serawak. Dia rajin masak ni, dan rezeki juga dapat merasa. Ni kali pertama Aznie masak sendiri, serius rasa puas hati sangat dapat buat sendiri. Paling suka dengar Aznie masak ni adalah anak dara ngan bujang Aznie. Diorang pun suka sebab dulu ada makan. Anak dara Aznie cakap sedapnya dari raya hari tu teringin nak makan katanya. Kalau tak tiap tahun mesti makan kat rumah mak cik Nurul (jiran lama Aznie). Rasa rindu sangat dengan jiran-jiran lama Aznie, dah macam family. Hubungan memang rapat. Dapat makan ni terubat jugak rindu dihati. Laksa serawak memang sedap#MerdekaMonth Aznie Khasri -
Bihun Goreng Kicap Brokoli Bihun Goreng Kicap Brokoli
7/2024 (1552/2K)Jarang sangat Uchu nak goreng bihun untuk breakfast hari Jumaat. Sebab ni kira makanan berat dah ni, sedangkan kejap lagi dah tengahari. Tapi sebab anak lelaki Uchu dan kakaknya tengah buat keje part time, eloklah untuk diorang buat bekal. Dapat jugak jimat duit poket. Sesimple Loralin -
Bihun Tomyam Bihun Tomyam
Aznie buat juga Tomyam makan bersama bihun untuk anak-anak. Suka sangat diorang bila makan ni. Memang kejap je habis sebab diorang suka hirup kuah dia. Terima kasih @kamarullah ,sedap resepinya. Aznie Khasri -
Ayam Pong Teh Ayam Pong Teh
#bdayminsha2020challenge#misiminsha Serius Aznie bagitau.. Aznie memang tak pernah lagi makan Ayam Pong Teh ni..tapi sebabkan challenge Birthday Minsha.. baru Aznie tau macam mana rasanya.. kelakarkan.. bagus juga challenge ni jadi kita tau dan belajar buat resepi yang tak pernah kita makan.. Masa masak ni time dah siap masak Aznie tengok anak-anak ngan hubby makan laju je.. sedap la kot tu.. sebenarnya mereka ingat Aznie buat ayam masak kicap..😂😂 pada hal diorang tak tau didalamnya Aznie dah bubuh taucu.. hihihi.. memang anak-anak ngan hubby diorang tak suka makan taucu.. sebab tu taucu tak pernah masuk kedalam rumah. Bila tengok diorang makan laju je rasa seronok sangat.. misi berjaya.. diorang makan taucu👏 Aznie Khasri -
Mi Hailam Mi Hailam
#AnekaMi #1377recipeMenu kegemaran keluarga Mi Hailam. Memang tak pernah jemu makan ni. Tiap kali hari raya Aznie mesti masak ni sebab teman-teman anak bujang juga anak dara Aznie diorang suka sangat makan ni. Memang permintaan diorang nak makan ni. Hari biasa pun selalu Aznie buat bila rasa nak makan. Nampak macam remeh sebenarnya mudah disediakan. Selamat mencuba semua. Aznie Khasri -
Mi Goreng Basah Mi Goreng Basah
Buatkan ni masa mak, adik ngan anak buah datang baru ni. Masak ni dulu pagi sebelum tengahari masak lauk. Yang ni Aznie cooksnap resepi dari @Uchu . Sedap semua suka, banyak mak makan hari tu. Aznie memang suka tengok orang makan. Nak-nak kalau ramai-ramai. Rasa nak masak macam-macam. Aznie Khasri -
Ayam Masak Halia 🇨🇳 Ayam Masak Halia 🇨🇳
Menu makan malam kelmarin, Aznie cooksnap resepi dari @gula_enau . Suka betul tengok hubby makan. Memang kejap je habis dia ratah. Boleh buat lg lepas ni. Anak-anak heran tanya Aznie ayam tu masak apa, Cakap masak halia. Berkerut dahi anak dara ngan anak bujang aznie. Aznie cakap Ayam Masak halia, Dema buat muka pelik😆. Aznie cakap makan dulu rasa. Mula ambik sikit je, lepas makan terus bangun ingat tak nak makan rupanya gi menambah nasi ngan lauk. Rasa nak gelak je tengok. Anak.. anak🤭 Aznie Khasri -
Bihun Goreng Sos Tiram Bihun Goreng Sos Tiram
Bihun lagi...Senang ja kan nak prepare breakfast. Tak nasi, mee @ bihun goreng.Sejenis suami dan anak-anak yang kalau breakfast mesti nak menu yang berat. Setakat cucur @ kuih muih sebiji dua tak kejap perut depa kata .Cakap pasal bihun goreng pulak kalau cara saya, main campak apa yang ada.Macam kali ni rasa nak buh sos tiram sikit, selalu tak letak 😁. Ikut la kan yang nak makan pun family kita.Ok jom tengok resepi. Norashikin Rahmat -
Brownies Kedut Brownies Kedut
Kalau kemarin buatkan brownies bite untuk Qaseh, malam tadi Aznie buatkan brownies kedut untuk kakak Melur. Anak dara Aznie ni ada jamuan hari raya di sekolah pagi ni. Dia minta buatkan brownies ni je yang sememangnya fav dia. Kira pagi ni dia dan juga Puteri (anak buah Aznie) bawa ni la ke sekolah. Anak buah Aznie duduk dengan Aznie. Sebaya ngan anak dara Aznie yang juga diorang pun satu kelas. Projek diorang lepas ni nak jual brownies, muffin dan Choco Jar kat sekolah. Aznie memang suka tengok minat diorang bab masak-masak ni. Semoga impian diorang nak belajar culinary ni tercapai la. Aznie Khasri -
Bihun goreng mak2 😍 Bihun goreng mak2 😍
Tak kira hari cuti ke tak cuti ke, suami mesti nak makan bihun goreng mak2 ni 😁 ,, anak2 pun juga suka makan bihun goreng mak2 ni sbb tak pedas sgt 😘 …suami dan anak2 sangat suka kepak ayam madu ni.. ( sy share resepi kepak ayam madu ni untuk siapa2 nk buat stok kat rumah ke atau nak niaga) selamat mencuba 🥰 moksue -
Bihun Perencah Nasi Goreng Bihun Perencah Nasi Goreng
118/2021/RoadTo1k/803❤️ Masak Apa Guna Back to Basic Ingredients ❤️Ni kiranya kejayaan hakak ler goreng bihun ni haaa😂. Percaya atau tak, terpulang lah yang bihun ni first time hakak masak sorang2. Selalu bab menggoreng ni suami yang buat sebab hakak kureng sikit. Hakak lebih prefer masak makan berkuah ataupun makanan beraras tinggi je🤣🤣🤣. Ikut tadi nak goreng nasi. Bila buka periuk nasi. Nasinya adalah sesuap. Bahan2 untuk nasi goreng dah ready dah😆. Nampak bihun, rendam sat dan kita masak dia macam masak nasi goreng ehh🤭. Yela waktu PKP ni apa yang ada kat dapur tu. Kita guna jela untuk masak. Yang penting kreativiti tu dalam mempelbagaikan hidangan 😝. Ramuan asas yang hakak guna dalam hidangan ni adalah bihun dan kicap (untuk bagi impak gelap sikit😬). Alhamdulillah untuk rezeki pagi ni🥰 Salina Jalaludin
Lebih Banyak Resipi
Komen