Bihun Goreng Sos Tiram

Norashikin Rahmat
Norashikin Rahmat @dapurummi_2010
Jitra

Bihun lagi...

Senang ja kan nak prepare breakfast. Tak nasi, mee @ bihun goreng.

Sejenis suami dan anak-anak yang kalau breakfast mesti nak menu yang berat. Setakat cucur @ kuih muih sebiji dua tak kejap perut depa kata .

Cakap pasal bihun goreng pulak kalau cara saya, main campak apa yang ada.

Macam kali ni rasa nak buh sos tiram sikit, selalu tak letak 😁. Ikut la kan yang nak makan pun family kita.

Ok jom tengok resepi.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1bungkus bihun - rendam sampai lembut
  2. 15-20ekor udang
  3. 3-5 ulasbawang putih - diketuk
  4. 3sdb cili kisar
  5. 2-3sdb cili sos
  6. 2sdb sos tiram
  7. 1sdb kicap
  8. 2biji telur - goreng hancur
  9. 1ikat sawi
  10. 1-2sdt garam (secukup rasa)
  11. 1-2sdb gula (secukup rasa)
  12. 1sdt serbuk perasa (optional)
  13. 1senduk minyak (secukupnya)

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan minyak. Tumis bawang putih sampai naik bau kemudian masukkan cili kisar. Masak sampai pecah minyak, masukkan gula, cili sos, sos tiram, kicap secukup rasa. Tambahkan garam secukupnya kalau perlu. Masukkan udang. Kacau rata.

  2. 2

    Masukkan bihun. Gaul rata supaya bihun dan kuah sebati.

  3. 3

    Masukkan pula telur hancur dan sawi.

  4. 4

    Goreng sampai bihun masak sempurna. Bolehlah padamkan api.

  5. 5

    Sedia untuk dinikmati

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Norashikin Rahmat
Norashikin Rahmat @dapurummi_2010
pada
Jitra
It's all about food 🍲 🍝🍜I ❤️ cooking
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya