Kacang panjang goreng kunyit

Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
Bintangor, Sarawak.

Lauk mudah dan lengkap. Malas nak masak macam-macam jenis lauk. Lauk satu ni pun dah cukup.

Kacang panjang goreng kunyit

12 orang bercadang membuatnya

Lauk mudah dan lengkap. Malas nak masak macam-macam jenis lauk. Lauk satu ni pun dah cukup.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 6urat kacang panjang - potong serong
  2. Sedikitlobak merah - hiris memanjang
  3. 1 ketuldada ayam - potong kecil
  4. 3 ulasbawang putih - cincang kasar
  5. 1/2 bijibawang holland - hiris
  6. 1/2 incihalia - hiris memanjang
  7. 1 bijicili merah - hiris (tak letak, cili habis 😅)
  8. 1 sudu kecilserbuk kunyit
  9. secukup rasaGaram
  10. Sedikitbahan perasa

Cara Memasak

  1. 1

    Rebus ayam dengan sedikit air, masukkan halia dan sedikit garam. Rebus hingga air kering.

  2. 2

    Bila air sudah kering, masukkan sedikit minyak dan masukkan juga bawang putih, bawang holland, cili merah dan serbuk kunyit. Gaul rata.

  3. 3

    Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Gaul rata dan masak bagi layu sedikit. Akhir sekali perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya dan kacau rata. Tutup api.

  4. 4

    Sedia dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
pada
Bintangor, Sarawak.
🌼Mak anak 3.🌼Suka mencuba pelbagai resepi.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya