Donut & pau goreng (uli BM)

Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
Bintangor, Sarawak.

Hanya dengan 1 adunan. Boleh juga buat roti sosej.

Donut & pau goreng (uli BM)

56 orang bercadang membuatnya

Hanya dengan 1 adunan. Boleh juga buat roti sosej.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 cawantepung gandum
  2. 1 sudu besarsusu pekat
  3. 1 sudu besargula pasir
  4. 2 sudu kecilyis
  5. 1 sudu kecilgaram
  6. 2 sudu makanmarjerin
  7. 1 sudu kecilK-fine cream super (optional)
  8. 3/4 cawanair sejuk

Cara Memasak

  1. 1

    Masukkan semua bahan-bahan kecuali air dalam BM, pilih mode dough dan start. Baru masukkan air sedikit demi sedikit secukupnya. (Kadang-kadang kalau letak sekali gus, doh terlembik.. kadang-kadang ok). Bila siap uli, keluarkan. (Saya tak rehatkan doh pun).

  2. 2

    Bahagikan doh, bentukkan donut, untuk pau goreng saya guna inti kacang merah yang ready made. Tunggu donut & pau kembang dahulu baru goreng.

  3. 3

    Siap goreng, salut donut dengan gula @ campur dengan susu tepung.

  4. 4

    Nota: jika uli tangan, guna 2 sudu besar yis & gunakan air suam.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
pada
Bintangor, Sarawak.
🌼Mak anak 3.🌼Suka mencuba pelbagai resepi.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya