Nasi Lemak Sambal Tumis Udang Sempoi Sepoi Sepoi

Rozita Jaafar Sekdek
Rozita Jaafar Sekdek @Rozita
Sungai Buloh

Hari Jumaat lepas teringin nak makan nasi lemak. Korek peti ais semua bahan ada kecuali kacang tanah. No hal ... kita kasi onz je. Kita yang buat dia. Nasik lemak cenggini kalau beli kat luar rege mau berbelas hengget tu pun sambal maneh & nasik tak cukup santan. Buat sendiri puas hati, puas makan.
.
#GlobalApron2024
#BerasPutihSantan

Nasi Lemak Sambal Tumis Udang Sempoi Sepoi Sepoi

21 orang bercadang membuatnya

Hari Jumaat lepas teringin nak makan nasi lemak. Korek peti ais semua bahan ada kecuali kacang tanah. No hal ... kita kasi onz je. Kita yang buat dia. Nasik lemak cenggini kalau beli kat luar rege mau berbelas hengget tu pun sambal maneh & nasik tak cukup santan. Buat sendiri puas hati, puas makan.
.
#GlobalApron2024
#BerasPutihSantan

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20-30 minit (including prep time)
3 orang
  1. 3 butirtelur
  2. 2 potberas basmati
  3. Segenggamikan bilis
  4. Seketulasam jawa sebesar ibu jari
  5. 250 mlsantan pekat
  6. 12 ekorudang kolam
  7. 4 sendukcili kisar
  8. Sebatangtimun jepun
  9. Secukup rasagaram himalaya
  10. 1/2 bijilemon

Cara Memasak

20-30 minit (including prep time)
  1. 1

    Kosek beras sampai jernih, Toskan dan masukkan santan dan garam dalam 2 sudu teh. Tambah air tapis dalam 2 pot. Kacau dan tenggek atas dapur guna api sederhana. Sementara tu rendam ikan bilis dan asam jawa dalam semangkuk air bersih.

  2. 2

    Siang udang. Buang kulit kecuali ekor dan tarik keluar usus udang. Perah jus setengah biji lemon, tambah air sehingga penuh mangkuk dan rendam udang dalam beberapa minit (nak guna limau nipis atau limau kasturi pun boleh). Sementara tu, rebus telur dalam 7-8 minit (make sure cuci kulit luar dia bersih-bersih dulu guna sabun pencuci pinggan & span) dan kacau-kacau nasi dalam periuk supaya masak sekata.

  3. 3

    Bila nasi dah mula kering, gembur-gemburkan nasi dan kecilkan api pada kepanasan minimum. Tutup periuk. Biarkan selama 2 minit.

  4. 4

    Bila dah 2 minit, tutup api. Gembur-gemburkan nasi lagi sekali dan tutup balik periuk. Biarkan.

  5. 5

    Bilas ikan bilis yang dah direndam tadi dan goreng sampai garing. Bila dia dah start bunyi meletup-letup tu dah garing ler tu. Angkat dan letak dalam mangkuk yang dah dialas tisu dapur untuk serap minyak berlebihan. Guna balik minyak goreng ikan bilis tu untuk tumis cili kisar lak. Tumis sampai garing atau pecah minyak. Sementara tu ramas-ramaskan asam jawa tadi dalam air rendamannya, dan tapis serdak dan bijinya untuk buat air asam jawa.

  6. 6

    Bila cili dah garing, masukkan air asam jawa dan garam dalam satu sudu teh. Kacau. Bila sambal dah start mendidih, masukkan udang. Balikkan udang lepas seminit lepas tu biarkan seminit lagi.

  7. 7

    Dah cukup 2 minit udang duduk dalam periuk, tutup api. Cuci bersih timun dan hiris. Kupas telur dan belah dua. Sendukkan nasi, ikan bilis dan sambal tumis udang ke dalam pinggan, baca Bismillah dan makan sampai kenyang. Dah kenyang jangan lupa ucap Alhamdulillah.

Resipi Pautan

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Rozita Jaafar Sekdek
pada
Sungai Buloh
Menu-menu ringkas, mudah & cepat sesuai untuk mereka yang kekurangan masa, kekurangan kesabaran atau kekurangan kerajinan (atau ketiga-tiganya sekali!) 😆Motto masakan kita: Biar rupa tak cantik, janji rasa dia WIN!
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya