Stu Daging Seada Nya

Anak bujang balik bercuti, jadi tugas untuk memasak yang digalas oleh suami saya diambil oleh anak bujang kerana keadaan saya masih lagi tak sekuat atau sesihat seperti dahulu. Si bapa nak makan stu daging tetapi tak reti nak potong daging takut tersalah arah urat dan daging akan menjadi liat. Si bujang saya senyum sambil geleng kepala bila bapa nya memberi alasan sebegitu.
Stu Daging Seada Nya
Anak bujang balik bercuti, jadi tugas untuk memasak yang digalas oleh suami saya diambil oleh anak bujang kerana keadaan saya masih lagi tak sekuat atau sesihat seperti dahulu. Si bapa nak makan stu daging tetapi tak reti nak potong daging takut tersalah arah urat dan daging akan menjadi liat. Si bujang saya senyum sambil geleng kepala bila bapa nya memberi alasan sebegitu.
Cara Memasak
- 1
Gaulkan daging bersama tepung gandum. Di dalam periuk, masukkan minyak masak. Masukkan daging yang telah dipotong dan dibersihkan. Gorengkan sekejap daging tersebut sehingga berubah warna. Kemudian, angkat dan toskan minyak.
- 2
Dalam minyak yang sama, tumiskan bawang holland, bawang putih dan daun bay naik bau. Masukkan air, kentang, lobak merah, cendawan dan batang saderi. Masak sehingga mendidih. Kemudian, masukkan daging tadi, garam, kiub daging dan lada hitam, kacau hingga sebati. Dan renehkan seketika lebih kurang 1 jam sehingga mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat atau sehingga daging menjadi empuk. Sedia untuk dihidangkan.
Resipi Sepertinya
-
Stu/Stew Kambing Pressure Cooker Stu/Stew Kambing Pressure Cooker
Global Apron 2024 Challenge 9: Fam FaveFavourite suami dan anak bujang saya kalau daging kambing, tak kisah lah masak apa sekali pun. Bagi saya dan si dara saya cuma makan seketul dua jer. Stu/stew kambing ni si bujang saya yang masak pada hari raya yang lalu. Mama dia cuma sediakan bahan-bahan untuk dia. Ini lah moment saya dan si bujang saya dapat meluangkan masa bersama kerana dia ada minat memasak. Hari raya jer lah masa yang ada untuk dia pulang ke rumah bersama keluarga.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Kambing (3) + kentang (1) + tepung gandum (R) Dapur Yusfarisyia -
Stew Daging Stew Daging
Suami saya suka sangat makan stu daging. Saya juga suka tetapi atas faktor kesihatan saya kurangkan pengambilan daging merah. Stu sedap dimakan bersama roti baguette. Ada yang suka kuah yang sedikit cair dan ada yang suka sedikit pekat. Terpulang pada citarasa masing-masing. Kita yang buat dia kan? 😁 Tengah memasak kelmarin saya mendapat panggilan telefon daripada kakak ipar saya. Dia menjemput saya dan suami ke rumah nya tengahari itu bagi membincangkan majlis akad nikah anak nya nanti. Nasib baik juga la kakak ipar menelefon saya sebab nak mengingatkan saya dan suami. Rupa nya kakak ipar ada menghantar mesej kepada suami saya tetapi suami saya terlupa nak bagitahu saya. Agak kelam kabut juga lah saya memasak. Maaf lah sebab banyak langkah-langkah tak sempat nak snap gambar. Dapur Yusfarisyia -
Sup Fucuk, Suhun, Kentang Dan Telur Sup Fucuk, Suhun, Kentang Dan Telur
HOF Worthy (#Misi2 CookRace)Bila tengok sup fucuk, suhun, kentang dan telur @dapoq_cikrose21 teringat pada menu yang mak saya selalu buat zaman dulu-dulu. Kami, adik-beradik ramai (8 orang) mak akan buat satu periuk besar untuk kami dan digandingkan dengan ikan goreng. Kalau untuk mak dan arwah bapa saya pula, menu yang sama cuma ada tambahan sambal belacan atau ikan masin goreng. Mak sengaja buat banyak kuah sebab kami suka hirup. Sekarang ni anak-anak saya juga suka menu ni terutama nya si bujang saya. Kadang bila saya terlupa nak buat menu ni, anak-anak saya akan tanya “kenapa mama lama dah tak buat sup sayur segiempat nipis tu?” 😂 Maksud mereka sayur fucuk sebab tak reti nak sebut. Dapur Yusfarisyia -
Bihun Sup Daging Bihun Sup Daging
Masih ada daging qurban di dalam peti sejuk? Oleh kerana si kecil Yani suke makanan seperti sup-sup, jadi hari ni Yani kongsikan Bihun Sup Daging yang mudah nak masak. Bahan utama ialah daging dan kunyit ada di dalam resipi ini.Welcome back #GoldenApron23 #week1... Nur Azliani Amer -
One Pot Rice Porridge One Pot Rice Porridge
Global Apron 2024 Challenge 11: One-Pot MealDemam b'ulang kali mlanda kami skluarga. Batuk, selsema & skit kepala. Bdn kjp pns kjp sejuk adeh, mmg tak mjadi kja dibuat nya. Si dara dah 5 hari ambil cuti skit, demam nya dah kebah cuma tggl batuk jer lg. Suami sy plk, baru jer sembuh drpd demam bbrp hari lps. Skrg ni demam balik gara2 mnahan ksejukan hmpir stgh hari mnemani sy mjalani ujian rawatan di Pusat Jantung Sarawak pd hari Khamis lps. Dia tlupa mbawa bju jaket tebal nya, kat Pusat Jantung tu aircond nya mmg sejuk giler. Tmpt nya jgk bsr & luas. Bilik ujian rawatan tu plk tletak jauh ke dlm & prlu ambil msa utk prgi ke pintu luar skira nya tak thn sejuk. Apa kan daya dia tak smpai hati nk biarkan sy seorg diri mbuat ujian rawatan tu, nk tak nk dia terus mnemani sy tkut sekira nya blaku kcemasan kpd sy swaktu prosedur ujian rawatan tu. 2 hari slps ujian rawatan tu namun kesan ubat spray di bwh lidah sy mberi kesan pening hgga ke hari ni wlaupun tak lah steruk pd hari ujian rawatan tu mbuatkan sy mrasa tak larat nak mbuat kja2 rmh tmsuk mmsk. Ingatkan nk msk bubur nasi jer hari ni, lauk nnti nk srh si dara pergi beli di luar tp tak jd krn tfikir nk buat bubur nasi cmpur daging sbb suami sy suka mkn daging. Alang2 tu terus tfikir nk buat utk cabaran 11 Global Apron. Asbab rsa tak sihat, dpt idea nk msk apa. 🤭 Alhamdulillah suami suka mkn, licin semangkuk.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Beras (1) + daging (3) + halia (1) + lada hitam (1) Dapur Yusfarisyia -
Lasagna Daging Lasagna Daging
#goldenapron#minggu15Jika anak- anak tinggal berjauhan suatu hari nanti pastinya ini antara hidangan yang akan dirindui mereka. Lasagna daging yang padat dengan inti dan keju yang melimpah ruah siapa aja yang tak teringat-ingat oii😊 Nurul Akmal Mohamad Yusoff -
Sup Daging Tetel Sup Daging Tetel
Daging tetel disedekah adik ipar kerana risau peti sejuk dan freezer di rumah tak muat lagi mana nak letak. Daging tetel ni kegemaran mak saya tetapi sejak usia mak semakin meningkat dan akibat dari insiden terjatuh dari katil hari tu, keadaan mak kejap okay kejap tak okay. Walau bagaimana pun kami sekeluarga tetap bersyukur kerana mak sudah boleh berjalan cuma memori nya kadang-kadang terganggu. Berbalik kepada daging tetel, ianya kegemaran suami dan anak bujang saya. Paling suka dibuat sup. Dapur Yusfarisyia -
Stew Daging Simple Stew Daging Simple
Stew dan sup hampir sama cara penyediaan dan memasak. Perbezaannya adalah dari segi tekstur. Sup mempunyai tekstur yang lebih cair manakala stew mempunyai tekstur yang lebih pekat dan likat. Stew ialah sejenis masakan yang direnehkan dan terdiri daripada daging pejal yang dimasak bersama kentang, lobak merah, batang saderi yang dipotong dadu secara kasar. Kalau berdasarkan resepi asal, stew perlu dimasak selama 5 sehingga 6 jam lamanya. Tetapi, pada masa kini waktu yang diambil untuk memasak stew menjadi lebih singkat dengan adanya periuk tekanan. Masakan stew ini sangat enak dihidangkan bersama roti putih, pasta mahupun nasi putih panas. Cara penyediaannya juga amat mudah kerana tidak memerlukan bahan yang banyak. Nora Hj Talib -
Stew Sayur Stew Sayur
Biasa kita makan stew daging tapi untuk kali ini Kak Long kelainan sikit , kita buat stew sayur.#GoldenApron23 Nana Isya -
Kuetiau Goreng Pak Di Kuetiau Goreng Pak Di
Kuetiau goreng semesti nya sedap dimakan ketika masih panas. Ianya kegemaran keluarga saya juga. Si dara saya tidak berapa menggemari mi kuning. Ketika masih di zaman kanak-kanak dia tak reti nak sebut nama mi kuetiau, dia akan cakap “mi segi empat” 😂. Kenapa nama Pak Di? Itu nama timbangan suami saya digelar oleh anak jagaan saya panggil suatu ketika dahulu 😊 Ni cara suami saya kalau goreng mi kuetiau. Dapur Yusfarisyia -
One-Pot Minestrone Pasta One-Pot Minestrone Pasta
#GlobalApron2024Aritu tersalah hantar resipi. tersalah tema 🙈🥹. Ada cuti Wesak ni, buat dan masak simple resipi untuk tekak seorang utk makan. Yang lain nak makan makanan lain pulak dalam tumah ni. Dulu saya suka makan monestrone soup di Secret Recipe… lepas dah tahu resepi, saya masak sendiri… ni saya jadilan dia pasta sekali dalam one pot MaRulez Arif -
Kari Daging Kari Daging
Global Apron 2024 Challenge 9: Fam FaveKalau masak kari, tak kira lah kari ayam/daging/ikan, memang favourite arwah fil, favourite cik somi dan anak bujang saya. Teringat lagi sewaktu masa dahulu, anak bujang saya yang masih bersekolah di dalam darjah tiga, waktu tu kami sekeluarga pergi ke tempat yang di namakan India Street di daerah Kuching. Tempat tu kira kawasan membeli belah pelbagai barangan daripada pakaian, keperluan dapur, barangan kraf tangan dan bermacam-macam lagi. Para pelancung pun suka pergi ke situ. Kami di Sarawak ni nama jer pelbagai kaum dan agama tetapi bangsa atau kaum india jarang terserempak ketika membeli belah. Dipendekkan cerita, oleh kerana jarang terserempak dengan kaum india, anak lelaki saya terserempak dengan dua orang perempuan india (pakai sari), terus dia cakap "mama! Baba's (sambil tunjuk ke arah perempuan-perempuan tadi). Dia tak reti nak bagitau orang bangsa apa kerana selalu tengok iklan Baba's kat TV jer. Penangan kari punya pasal sampai dia bagitau nanti bila dah besar dia nak girlfriend macam Baba's. 🤦🏻♀️ Anak oh anak... Ada-ada jer.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Daging (3) + kentang (R) + santan (1) Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen