Bihun Sup Daging

Nur Azliani Amer
Nur Azliani Amer @puanyani
Melaka

Masih ada daging qurban di dalam peti sejuk? Oleh kerana si kecil Yani suke makanan seperti sup-sup, jadi hari ni Yani kongsikan Bihun Sup Daging yang mudah nak masak. Bahan utama ialah daging dan kunyit ada di dalam resipi ini.

Welcome back #GoldenApron23 #week1...

Bihun Sup Daging

9 orang bercadang membuatnya

Masih ada daging qurban di dalam peti sejuk? Oleh kerana si kecil Yani suke makanan seperti sup-sup, jadi hari ni Yani kongsikan Bihun Sup Daging yang mudah nak masak. Bahan utama ialah daging dan kunyit ada di dalam resipi ini.

Welcome back #GoldenApron23 #week1...

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
3-4 orang
  1. 500 gdaging (direbus sehingga daging lembut dan kemudian dihiris)
  2. 2 kepinganbesar Bihun Faiza (direndam dengan air panas campur 1 sudu makan serbuk kunyit Adabi)
  3. 1 labubawang besar (dikisar)
  4. 3 ulasbawang putih (dikisar)
  5. 1 incihalia (dikisar)
  6. 1/2 sudu makanserbuk lada sulah
  7. 1 uncangsup bunjut Adabi
  8. 1 batanglobak merah (dipotong dadu)
  9. 1 genggamdaun bawang (dihiris)
  10. 1 genggamdaun sup (dihiris)
  11. 1 literair (untuk kuah sup)
  12. 1/2 sudu makangaram halus
  13. 1 ketulkiub pati daging knorr
  14. 3-4 sudu makanminyak masak (untuk tumisan)

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Panaskan minyak masak, tumis bahan yang dikisar (bawang besar, bawang putih dan halia) bersama sup bunjut sehingga naik bau.

  2. 2

    Masukkan lada sulah dan kiub pati daging. Masukkan daging yang telah direbus dan dihiris. Masukkan air. Masak sehingga ia mendidih.

  3. 3

    Masukkan lobak merah. Masak sehingga mendidih sekali lagi. Masukkan garam dan rasa kuah. Jika ok, tutup api memasak.

  4. 4

    Bihun yang direndam didalam air panas berserta serbuk kunyit bolehlah ditoskan. (Pastikan telah lembut).

  5. 5

    Siap dihidangkan. Boleh tabur daun bawang dan daun sup untuk menambah lagi kesedapan bihun sup ini. Selamat mencuba😁.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nur Azliani Amer
pada
Melaka
Jika emosi tak baik, makanan adalah terapi terbaik untuk gembira kembali🤗, itulah saya🤭
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen

Resipi Sepertinya