Ketupat Pulut Lemak Utara

Ketupat palas menu wajib ada dihari raya.
Akak buat sehari sebelum raya, jadi petang raya tu cuma masak rendang ja.
Berbuka last day dah boleh makan ketupat.
Ketupat Pulut Lemak Utara
Ketupat palas menu wajib ada dihari raya.
Akak buat sehari sebelum raya, jadi petang raya tu cuma masak rendang ja.
Berbuka last day dah boleh makan ketupat.
Cara Memasak
- 1
Buka daun ketupat, bentukkan kelongsong. Ketepikan dulu.
Proses buka daun ni boleh buat sehari lebih awal supaya mudah dan cepat nak balut ketupat nanti.
- 2
Beras pulut susu dibasuh bersih, direndam selama sejam. Toskan pulut sebelum dimasukkan ke dalam santan.
- 3
Panaskan santan dengan garam dan daun pandan sampai mendidih dan naik kepala santan.
Masukkan pulut, tambah air sehingga pulut tenggelam, kemudian masak sampai santan kering.
Kacau selalu supaya pulut masak sekata dan tidak berkerak
Akak suka kalau pulut tu separuh masak ja, sebab nanti nak rebus sampai pulut lembut.
- 4
Balut ketupat dengan daun palas, kemaskan lipatan dan ikat ketat-ketat.
Susun ketupat dalam periuk, alaskan dulu bawahnya dengan lebihan daun palas.
Isikan air sehingga ketupat tenggelam.
Rebus sampai air ketupat kering.
(Akak guna Noxxa, isi air 350ml, Hp15, release wap kemudian SF sampai air kering)
- 5
Dah siap bolehlah hidangkan dengan rendang @serunding.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Ketupat Kacang Utara Ketupat Kacang Utara
Suami request ketupat kacang jadi akak buatkan juga untuk dia.#TeamKetupat Norashikin Rahmat -
Ketupat Palas Ketupat Palas
Ramadan Month Challenge 4 : Raya PrepKetupat palas hidangan yang wajib ada di hari lebaran.Untuk mengelakkan kesesakkan kerja di hujung-hujung Ramadan, maka kita sediakan ia lebih awal dan frozenkan.Sehari sebelum raya bolehlah keluarkan daripada peti ais, defrostkan kemudian kukus lebih kurang 15 minit @ sampai ketupat lembut. Norashikin Rahmat -
Ketupat Palas Ketupat Palas
#phopxcookpad2020#goldenapron2020Ketupat palas menu yang wajib ada di pagi raya. Norashikin Rahmat -
Ketupat Palas Utara Ketupat Palas Utara
#unique2u#goldenapron2020Ketupat palas ni adalah menu wajib musim perayaan.Kenapa ia unik bagi saya? Ada ceritanya...Kisahnya suami saya suka sangat ketupat palas ni. Masa arwah emak mentua masih ada, dialah yang sibuk memasak dan membalut ketupat masa musim perayaan. Saya cuma tolong-tolong.Itupun give up macam tu ja sebab tak pandai nak membalut. Selalu balut jadi ketupat betina atau tak jadi langsung 🤭.Bila arwah dah tak de, saya tempah ketupat ni untuk dimakan keluarga. Tapi sampai bila kann.. Jadi saya usahakan juga belajar membuatnya.Alhamdulillah 4,5 tahun kebelakangan ni ketupat palas memang saya sediakan sendiri. Dari mula sampai siap 😁.Gembira tengok suami dan anak-anak berselera makan ketupat yang dihasilkan sendiri 😊. Norashikin Rahmat -
Ketupat Pandan Ketupat Pandan
Suka makan ketupat palas tapi tak pernah buat biasa beli yg dah siap je..hehe..Tahun ni teringin nak buat tapi takde org jual daun palas kat tempat sya ni..Kebetulan ada resepi ketupat pandan di ig rozek tv terus semangat nak buat.Untuk first timer memang agak mencabar ye sebab daun pandan tu tak selebar daun palas jadi kene guna 2 helai.Bila dah buat 3 ketul baru dapat rentak nak buatnya..takdelah susah mana pon..kene bersabar sikit..heheRaya haji nanti boleh buat lagi..sedap wangi je bau pandan tu😋#TeamKetupat shazrina -
Ketupat Pulut Hitam Ketupat Pulut Hitam
Walaupun Raya Haji tak semeriah Hari Raya Aidil Fitri , ketupat salah satu menu wajib di hari raya. Tanya ketupat seolah-olah tak lengkap raya. Untuk raya kali ini, kita prepared awal 3 hari sebelum raya. Tak la kalut sangat jika dah siap sedia awal. Benda boleh frozen. Untuk Hari Aidil Adha , kita buat ketupat pulut hitam. Nana Isya -
Ketupat Palas Lemak Versi kelantan Ketupat Palas Lemak Versi kelantan
Setiap kali tiba nya hari raya menu wajib kami sekeluarga ialah ketupat palas.ketupat palas merupakan penyeri di hari raya kami sekeluarga🥰#goldenapron2020#unique2u Munirah Hanim -
Ketupat Daun Palas Ketupat Daun Palas
Dah nak raya tak lama lagi rindu pulak nak makan ketupat. Raya hari tu banyak menu raya yang tak dapat nak makan. Lupa menu ni tak pos lagi kat cookpad, jadi Aznie share kat sini. Ketupat memang sedap jika dimakan bersama rendang lagi- lagi kalau rendang tok. Makan tak pandang kiri kanan dah. Aznie Khasri -
Ketupat Kacang Noxxa Ketupat Kacang Noxxa
Ketupat kacang fully by Noxxa.Dari rebus kacang, arong pulut dan rebus ketupat. Balut ketupat pakai tangan ya 😄.Mudah dan cepat masak guna Noxxa. Oh ya.. Akak guna Noxxa model lama. Model baru function dia tak sama. Norashikin Rahmat -
Ketupat Pulut Daun Palas Ketupat Pulut Daun Palas
🌹44-2024🌹👩🍳752/1K👩🍳Global Apron 2024 Challenge 6: Menu Raya#GobalApron2024#Challenge6#MenuRaya#KetupatDaunPalasKetupat Daun Palas Menu wajib ada setiapkali Raya.Ummi beraya dikampung Mil di Sandakan.Kebiasaan setiap tahun mil dan keluarga akan sediakan ketupat daun kelapa sahaja sebab mereka sekeluarga tak tau cara penyediaan ketupat daun palas.Sejak ummi masuk kedalam keluarga mereka,Ketupat daun palas menjadi kegemaran mereka pula setiap kali Raya.Ini kerana ummi akan sediakan ketupat daun palas untuk juadah Hari Raya di rumah Mil.Dari situlah ketupat Daun Palas menjadi pilihan untuk menu Raya di rumah Mil.Cookpad Magic Pantry :PULUTKELAPA PARUTDAUN PALAS Q'leenalee's Kitchen -
Ketupat Palas Ketupat Palas
Dalam tak pandai menganyam tu, belajarlah juga dengan staff di pejabat. Senang rupanya nak anyam daun panas.Tapi nak menghadap buat ketupat ni, kena cekal. Kalau tak, sekerat jalan je sudahnya hehehe.Di Terengganu, biasanya ketupat palas yang dah siap direbus, akan digoreng sebelum dihidang. Krup krap tau.Daun palas (2 point)Pulut (1 point)Santan3 points#GlobalApron2024 #challenge6 #menuraya Nihadriz Niha -
Ketupat Pulut Dakap & Sambal Bilis Ketupat Pulut Dakap & Sambal Bilis
First time buat ketupat pulut dakap. Kenapa panggil dakap? Sebab 2 pulut yang dibungkus dengan daun pisang, didakapkan dan diikat kemas. Berdakap lah dia dikuku hingga masak. Rasa sama mcm rasa lemang dan ketupat palas, cuma cara penyediaannya yg berbeza.Resipi asal pulut dakap adalah sejenis kuih manis, pulut berinti pisang. Saja faa olah jadi ketupat biasa sbb ada faa google, ketupat pulut dakap memang ada dan dihidangkan dipagi raya.Tak hidang dengan rendang, faa hidangkan dengan sambal tumis bilis. Padu! Kakak Faa
Lebih Banyak Resipi
Komen