16:12:23 - Sotong masak hitam

Hani Shaimi
Hani Shaimi @hanishaimi1504
Malaysia

Sotong masak hitam . Menu kegemaran kerabat di Raja Johor. Sultan Johor selalu membuat kembara ke seluruh pelusuk negeri Johor dan akan singgah ke lokasi-lokasi yg akan diberi tahu. Salah satunya adalah masjid di sebelah rumah di kampungku. Bila Tuaku singgah org2 kampung akan Gotong royong memasak juadah kegemarannya. Salah satunya adalah sotong masak hitam inilah. Arwah bondaku yang akan memasak sotong masak hitam ni bersama juadah-juadah lain untuk menjamu Tuanku dan rombongannya. Memang sotong masak hitam ini lah yang dicari dulu. Mula2 dulu bila tengok warna hitam memang tak selera nak makan, tapi bila dah cuba, mak kauuu memang sedap manis jadinya masakan ni hasil dari dakwat hitam dari sotong ni.
#Dupe

16:12:23 - Sotong masak hitam

9 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

12 minit
3 - 4 ORANG
  1. 1/2 kgsotong - potong bulat
  2. 1bj carrot - potong mancis
  3. 1bj bawang besar - hiris
  4. 2 ulasbawang putih - hiris
  5. 1 batangSerai - ketuk
  6. 1 inHalia - hiris
  7. 10bj cili padi
  8. 1bj cili merah - hiris
  9. Dakwat sotong ambik dalam 3 atau 4 ekor sahaja
  10. sesedap rasa& garam

Cara Memasak

12 minit
  1. 1

    Tumis bahan hiris dan serai hingga naik bau.
    Kemudian masukkan sotong.
    Kacau sebentar kemudian masukkan dakwat sotong - kacau rata.

  2. 2

    Masukkan garam & secukup rasa.
    Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Hani Shaimi
Hani Shaimi @hanishaimi1504
pada
Malaysia
Suka pada menu paling mudah dan ringkas tanpa memakan masa yang lama.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya