Asam Rebus Nenas Ikan Parang

Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
Johor

Masakan ini antara kegemaran saya.
Kuahnya cair-cair masam manis.
Cukup dengan nasi panas dan gabungan bersama ulaman dan sambal belacan. Nikmatnya sambil menghirup kuah panas-panas.

#GoldenApron23
#nenas

Asam Rebus Nenas Ikan Parang

Masakan ini antara kegemaran saya.
Kuahnya cair-cair masam manis.
Cukup dengan nasi panas dan gabungan bersama ulaman dan sambal belacan. Nikmatnya sambil menghirup kuah panas-panas.

#GoldenApron23
#nenas

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
2 orang
  1. 3 potongikan parang
  2. 1/3 bijinenas - potong kasar
  3. 8-10 bijicili kering - kisar
  4. 1 bijibawang besar - kisar
  5. 1 incihalia - kisar
  6. 1/2 incikunyit hidup atau gunakan 1/2 sudu teh serbuk kunyit sahaja
  7. 1/2 incibelacan - tak perlu jika tak suka
  8. 1 genggamasam jawa - jadikan pes
  9. 1 genggamdaun kesum
  10. 1 sudu tehgaram
  11. 1/2 sudu tehserbuk perasa
  12. 1 literair

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Sediakan bahan-bahan seperti yang tersebut.
    Bersihkan ikan dan ketepikan.

  2. 2

    Masukkan semua bahan kisar, belacan dan air ke dalam periuk, didihkan.

  3. 3

    Perlahankan api, masukkan potongan ikan, nenas, daun kesum dan air asam jawa.
    Biarkan mereneh seketika sehingga ikan masak, masukkan garam dan serbuk perasa.
    Sedia dihidangkan.

    Sekian olahan resepi dari Murni's LittleKitchenz.
    Selamat mencuba dan selamat menjamu selera💐💐

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
pada
Johor
"Bukan Kuantiti Menjadi Sandaran. Jaminan Kualiti Sebagai Taruhan."#iambaker #iamphoper
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya