Asam Pedas Ikan Duri

Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
Johor

#cookpadmalaysia
#goldenapron
#minggu5

Inilah cara saya memasak asam pedas ikan duri.
Masakan ikan begini lebih sedap jika ditambah lada hitam dan kuahnya biar terasa masamnya lebih, baru tak terasa hanyir ikan. Sungguh, nikmatnya terasa waktu menghirup kuah tu😊

Jom tengok resepi ini.

Asam Pedas Ikan Duri

8 orang bercadang membuatnya

#cookpadmalaysia
#goldenapron
#minggu5

Inilah cara saya memasak asam pedas ikan duri.
Masakan ikan begini lebih sedap jika ditambah lada hitam dan kuahnya biar terasa masamnya lebih, baru tak terasa hanyir ikan. Sungguh, nikmatnya terasa waktu menghirup kuah tu😊

Jom tengok resepi ini.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan-bahan:
  2. 1 kgikan duri (bersaiz sedang)
  3. 20-30tangkai lada kering
  4. 2biji bawang besar (mayangkan sebelah untuk menumis)
  5. 5 ulasbawang putih
  6. 1/2inci belacan
  7. 1/2inci kunyit hidup
  8. 1inci halia
  9. 1inci lengkuas
  10. Secekak daun kesum
  11. Sedikitgaram
  12. Sedikitserbuk perasa
  13. Air asam jawa secukupnya
  14. Sedikitminyak masak untuk menumis

Cara Memasak

  1. 1

    Rebuskan sebentar lada kering. Kisar lada kering bersama bawang besar, kunyit hidup, halia, lengkuas & lada hitam. Ketepikan.
    Cuci ikan duri yang telah disiang dengan air bercampur asam & garam bagi membuang bau hanyir ikan.

  2. 2

    Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang yang dimayang halus hingga naik aroma harum.
    Masukkan bahan-bahan kisar tadi bersama belacan.

  3. 3

    Tumiskan sehingga pecah minyak dan garing, masukkan ikan duri. Kacau seketika dan masukkan air yang dibancuh bersama asam jawa secukupnya.
    Sekiranya ikan duri mempunyai telur, masukkan telur perlahan2 dan renehkan dengan api perlahan hingga masak.

  4. 4

    Masukkan daun kesum, garam dan serbuk perasa secukupnya.

    Sedia dihidangkan

    Sekian resepi istimewa dari Murni's LittleKitchen. Selamat mencuba dan menjamu selera

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
pada
Johor
"Bukan Kuantiti Menjadi Sandaran. Jaminan Kualiti Sebagai Taruhan."#iambaker #iamphoper
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya