Sandwich telur simple & mudah

Sakuramill
Sakuramill @masak_dari_hati

Menu ini biasanya saya sediakan pada waktu pagi. Menu yang mudah dan boleh disediakan awal. Menggunakan bahan yang mudah didapati.

Bahan seperti tomato dan sayuran lain akan diasingkan supaya sandwich tahan lama.

Sandwich telur simple & mudah

Menu ini biasanya saya sediakan pada waktu pagi. Menu yang mudah dan boleh disediakan awal. Menggunakan bahan yang mudah didapati.

Bahan seperti tomato dan sayuran lain akan diasingkan supaya sandwich tahan lama.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

15 minit
2 ke 5 orang
  1. 4 bijitelur (direbus hingga masak)
  2. 12 kepingroti sandwich
  3. 2 sudu besarmayonese
  4. 1/2 sudu kecilserbuk lada putih
  5. 6 bijilada hitam (tumbuk kasar. Jika tiada boleh guna yg serbuk)
  6. 1/4 sudu kecilgaram
  7. 2 bijitomato dipotong- potong (boleh tambah sayuran lain seperti salad dsn)
  8. Majerin/butter

Cara Memasak

15 minit
  1. 1

    Rebus telur dan kupas. Setelah itu lenyek dan hancurkan.

  2. 2

    Tambahkan bahan- bahan perasa iaitu mayonese, serbuk lada putih, serbuk lada hitam dan garam. Gaul rata.

  3. 3

    Sapu 1 keping roti dengan mayonese dan 1 keping lagi dengan majerin/butter.

  4. 4

    Kemudian letakkan telur yang telah digaul tadi atas roti yang disapu majerin/butter dan ratakan. Seterusnya tangkupkan dengan sekeping lagi roti yang disapu mayonese tadi.

  5. 5

    Potong sandwich menyerong. Tomato yang telah dihiris tadi diletak asing. Boleh ditambah ke dalam sandwich apabila hendak dimakan. Sebahagian sandwich yang lain boleh disimpan dalam peti ais untuk minum petang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Sakuramill
Sakuramill @masak_dari_hati
pada
Masak dari hati
Baca lagi

Komen (2)

Rozita Jaafar Sekdek
Rozita Jaafar Sekdek @Rozita
Simple macam ni kadang lagi best kan. Nak bawak bekal pun senang, tak renyah nak prepare.

Resipi Sepertinya