Biskut Coklat Walnut (Biskut Raya)

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

105/2024 (1650/2K)
Global Apron Challenge 5: Kuih Raya #GlobalApron2024

Magic Pantry List:
Tepung jagung, tepung gandum, marjerin, telur, serbuk koko,esen vanila

Biskut coklat yang dicampurkan dengan kisaran walnut untuk bagi kelainan rasa sikit. Buat biskut tekap2 dan deko simple2 macam ni sebenarnya untuk happykan anak2 je..anak yg kecik2 suka menyibuk nak try dan menolong. So, bila buat biskut camni, ni lah peluang diaorang nak experience hands on activities. Tambah nak bagi feeling mood raya sikit untuk anak2 dan dalam rumah..

Biskut Coklat Walnut (Biskut Raya)

12 orang bercadang membuatnya

105/2024 (1650/2K)
Global Apron Challenge 5: Kuih Raya #GlobalApron2024

Magic Pantry List:
Tepung jagung, tepung gandum, marjerin, telur, serbuk koko,esen vanila

Biskut coklat yang dicampurkan dengan kisaran walnut untuk bagi kelainan rasa sikit. Buat biskut tekap2 dan deko simple2 macam ni sebenarnya untuk happykan anak2 je..anak yg kecik2 suka menyibuk nak try dan menolong. So, bila buat biskut camni, ni lah peluang diaorang nak experience hands on activities. Tambah nak bagi feeling mood raya sikit untuk anak2 dan dalam rumah..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 250 gmarjerin✅
  2. 100 ggula aising
  3. 1 bijitelur (gunakan kuning telur sahaja)✅
  4. 1 bijitelur (ambil kuning sahaja)
  5. 250 gtepung gandum✅
  6. 50 gtepung jagung✅
  7. 50 gtepung ubi kayu
  8. 50 gserbuk koko✅
  9. 120 gwalnut dikisar
  10. Hiasan Pilihan
  11. Secukupnyacoklat masakan (dicairkan) dan Secukupnya sprinkle @ nutella spread/peanut butter spread
  12. 1 bijiputih telur dan chocolate rice

Cara Memasak

  1. 1

    Kisar walnut. Ketepikan.

    Tm6:
    Blend: 8 saat/speed 10

  2. 2

    Campurkan gula aising, marjerin, kuning telur dan esen vanila. Kacau guna senduk/mixer sehingga sebati dan berkrim.

    Tm6:
    Mix: 2 minit/speed 3

  3. 3

    Masukkan tepung gandum, tepung jagung,tepung ubi,serbuk koko, walnut kisar. Gaul sebati sehingga membentuk doh yang tidak melekat pada jari.

    Tm6:
    Mix: 40 saat/speed 4

  4. 4

    Canaikan doh setebal 1/4 inci. Gunakan plastik alas sebagai lapik doh supaya tidak melekat pada roller pin. Tekap doh dengan acuan pilihan dan susun atas dulang pembakar.

    Sapu kuih dengan baki putih telur, taburkan chocolate rice.

  5. 5

    Panaskan oven pada suhu 160c. Bakar kuih selama 15-18 minit. Sejukkan biskut.

  6. 6

    Cairkan coklat masakan atau gunakan nutell spread/peanut butter spread dan pindahkan dalam piping bag.

    Hiaskan dengan coklat cair dan sprinkle (jika tak hias dgn chocolate rice)

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen

Resipi Sepertinya