Udang & Tebu Telur Masak Lemak Cili Padi

#GlobalApron2024
#FAMFAVE
#KunyitSantanUdang
Rezeki dapat merasa tebu telur yg mak & ayah tanam. Sewaktu saya balik kampung di Terengganu minggu lepas, kebetulan tebu bertelur..banyak pula tu..sebab mak cakap dah lama tak ambik.. Selalunya saya buat masak lemak putih kobis & sawi campur dengan tebu telur, kali ni saya campur dlm masak lemak cili padi pula. Rupa tebu telur ni seperti telur ikan & rasanya seperti bunga kobis.. Pokoknya kecik je..tak macam pokok tebu orang buat air tu..
Udang & Tebu Telur Masak Lemak Cili Padi
#GlobalApron2024
#FAMFAVE
#KunyitSantanUdang
Rezeki dapat merasa tebu telur yg mak & ayah tanam. Sewaktu saya balik kampung di Terengganu minggu lepas, kebetulan tebu bertelur..banyak pula tu..sebab mak cakap dah lama tak ambik.. Selalunya saya buat masak lemak putih kobis & sawi campur dengan tebu telur, kali ni saya campur dlm masak lemak cili padi pula. Rupa tebu telur ni seperti telur ikan & rasanya seperti bunga kobis.. Pokoknya kecik je..tak macam pokok tebu orang buat air tu..
Cara Memasak
- 1
Buang kulit tebu telur
- 2
Blend bahan2 bertanda * hingga halus
- 3
Tumis dengan sedikit minyak hingga wangi
- 4
Masukkan santan & air. Kacau sentiasa hingga mendidih. Kemudian, campur udang. Biarkan udang masak
- 5
Masukkan tebu telur, kacang panjang, garam & gula. Kacau hingga kedua2nya lembut sedikit..
- 6
Hidangkan bersama nasi panas2..
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Carian Teratas bagi
Resipi Sepertinya
-
Sayur Lemak Telur Tebu Sayur Lemak Telur Tebu
Telur tebu ni mak saya yang beri sewaktu balik kampung minggu lepas yg mak ayah tanam sendiri pokoknya. Kebetulan saya balik pokoknya bertelur 8 biji. Pokok tebu telur ni memang jarang orang tanam & jual telurnya. Pokoknya lebih kecik daripada pokok tebu gula yg orang perah buat air tu. Selalunya saya buat masak lemak versi Terengganu ikut resepi mak yg di campur dengan sayur2 & ikan rebus. Rasa telur tebu ni macam bunga kobis..rupa & tekstur dia macam telur ikan..lembut je..sedap di makan bersama nasi & ikan goreng panas2, cicah dengan sambal belacan @ budu.. bertambah2 makan nasi.. Nor Al Fatihah -
Telur Ayam Masak Lemak Cili Api Telur Ayam Masak Lemak Cili Api
Plan sebenarnya nak masak telur itik tapi cari telur itik kat 7 buah kedai semua tak ada..balik la dengan hati hampa 😔 dari semalam teringin nak makan telur itik masak lemak cili api.. Memandangkan telur itik tak ada, jadi saya guna telur ayam saja..first time try.. sedap jugak rupanya telur ayam pun..sebab biasanya memang guna telur itik je..tapi telur ayam ni tak la selemak macam telur itik tapi boleh laa buat hilang teringin..hehe 😄 Nor Al Fatihah -
Kulat Sisir (Cendawan Kukur) Campur Masak Lemak Cili Padi Kulat Sisir (Cendawan Kukur) Campur Masak Lemak Cili Padi
Dua hari lepas suami beli kulat sisir @ cendawan kukur. Teringin nak makan katanya. Bila sampai, tengok2 seciput je kulatnya 😅 Jadi suami minta saya campur dengan sayur2 lain bagi banyak sikit..saya campur dengan cendawan tiram, carrot & jagung muda..haa..baru meriah 😄 Teringat masa kecik2 dulu mak & ayah, atok & nenek selalu kutip kulat sisir ni kat pokok getah sekitar rumah masak..tapi masa tu mungkin saya tak reti makan..ye la budak2 lagi..lepas berpuluh tahun tua dah ni baru merasa pulak..sedap rupanya kulat ni 😄 Nor Al Fatihah -
Udang Galah Masak Lemak Cili Api Udang Galah Masak Lemak Cili Api
#CookpadApron2025#Week2#santan #serai #ciliUdang galah ni istimewa sangat pemberian daripada ayah saya..hasil dia tahan bubu di sungai berhampiran rumah. Ayah saya kumpul banyak2 simpan di dlm peti ais. Masa saya nak balik ke rumah saya pada hari raya ke tiga, ayah bagi udang & letaknya di dlm polistrin berisi ais.. Tak lupa juga dia bagi air tebu yg di perahnya sendiri guna mesin..hasil tanaman sendiri juga.. Suami minta saya buat masak lemak cili api..sedap sangat makan fresh2.. Nor Al Fatihah -
Ayam Masak Lemak Cili Api & Rebung Ayam Masak Lemak Cili Api & Rebung
Macam tak percaya dah hampir 10 tahun tak masak Ayam Masak Lemak Cili Api..Selalunya buat gulai, kari & rendang saja kalau versi berlemak-lemak ni.. Hari ni tiba2 teringin pulak masakkan untuk anak2..saya campur rebung sekali di dalam kuah. Alhamdulillah anak2 suka makan.. sedap katanya..bertambah-tambah diorang makan..siap bawa bekal ke sekolah 😍👍 Nor Al Fatihah -
Udang Galah Masak Lemak Tempoyak Udang Galah Masak Lemak Tempoyak
Suami teringin sangat nak makan udang galah sebab dah lama dia tak memancing udang. Alhamdulillah..walaupun tak banyak, dapat 800gm je (18 ekor) janji dapat merasa sorang sikit.. Saya tanya suami nak buat masak merah atau masak lemak..dia cakap mana2 pun boleh.. Bila saya cakap campur tempoyak yg dia beli minggu lepas dlm masak lemak lagi sedap..terus dia suruh masak lemak..hihii.. Berselera tengok suami makan.. Nor Al Fatihah -
Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak
First time saya masak pucuk ubi...hihii..mesti tak percaya kan..tapi itulah hakikatnya.. Sebelum ni saya tak pernah makan, apatah lagi masak pucuk ubi. Saya mula cuba makan masa balik kampung suami saya di Kedah cuti sekolah baru ni.. Mak mentua ada tanam pokok ubi yg daun panjang2 tu dengan pokok ubi kerinting di halaman rumahnya. Mak mentua & suami suruh saya try makan..eh sedap la pulak..hahaha..mak mentua buat masak lemak..saya siap meratah dengan mencicahnya dengan sambal hijau yg saya buat. Sebelum balik rumah di Klang, mak mentua petik lagi pucuk ubi beri ke saya. Dia sempat ajar cara nak ambik pucuk tu bila nak masak nanti..iaitu ambik 3 tangkai daun dari pucuknya..yg selebihnya tu keras katanya.. Jadi saya buat masak lemak jugak..tapi saya campur dengan tempoyak utk menyedapkannya lagi..sebab tempoyak pun yg mak mentua bagi 🤭 Nor Al Fatihah -
Pisang Emas Masak Lemak Cili Api Pisang Emas Masak Lemak Cili Api
Pisang emas di bawa belayar 😆 yg belum masak ni mak mentua saya yg beri sewaktu suami balik Kedah minggu lepas.. Mak mentua pesan kat suami suruh saya masak pisang ni. Serius, ni first time saya masak pisang macam ni..sedap rupa2nya.. Nor Al Fatihah -
Ketam Masak Lemak Cili Api Ketam Masak Lemak Cili Api
Ketam ni suami saya yg beli..teringin nak makan ketam katanya sebab dah lama tak makan. Jadi saya buat masak lemak cili api. Suka sangat meratah.. Nor Al Fatihah -
Singgang Sotong Singgang Sotong
Lama sungguh tak masak & makan singgang sotong versi negeri kelahiran saya Terengganu ni.. Baru perasan, saya belum share & simpan kat Cookpad saya.. Sotong ni pemberian dari mak saya sewaktu balik kampung minggu lepas..segar2 lagi.. jauh dia merantau dari Terengganu ke Selangor..hihii 😆 Nor Al Fatihah -
Bistik Telur & Tomato 🥚🍅 Bistik Telur & Tomato 🥚🍅
#GoldenApron23Bila lauk seperti ikan & ayam hampir habis dlm peti ais, menu bistik telur jadi pilihan. Kalau sebelum ni, saya goreng telur tu asing, baru tuang kuah ke atasnya. Kali ni saya terus campur telur ke dlm kuah buat seperti scrambled egg. Saya juga tak campur nanas, saya lebihkan pada tomato sebab tema challenge Cookpad bagi adalah telur & tomato. Alhamdulillah..tetap sedap..Tak perlu lauk lain..yg ni pun dah cukup.. Nor Al Fatihah -
Udang Masak Lemak Tempoyak Udang Masak Lemak Tempoyak
Udang harimau yg suami saya pancing 4 hari lepas ada lagi setengah kilo, jadi tengah hari tadi saya buat masak lemak tempoyak pulak sebab tempoyak yang mak saya pos bulan lepas pun masih ada lagi..campur pulak dengan nanas..menyedapkan lagi masak lemak ni..masam, manis, masin semua terasa.. Nor Al Fatihah
Lebih Banyak Resipi
Komen (6)