👩‍🍳Nasi Lemak Sambal Telur

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Global Apron 2024 Challenge 37: Breakfast 🍳

Nasi lemak masa kini bukan hanya terhad kepada lauk sambal bilis sahaja, tetapi berbagai jenis sambal telah disesuaikan mengikut kegemaran masing-masing. Untuk challenge ini kita masak sambal telur mata untuk sesuaikan dengan bahan pantry yang ada.

Beras (1 p)
Telur
Total= 1 p✅

#GlobalApron2024
#Challenge37
#Breakfast
#BerasTelur

2318/3K
461/2024

👩‍🍳Nasi Lemak Sambal Telur

Global Apron 2024 Challenge 37: Breakfast 🍳

Nasi lemak masa kini bukan hanya terhad kepada lauk sambal bilis sahaja, tetapi berbagai jenis sambal telah disesuaikan mengikut kegemaran masing-masing. Untuk challenge ini kita masak sambal telur mata untuk sesuaikan dengan bahan pantry yang ada.

Beras (1 p)
Telur
Total= 1 p✅

#GlobalApron2024
#Challenge37
#Breakfast
#BerasTelur

2318/3K
461/2024

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
4 orang
  1. Bahan Nasi Lemak:
  2. 2 potberas*- bilas dan tos air
  3. 1 kotaksantan+ air cukupkan 3 1/2 pot
  4. 1 helaidaun pandan
  5. 1/2” halia
  6. Secubitgaram pink himalaya
  7. Bahan Sambal Telur:
  8. 4-5 bijitelur*- goreng telur mata
  9. 1/2 bijibawang holland- hiris nipis
  10. 1 bijitomato- potong 4
  11. 2-3 sbbawang merah kisar
  12. 2-3 sbcili pes
  13. 1-2 sbsos tomato
  14. 1 helaidaun pandan
  15. 1-2 sbgula melaka
  16. secukupnyaAir
  17. secukup rasaGaram
  18. secukup rasaMushroom seasoning
  19. secukupnyaMinyak masak

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Sediakan bahan- bahan

  2. 2

    Penyediaan Nasi Lemak:

    Bilas beras*’. Masukkan santan, halia, daun pandan dan air secukupnya ke dalam Rice Cooker. Gaul rata. Tekan ON. Apabila masak gemburkan nasi.

  3. 3

    Penyediaan Sambal Telur:

    Panaskan minyak. Goreng telur* satu persatu. Tos minyak.Ketepikan. Letak dalam bekas.

    Panaskan minyak. Tumis bawang merah, daun pandan dan cili pes hingga terbit minyak.

    Kemudian masukkan sedikit air, gula melaka dan sos tomato. Gaul rata. Biarkan mendidih.

    Tambahkan bawang holland dan tomato. Gaul rata. Biar mendidih. Tutup api.

  4. 4

    Sudukan diatas setiap telur. Siap.

  5. 5

    Sedia untuk dihidangkan.

    Top Scorer-First

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen

Resipi Sepertinya