Puding Mangga

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Kelantan,Malaysia.

#62/692/2025
#CookpadApron2025
#CA2025
#30
#Week8
:
Pagi-pagi lagi dah masuk dapur buat Puding Mangga ni,sejukkan dalam peti sejuk dahulu, petang ni dah boleh makan.Tak guna banyak bahan pun,resipi ringkas,mudah,in sya Allah sedap.Alhamdulillah.
:
Magic Cart:
3) Mangga
4) Santan

Puding Mangga

12 orang bercadang membuatnya

#62/692/2025
#CookpadApron2025
#CA2025
#30
#Week8
:
Pagi-pagi lagi dah masuk dapur buat Puding Mangga ni,sejukkan dalam peti sejuk dahulu, petang ni dah boleh makan.Tak guna banyak bahan pun,resipi ringkas,mudah,in sya Allah sedap.Alhamdulillah.
:
Magic Cart:
3) Mangga
4) Santan

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
10 - 20 orang
  1. Bahan A:
  2. 1 pek/ 10 gram Serbuk Agar-Agar (Plain)
  3. 1 helaiDaun Pandan (disimpul)
  4. 500 mlAir
  5. 50 mlSantan Segar Segera
  6. 450 ml/ 1 tin Krimer Sejat Saji
  7. 180 gramGula Kastor
  8. SecubitGaram Himalaya
  9. Bahan B:
  10. 1 pek/ 10 gram Serbuk Agar-Agar (Plain)
  11. 1 bijiMangga * Masak (Besar)
  12. 850 mlAir
  13. 150 gramGula Kastor (bergantung kepada kemanisan Mangga)
  14. SecubitGaram Himalaya

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Bahan-bahannya.

  2. 2

    Siapkan bahan A: Masukkan serbuk agar-agar dalam periuk.Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga larut.

  3. 3

    Masukkan krimer sejat,santan *,daun pandan,gula kastor dan garam himalaya.Kacau hingga mendidih.Tutup api.

  4. 4

    Tuangkan ke dalam acuan (setengah bahagian).Buat sampai habis.Biarkan puding mengeras.

  5. 5

    Siapkan bahagian B: Kupas kulit mangga.Ambil isinya sahaja.Kisar mangga dengan 1/2 bahagian air hingga hancur.

  6. 6

    Masukkan serbuk agar-agar,isi mangga * yang telah dikisar dalam periuk bersama 1/2 lagi baki air,gula kastor dan garam himalaya.Kacau hingga mendidih.

  7. 7

    Tuangkan ke atas lapisan putih tadi (pastikan lapisan putih sudah keras).Buat sampai habis.

  8. 8

    Biarkan puding keras sepenuhnya sebelum disejukkan dalam peti sejuk dalam beberapa jam.Keluarkan puding,hidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
ha.lim39
ha.lim39 @pandan
pada
Kelantan,Malaysia.
Suka menu simple tapi sedap.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya