Asam Pedas Ikan Puyu #MAHN

Hamidah HA
Hamidah HA @cook_16476048

Ikan puyu adalah sejenis ikan air tawar atau ikan darat. Ia boleh didapati, terutamanya di kawasan yang mempunyai jelapang padi. Di tempat saya, memang agak mudah untuk mendapatkan ikan puyu ni... Ianya sedap dimasak Gulai Kari, Masak Lemak Cili Padi, Singgang, Pindang, Sambal Tumis, Asam Pedas atau digoreng begitu sahaja. Ada juga yang suka ikan puyu dibakar dan cicah dengan air asam...
Di sini, saya kongsikan cara memasak Asam Pedas Ikan Puyu. Jom tengok resepi di bawah 👇

Asam Pedas Ikan Puyu #MAHN

Ikan puyu adalah sejenis ikan air tawar atau ikan darat. Ia boleh didapati, terutamanya di kawasan yang mempunyai jelapang padi. Di tempat saya, memang agak mudah untuk mendapatkan ikan puyu ni... Ianya sedap dimasak Gulai Kari, Masak Lemak Cili Padi, Singgang, Pindang, Sambal Tumis, Asam Pedas atau digoreng begitu sahaja. Ada juga yang suka ikan puyu dibakar dan cicah dengan air asam...
Di sini, saya kongsikan cara memasak Asam Pedas Ikan Puyu. Jom tengok resepi di bawah 👇

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

45 minit
4 orang makan
  1. 4ekor ikan puyu (saiz besar)
  2. 3labu bawang besar (klau x suka bawang besar banyak, letak 2 labu shj)
  3. 2 ulasbawang putih
  4. 1senduk Pes Cili (cili kering yang telah dikisar)
  5. 2kuntum bunga kantan
  6. 2biji buah tomato
  7. 2 batangserai
  8. Secekak daun kesum
  9. 8biji kacang bendi (boleh tmbh jika suka)
  10. 1sudu kecil (sudu KFC) belacan
  11. 2sudu kecil (sudu KFC) garam halus
  12. 2sudu kecil (sudu KFC) Maggi Cukup Rasa
  13. 1sudu besar gula
  14. 1/2sudu besar Asam Jawa Xtra ADABI
  15. 3 cawanair
  16. 1senduk minyak masak

Cara Memasak

45 minit
  1. 1

    Bahan-Bahan untuk memasak Asam Pedas Ikan Puyu - Ikan puyu, bawang besar, bawang putih, Pes Cili (cili kering yang telah dikisar), daun kesum, bunga kantan, serai, kacang bendi, buah tomato, garam halus, gula, Maggi Cukup Rasa, belacan, Asam Jawa Xtra ADABI, air dan minyak masak. 👇

  2. 2

    Ikan puyu dibersihkan dengan limau kasturi & garam kasar utk menghilangkan lendir & bau hanyir. Bawang besar & bawang putih dikisar. Bunga kantan dipotong 4. Buah tomato dipotong 4. Daun kesum dibersihkan & dipotong kecil sedikit. Serai diketuk shj.

  3. 3

    Panaskan minyak dlm kuali. Saya guna kuali sebab senang nak kacau. Masukkan bawang besar & bawang putih yg tlh dikisar td. Tumis sehingga bawang garing. Masukkan belacan. Kacau sebentar.

  4. 4

    Masukkan Pes Cili (cili kering yg tlh dikisar) ikut tahap kepedasan masing2 dan serai yg tlh diketuk. Masak hingga pecah minyak.

  5. 5

    Masukkan garam, gula & Asam Jawa Xtra ADABI. Kacau hingga sebati.

  6. 6

    Masukkan air. Kacau hingga mendidih.

  7. 7

    Masukkan ikan puyu, kacang bendi & bunga kantan.

  8. 8

    Bila ikan puyu tlh masak, barulah masukkan daun kesum, buah tomato & Maggi Cukup Rasa. Kacau sekejap. Matikan api.

  9. 9

    Bila telah masak, pindahkan ke dalam periuk. Siap!!! Utk makluman tuan-puan, ikan puyu boleh digantikan dgn ikan yg lain atau ayam. Ikut selera masing-masing. Selamat mencuba dan semoga bermanafaat... 🤗🤗🤗

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Hamidah HA
Hamidah HA @cook_16476048
pada

Komen (3)

Aza Aaj
Aza Aaj @sedap_sokmo1311
Sedapnya...ikan puyu isi Manis masakan padu...👍❤️😋😋

Resipi Sepertinya