Daging Lemak Cili Api Beraroma #MAHN

Negeri Sembilan begitu sinonim dengan menu masak lemak cili apinya yang begitu sedap. Saya bukanlah berasal dari negeri tersebut. Resepi asal dari arwah ibu mertua yang berasal dari Melaka tetapi saya olah semula dengan cara saya sendiri. Jom kita cuba resepi ni. Di sambing itu, saya kongsikan juga tips-tips untuk melembutkan daging.

Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan.
- 2
Rebus daging lebih kurang 5 minit. Tujuaanya untuk menampakkan urat daging lebih jelas.
- 3
Potong nipis. Tips cara potong daging adalah berlawanan urat. Ini akan mempercepatkan masa memasak.
- 4
Perap daging dengan 2 sudu besar baking soda. Perap sekurang-kurangnya 15 minit untuk melembutkan daging.
- 5
Sementara tunggu daging diperap, tumbuk bahan-bahan tumis dan ketuk serai.
- 6
Basuh daging yang telah diperap tadi hingga bersih.
- 7
Masukkan daging ke dalam kuali. Tak perlu letak air. Panaskan kuali dan biar air daging keluar. Tutup tudung kuali. Dah kering air daging tambah 2 cawan air dan masak lagi hingga daging betul-betul empuk.
- 8
Di kuali lain, panaskan minyak dan tumis serai hingga kekuningan. Masukkan bahan-bahan tumbuk. Biar agak garing, tambah sedikit air dari basuhan lesung batu.
- 9
Selepas itu, masukkan bahan tumis tadi ke dalam kuali daging. Biar sehingga mendidih dan bahan-bahan tumis tersebut mesra dengan daging.
- 10
Sementara itu, hiris bunga kantan, daun limau, daun kesom dan daun kunyit.
- 11
Masukkan santan dan asam keping. Masak dengan api perlahan supaya santan tidak pecah minyak.
- 12
Setelah mendidih, tutup api. Kemudian barulah masukkan bahan-bahan hiris. Perasakan dengan garam dan gula.
- 13
Siap, bolehlah dihidang. Selamat mencuba. 😊
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (2)