Sate ayam (juadah raya)

Lily Suryani Mohd Ali
Lily Suryani Mohd Ali @lilynurin37
Jerantut Pahang

Sambil ambil tempahan untuk jamuan raya mesti akak buat lebih untuk jamu tetamu yg datang beraya ke rumah akak.seronoknya masa nak bakar sate.kadang tetamu yg datang pun diorang bakar sendiri sate.

Sate ayam (juadah raya)

Sambil ambil tempahan untuk jamuan raya mesti akak buat lebih untuk jamu tetamu yg datang beraya ke rumah akak.seronoknya masa nak bakar sate.kadang tetamu yg datang pun diorang bakar sendiri sate.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1ekor ayam(ambil isi sahaja..ayam anggaran dlm 2 kilo)
  2. 2sudu besar serbuk kunyit
  3. 5 batangserai*
  4. 1 labu bawang putih* 3 inci lengkuas 3inci halia*
  5. 1 1/2 sudu besar jintan kasar* 1 1/2 sudu jintan halus*
  6. 2 cawan gula sedikit garam

Cara Memasak

  1. 1

    Ayam dibuang tulang dan ambil isinya sahaja.kemudian isi ayam tersebut dipotong dadu. Kisarkan bahan2 yg bertanda* kemudian boleh di gaul bersama isi ayam tadi,masukkan serbuk kunyit,gula dan garam secukup rasa,gaul sebati dan perap sehingga 2 atau 3 jam.lagi lama perap lagi sedap.biasa akak biarkan semalaman didalam peti ais,esuknya baru akak cucuk.

  2. 2

    Sekiranya sate yg diperam tadi disempan ditempat sejuk beku keluarkan lebih awal supaya cair dan senang utuk dicucuk.sebelum cucuk lidi hendaklah direndam separuh ke dalam minyak masak.petua supaya isi tidak melekat pada kidi apabila dimasak.

  3. 3

    Tiba saatnya membakar sate.dah masak boleh di hidankan bersama kuah kacang dan ketupat.

  4. 4

    RESEPI UNTUK KUAH. 1/2 kg kacang tanah,15tangkai cili kering,10ulas bawang kecil,5 ulas bawang putih,2 inci halia, 3 batang serai,1 cawan gula merah

  5. 5

    Goreng kacang tanahsehingga masak,bila dah sejuk kisarkan. Kisarkan bawang kecil,bawang putih halia,cili, dan serai. Panaskan sedikit minyak,kemudian masukan bahan yg dikisar tadi. Tumis hingga pecah minyak.masukkan kacang yg telah dikisar tadi. Kemudian masukkan air.air jangan terlalu banyak,agak2 sesuai dengan kacang tanah tadi.jika terlebih air kuah akan cair. Biar sampai mendidih kemudian masukkan gula merah,gula putih,garam secukup rasa.biarkan mendidih sehingga masak dan pekat.siap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Lily Suryani Mohd Ali
pada
Jerantut Pahang
suka masak ,makan,ambil gambar😃
Baca lagi

Komen (3)

Resipi Sepertinya