Ayam Goreng Berempah

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

Anak2 Uchu kalau ayam goreng berempah, diorang suka je rasa rempahnya tu tapi bukan serat2nya tu..😂 jadi kalau beli atau gi kenduri ada menu ni, diorang sapu2 dulu ayam tu buangkan mana yang boleh terutama biji ketumbar dan biji jintan. Serat serai diorang ok je sebab rasa rangup2 je bila makan..

Jadi bila Uchu masak sendiri ayam goreng berempah, akan ikutlah selera anak2..termasuklah time menjamu hari raya, tetap Uchu goreng ikut selera anak2..tetamu nampak macam kurang serat2 tu macam tak meriah rempahnya, tapi janganlah pandang pada kebiasaan rupa parasnya, makanlah dengan menikmati rasanya yang memang sedap dan lebih mesra rempahnya ke dalam ayamnya tu..hehe.

Teringat kuah kacang arwah mak Uchu..sebab ada cucu2 yg tak suka kacang kasar..jadi setiap kali buat kuah kacang nasi impit termasuk menjamu hari raya..arwah akan blend halus je semuanya..asalkan cucu2 makan dengan selera dan seronok tak tersekat mood menikmatinya. Tetamu pun makan elok je..walaupun mmg ada je org yg suka tekstur kasar2 kacang tu kan..

Ni baru namanya family come first..😄

Cc: @syimayusof

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 ekorayam
  2. 3/4 sudu besargaram
  3. 2 sudu besarserbuk kunyit
  4. 1/2 bijilemon (ambil perahan) |tip untuk ayam yang juicy & tender
  5. 2 sudu besarserbuk ketumbar homemade
  6. 2 sudu besarserbuk jintan manis homemade
  7. 1 sudu besarserbuk cili
  8. 2 sudu besarserbuk rempah kari ayam/daging
  9. 1 sudu besargula
  10. 4 tangkaidaun kari
  11. 5 sudu besartepung goreng ayam (Uchu guna Bestari)
  12. Kisar halus
  13. 1 incihalia
  14. 4 ulasbawang putih
  15. Dikisar kasar
  16. 5 batangserai (kerat dengan saiz antara 2 hingga 3 inci)

Cara Memasak

  1. 1

    Kisar halus bawang, bawang putih dan halia. Kemudian tambahkan serai dan kisar kasar sahaja (pulse beberapa kali).

    Tip untuk serdak goreng tu nampak berurat, berserat, kerat kasar serai kepada lebih kurang 2 hingga 3 inci, kisar bersama ketumbar biji dan jintan biji.

    (Tapi untuk anak2 Uchu, diorang mmg tak suka nampak ada biji ketumbar dan jintan kasar. Jadi Uchu guna yang serbuk ketumbar/jintan homemade)

  2. 2

    Gaul ayam bersama perahan lemon, garam dan serbuk kunyit. Kemudian gaul dengan semua bahan lain kecuali tepung bestari. Perap ayam 15 minit.

  3. 3

    Sebelum goreng, gaul ayam dengan tepung bestari, kemudian goreng dalam minyak panas api sederhana sehingga masak kedua-dua belah.

    (Tepung sekadar tersalut nipis sahaja untuk rasa rangup. Tak perlu tebal2 macam ayam celup tepung atau ayam kepci tu..)

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen

Rozita Jaafar Sekdek
Rozita Jaafar Sekdek @Rozita
Betul, apa-apa pun kita kena utamakan tekak kita & keluarga kita terutamanya anak-anak, lantak pi orang nak cakap apa kan? Akak pulak suka betul kalau kuah kacang tu kacang dia kasar-kasar ... uiiii ... boleh siap duduk kat situ ratah kuah kacang tu macam tu je 😁

Resipi Sepertinya