Ayam Hotel Hot Spicy #MunahMasak

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik

Penyediaan yang sangat ringkas, digemari semua orang. Sesuai dimakan begitu sahaja dan juga sangat sesuai dimakan bersama dengan nasi putih atau nasi minyak atau nasi planta dan lain-lain nasi. Paling suka semestinya anak-anak kita.

Ayam Hotel Hot Spicy #MunahMasak

10 orang bercadang membuatnya

Penyediaan yang sangat ringkas, digemari semua orang. Sesuai dimakan begitu sahaja dan juga sangat sesuai dimakan bersama dengan nasi putih atau nasi minyak atau nasi planta dan lain-lain nasi. Paling suka semestinya anak-anak kita.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1mangkuk isi ayam - hiris nipis
  2. 1/3 cawantepung gandum
  3. 1/3 cawantepung beras
  4. 1/3 cawantepung goreng serbaguna - saya guna bestari spicy
  5. minyak masak yang secukupnya untuk menggoreng
  6. Untuk salut isi ayam :
  7. 1 cawantepung serbaguna disediakan
  8. Untuk sambal pedas pekat manis :
  9. 1 sudu makancili kisar yang telah dikisar bersama dengan bawang merah & bawang putih
  10. 1 sudu makansos tiram
  11. 6 sudu makancili sos
  12. kicap lemak manis secukupnya
  13. 1 cawanair - boleh agak sendiri jika nak tambah sukatan air
  14. sedikitbancuhan tepung jagung untuk pekatkan sambal
  15. Hiasan :
  16. bijan - disangai
  17. daunbawang & daun sup

Cara Memasak

  1. 1

    Bersihkan dahulu isi ayam
    Kemudian isi ayam digaul rata bersama dengan 3 jenis tepung tersebut ditambah dengan sedikit air supaya tidak kering.

  2. 2

    Dalam bekas lain sediakan tepung serbaguna, ambil isi ayam disalut dan golekkan ke dalam tepung serbaguna.

  3. 3

    Panaskan minyak yang banyak, goreng hingga rangup dan cantik kekuningan, angkat dan toskan minyak gorengan.

  4. 4

    Sediakan sambal :
    Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis cili kisar garing, masukkan air biarkan mendidih sekejap.
    Masukkan semua bahan yang lain KECUALI bancuhan tepung jagung. Masak sebentar, sambal ni memang seperti berkuah/sup, jangan khuatir.
    sambal dah masak, masukkan beberapa sudu bancuhan tepung jagung supaya dapat sambal yang pekat. Siap

  5. 5

    Cara hidangan :
    Dalam pinggan letak isi ayam rangup, tuang atau simbahkan sambal pedas manis pekat di atasnya.
    Tabur bijan & daun bawang serta daun sup.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
pada
Dapur MerecikFollow saya di CookPadFollow FB Julia Aleen AireishFollow IG julia_aleenaireishSuka up macam-macam resipiMasak dengan penuh kasih sayang baru merecik
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya