Nasi Hujan Panas dan Ayam Masak Merah My Style!

Nabilah Azis
Nabilah Azis @cook_17500619

Teringin nak makan nasi tomato, tapi beras basmathi takde. Makanya, saya cuba guna beras biasa dan apa yang ada sahaja. Ajumm try! Sedap insyaAllah 😋
#goldenapron #myfirstrecipe

Nasi Hujan Panas dan Ayam Masak Merah My Style!

7 orang bercadang membuatnya

Teringin nak makan nasi tomato, tapi beras basmathi takde. Makanya, saya cuba guna beras biasa dan apa yang ada sahaja. Ajumm try! Sedap insyaAllah 😋
#goldenapron #myfirstrecipe

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

4 orang
  1. 4 cawanberas
  2. 3 1/2 cawanair
  3. 1/2 cawansusu cair
  4. 1 1/2sudu kecil garam
  5. 4sudu Butter
  6. 4sekawan
  7. 1labu bawang besar (Blend)
  8. 3 ulasbawang putih (Blend)
  9. 1/2inci halia (Blend)
  10. Pewarna hijau dan pink
  11. Untuk Ayam Masak Merah:
  12. 1/2ekor ayam potong kecil
  13. 2labu bawang besar(blend)
  14. 1/2inci halia(blend)
  15. 2sudu lada kisar
  16. 3sudu sos cili
  17. 3sudu sos tomato
  18. 1sudu sos tiram
  19. 2sudu gula
  20. 1 1/2sudu kecil garam
  21. 1biji tomato

Cara Memasak

  1. 1

    Tumis 4 sekawan. Masukkan bahan blend ke dalam kuali. Masukkan juga beras dan tumis bagi sekata semuanya.

  2. 2

    Pindahkan beras yang sudah ditumis ke dalam periuk nasi. Masukkan air, susu cair dan garam.

  3. 3

    Apabila nasi sudah kering, matikan suis dan titiskan pewarna di atas permukaan nasi. Gaul sedikit sedikit hingga menyeluruh. Dan siap!

  4. 4

    Hias dengan potongan daun bawang. Couplekan nasi hujan panas ni ayam masak merah.

  5. 5

    Next goreng ayam yang digaram kunyit jangan sampai garing, cukup masak keseluruhan.

  6. 6

    Blend bawang besar dan halia. Tumis 4 sekawan dan bahan blend tadi. Masukkan lada kisar dan masak hingga garing.

  7. 7

    Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan air sedikit kalau terlalu pekat.

  8. 8

    Masukkan ayam goreng tadi dan hirisan tomato. Gaul sebentar. Siap!

  9. 9

    Hiaskan nasi hujan panas tadi bersama ayam masak merah my style!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nabilah Azis
Nabilah Azis @cook_17500619
pada

Komen

Resipi Sepertinya