Ikan Masak Cuka

Leesa Alif
Leesa Alif @cook_16411820
Taiping,Perak

#goldenapron
#minggu17
Lauk simple yang sedap.Belajar dari mil.Rasa masam,manis dan masinnya cukup seimbang.Membuat kita menambah nasi.Lauk ini sedap disediakan awal,kemudian perangat kembali.Contohnya,kalau nak makan esok,buat siap-siap malam hari.Keesokannya perangat balik..malas nak cakap apa.Walla😋😋😋
Cubalah baru anda tahu kesedapannya.
Boleh pelbagaikan dengan ikan kesukaan anda.

Ikan Masak Cuka

#goldenapron
#minggu17
Lauk simple yang sedap.Belajar dari mil.Rasa masam,manis dan masinnya cukup seimbang.Membuat kita menambah nasi.Lauk ini sedap disediakan awal,kemudian perangat kembali.Contohnya,kalau nak makan esok,buat siap-siap malam hari.Keesokannya perangat balik..malas nak cakap apa.Walla😋😋😋
Cubalah baru anda tahu kesedapannya.
Boleh pelbagaikan dengan ikan kesukaan anda.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 3ketul isi ikan plotan dibersihkan,digaram kunyitkan
  2. 1biji bawang besar dipotong baji
  3. 1labu bawang putih dibuang kulit
  4. 2inci halia dihiris
  5. 1sudu kfc serbuk kunyit
  6. 1sudu kfc serbuk jintan manis
  7. 1sudu kfc halba campur
  8. 1/4 cawancuka masakan
  9. 1/4 cawangula
  10. 1/2sudu besar garam
  11. 1/4sudu kecil Ajinomoto
  12. 1/4 cawanminyak masak untuk menumis
  13. 3 1/2 cawanair
  14. 1biji timun dipotong dan dibuang biji
  15. 5biji cabai muda dibelah 2

Cara Memasak

  1. 1

    Ikan digoreng siap,angkat ketepikan.

  2. 2

    Panaskan 1/4 cawan minyak.Tumis semua bawang dan halia.Masukkan halba campur.Tumis hingga naik bau.

  3. 3

    Slowkan api,masuk serbuk kunyit dan serbuk jintan manis.Kacau rata.Tambah 1/2 cawan air.Besarkan sedikit api dapur,masak hingga pecah minyak.

  4. 4

    Masukkan cuka masakan,garam dan gula.# jangan terkejut jika anda rasa gulanya banyak,kerana gula berperanan menyeimbangkan rasa cuka itu.

  5. 5

    Masuk juga ajinomoto,3 cawan air untuk kuah.Masak semuanya hingga mendidih.

  6. 6

    Bila mendidih masuk ikan.Biar mendidih lagi sekali,Last masuk cabai muda dan timun.Masak dalam 1 minit cukup,tutup terus api.

  7. 7

    Tadaa sudah siap.Masak ini sedap dimasak awal,baru segala rasa meresap masuk dalam ikan,timun,cili dan bawang.

  8. 8

    Selamat mencuba semuanya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Leesa Alif
Leesa Alif @cook_16411820
pada
Taiping,Perak
🌹Cooking is my passion.😉🌹Mama gojes ank 3😂🌹Kerja urus rumah 24jam kalah" pm".😁🌹Ari2 bizi msk... mkn tulaa kerja ceq kt dapoq😆🌹Ceq sorang yg hepi go lucky😃🌹Ampa yg suka tgok ceq msk...jgn lupe follow ceq tau.kih.kih.kih.bye😘😊
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya