Ketupat Palas Utara

Ketupat palas ni adalah menu wajib musim perayaan.
Kenapa ia unik bagi saya? Ada ceritanya...
Kisahnya suami saya suka sangat ketupat palas ni. Masa arwah emak mentua masih ada, dialah yang sibuk memasak dan membalut ketupat masa musim perayaan. Saya cuma tolong-tolong.
Itupun give up macam tu ja sebab tak pandai nak membalut. Selalu balut jadi ketupat betina atau tak jadi langsung 🤭.
Bila arwah dah tak de, saya tempah ketupat ni untuk dimakan keluarga. Tapi sampai bila kann.. Jadi saya usahakan juga belajar membuatnya.
Alhamdulillah 4,5 tahun kebelakangan ni ketupat palas memang saya sediakan sendiri. Dari mula sampai siap 😁.
Gembira tengok suami dan anak-anak berselera makan ketupat yang dihasilkan sendiri 😊.
Ketupat Palas Utara
Ketupat palas ni adalah menu wajib musim perayaan.
Kenapa ia unik bagi saya? Ada ceritanya...
Kisahnya suami saya suka sangat ketupat palas ni. Masa arwah emak mentua masih ada, dialah yang sibuk memasak dan membalut ketupat masa musim perayaan. Saya cuma tolong-tolong.
Itupun give up macam tu ja sebab tak pandai nak membalut. Selalu balut jadi ketupat betina atau tak jadi langsung 🤭.
Bila arwah dah tak de, saya tempah ketupat ni untuk dimakan keluarga. Tapi sampai bila kann.. Jadi saya usahakan juga belajar membuatnya.
Alhamdulillah 4,5 tahun kebelakangan ni ketupat palas memang saya sediakan sendiri. Dari mula sampai siap 😁.
Gembira tengok suami dan anak-anak berselera makan ketupat yang dihasilkan sendiri 😊.
Cara Memasak
- 1
Masukkan santan, garam & gula kedalam kuali. Masak sampai mendidih. Sentiasa kacau supaya santan tak pecah minyak.
- 2
Masukkan pulut dan daun pandan. Kacau sampai kering. Padamkan api. Sedia untuk dibalut. Tips : kacau sampai pulut tu ada kerak sikit. Baru wangi dan tahan lama.
- 3
Daun palas boleh lap dan buka siap2 macam supaya senang nak balut pulut nanti.
- 4
Balut pulut dengan daun palas bahi kemas.
- 5
Masukkan ketupat dalam periuk. Tuangkan air sama paras dengan ketupat. Kemudian rebus sampai air kering dan ketupat masak.
- 6
Tips : lebihan daun palas potong-potong dan lapikkan dalam periuk rebus ketupat
- 7
Tips : rebus sampai ada bunyi krik-krik baru ketupat lambat basi.
Resipi Sepertinya
-
Ketupat palas Ketupat palas
Selamat hari raya korban. Terbeli daun palas, jadi terbuat ketupat palas, makan x hengatHampir 15 thn jgk x menganyam ketupat palas ni, dulu sblm kawin tiap2 hari buat tolong mak niaga kueh pagi2.Puas jgk nak bg ingat blk cara lipat nya tu, nasib baik menjadi Atie SweetChocbakeries -
Ketupat Palas Ketupat Palas
#phopxcookpad2020#goldenapron2020Ketupat palas menu yang wajib ada di pagi raya. Norashikin Rahmat -
Ketupat Daun Palas dengan Kacang Soya Ketupat Daun Palas dengan Kacang Soya
Hari raya haji yang lepas, saya berkesempatan belajar buat ketupat daun palas dengan emak. Ketupat palas yang emak buat memang sangat sedap. Pulutnya lembut dan berlemak. Memang terbaik. Biasanya emak buat ketupat palas ada kacang soya. Bertambah sedap! Jomlah cuba untuk hari raya yang bakal tiba ni.#goldenapron2020 #juliescookingwithluv Julie Mangsor -
Ketupat Palas Durian Ketupat Palas Durian
Musim durian tahun ini jatuh pada musim perayaan telah memcetuskan idea untuk mengabungkan kedua2 makanan yang enak ini didalam satu bungkusan.Ketupat Palas lemak digabungkan dengan isi durian segar sangat sedap sekali, setiap gigitan terasa seperti sedang menikmati pulut durian, Ada lemak ada masin dan Ada manis, kredit kepada Shamliza Shafie untuk resepi yang Lazat ini untuk Saya kongsikan bersama rakan2 cookpad#goldenapron2020 Zleq Kha -
Ketupat Palas Merecik Ketupat Palas Merecik
#goldenapron2020Tahun ni raya PKPB kita raya kita, kita jaga kita. Dari tak pandai tiba-tiba buat jadi pandai, ada hikmahnya dah berbulan-bulan negara kita perintah pkpb ibu-ibu di rumah semua boleh buat macam-macam kalah chef-chef tersohor hehehe..Pengalaman pertama raya di rumah sendiri di bandar pula tu semuanya kena sediakan sendiri, kalau tidak bonda siapkan bermacam-macam juadah..tinggal kita aje balik kampung nak sambut raya dengan bonda & ayahanda serta keluarga.Masa ni lah mengajar kita berdikari, setiap apa yang dibuat kena buat sungguh-sungguh bagi jadi.Setelah banyak kali "try hard" bungkus ketupat bila menjadi betapa seronoknya senyum sampai telinga..Orang cakap ada beza antara ketupat, ada ketupat jantan & ketupat betina hehe.. biasanya bila buat ramai yang jadi ketupat betina termasuklah saya.Semangat yang tak putus asa, cuba dan cuba akhirnya dapat juga buat ketupat yang diidamkan, ketupat jantan kejadiannya seakan lonjong sedikit dan nampak cantik cara lipatan daun palas juga sedikit lain step yang akhir. So sekarang saya dah pandai buat.. gembira sangat-sangat.. Julia ALeen Aireish -
Ketupat Palas Ketupat Palas
#goldenapron#1hope1cookFamili saya memang suka makan ketupat palas ni. Tak kira raya ataupun tidak. Dengan itu mai nak share resepi membuat ketupat ini. Ini cara saya. Mungkin orang lain, lain caranya. Hamidah binti Mokhtar -
Ketupat Pulut Daun Palas Ketupat Pulut Daun Palas
🌹44-2024🌹👩🍳752/1K👩🍳Global Apron 2024 Challenge 6: Menu Raya#GobalApron2024#Challenge6#MenuRaya#KetupatDaunPalasKetupat Daun Palas Menu wajib ada setiapkali Raya.Ummi beraya dikampung Mil di Sandakan.Kebiasaan setiap tahun mil dan keluarga akan sediakan ketupat daun kelapa sahaja sebab mereka sekeluarga tak tau cara penyediaan ketupat daun palas.Sejak ummi masuk kedalam keluarga mereka,Ketupat daun palas menjadi kegemaran mereka pula setiap kali Raya.Ini kerana ummi akan sediakan ketupat daun palas untuk juadah Hari Raya di rumah Mil.Dari situlah ketupat Daun Palas menjadi pilihan untuk menu Raya di rumah Mil.Cookpad Magic Pantry :PULUTKELAPA PARUTDAUN PALAS Q'leenalee's Kitchen -
Ketupat Palas Noxxa Ketupat Palas Noxxa
Tak masuk puasa lagi, orang rumah dah teringin nak makan ketupat palas, jadi kita on aja la.Kali ni buat ketupat fully guna PC Noxxa. Dari eron pulut sampailah merebus (balut guna tangan ya 😄)Ajak sekali anak dara umur 14 tahun balut ketupat, boleh la banyak biji juga dia buat walau tak kemas sangat. Padanla 1st time dia balut.Paling suka masa rebus ketupat. Memang cepat betoi bila guna PC Noxxa ni. Muat elok-elok utk rebus 2kg ketupat dalam 1 masa. Norashikin Rahmat -
Ketupat palas frozen Ketupat palas frozen
Nak buat ketupat ni agak rumit, sebab tempoh membungkus tu yang mengambil masa yang lama. Kalau dah mahir bab membungkus ni takpelah. Tapi kalau yang tak berapa mahir macam saya ni elok la buat ketupat sebelum malam raya. Sebabnya malam raya nanti tak cukup masa, mana nak masak rendang lagi. Nak bungkus ketupat lagi kan.#RamadanMonthChallenge4#RayaPrep Azizah Mansor -
Ketupat Palas Ketupat Palas
#CookpadApron2025#Week2-beras pulut-santanPertama kali buat ketupat palas sebelum ni pernah buat ketupat pandan. Saja nak mencuba perkara baru..heheWalaupun rupanya hodoh tapi tetal sedap🤭Inspirasi resepi @dapurdee 🥰 shazrina -
Ketupat Palas Frozen Ketupat Palas Frozen
🌹67/2024🌹🧑🍳775/1K🧑🍳✔️All About Aidiladha 🐐🐂🐪Kebetulan Ummi dah pun menyediakan ketupat daun palas Frozen Dua hari lepas.Ini kerana Tak lama lagi kita akan menyambut Aidiladha.Ketupat ini juga sengaja dibuat awal dan difrozenkan kerana mertua Ummi ada di rumah Ummi.Jadi nanti dia balik ke kampung bolehlah dibawa ketupat itu pulang ke kampung untuk dimakan dihari raya haji yang akan tiba.Buat awal nanti tak kalut kata orang utara.👍😍Hasil : 2 kg pulut = 90-95 biji bergantung saiz. Q'leenalee's Kitchen -
Ketupat Palas Ketupat Palas
Dalam tak pandai menganyam tu, belajarlah juga dengan staff di pejabat. Senang rupanya nak anyam daun panas.Tapi nak menghadap buat ketupat ni, kena cekal. Kalau tak, sekerat jalan je sudahnya hehehe.Di Terengganu, biasanya ketupat palas yang dah siap direbus, akan digoreng sebelum dihidang. Krup krap tau.Daun palas (2 point)Pulut (1 point)Santan3 points#GlobalApron2024 #challenge6 #menuraya Nihadriz Niha
Lebih Banyak Resipi
Komen