Bihun sup utara campur

Lily Suryani Mohd Ali
Lily Suryani Mohd Ali @lilynurin37
Jerantut Pahang

#unique2u
#goldenapron2020
Setiap kali raya Aidiladha pastinya penduduk di kampung saya akan menunaikan ibadah korban.suami saya pula tentunya turut serta melapah daging lembu yang menjadi korban.
Tiap kali melapah dan agihan daging pasti suami saya akan dapat serba sedikit daging,tulang dan perut lembu.
Menu utama kami sekeluarga pastinya sup.untuk menjimatkan masa dan tenaga pastinya saya akan masak sekaligus bahan yg dapat tadi.makanya jadilah sup campur yg unik bagi kami sekeluarga.menu ini unik bagi kami kerana hari raya Aidiladha saja kami masak sup sebegini.
Sup yg telah masak tadi kami makan bersama bihun.sebab itu terciptalah resepi bihun sup utara campur keluarga kami😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Tulang,daging dan perut lembu(anggaran 3 kg)
  2. 4inci halia
  3. 1paket sup bunjut tulang
  4. 2biji bawang besar
  5. 8 ulasbawang putih
  6. 4 literair(/secukupnya utk merebus dn kuah sup)
  7. 3sudu besar garam
  8. 5sudu minyak utk menumis
  9. 1kampit bihun
  10. 1 batangdaun sup dan daun bawang
  11. 1paket bawang goreng

Cara Memasak

  1. 1

    Kitab/perut lembu direbus sekejap.kemudian potong kecil perut tadi dan rebus sekali lagi hingga empuk.

  2. 2

    Tulang dan daging juga ditebus selam satu jam atau hingga empuk.

  3. 3

    Buka bunjut sup.kisar bersama bawang merah dan putih dan halia.kisar hingga betul2 hancur.panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar tadi.tumis hingga naik bau wangi dan nampak agak garing.

  4. 4

    Bila dah garing bahan tumisan tadi,tutup api.masukan bahan tumis kedalam periuk rebusan tulang dan daging.masukkan juga perut yg dipotong kecil tadikan.biarkan mendidih selama duapuluh minit.masukan garam.rasakan garam secukpnya.siap.boleh ditutup api.

  5. 5

    Celur bihun hingga lembut.masukkan sedikit pewarna kuning(tak letak pewarna pun tak pe).angkat dan toskan.

  6. 6

    Untuk hidangan letak bihun kedalam mangkuk.tuang kuah sup,taburkan daun sup,bawang goreng,tauge dan sambal.siap.selamat menjamu selera.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Lily Suryani Mohd Ali
pada
Jerantut Pahang
suka masak ,makan,ambil gambar😃
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya