Sambal Bilis Petai Tempoyak Mak Liha

#goldenapron2020 • #NabMY • Jangan lupa gosok gigi lepas makan 🤐
Sambal Bilis Petai Tempoyak Mak Liha
#goldenapron2020 • #NabMY • Jangan lupa gosok gigi lepas makan 🤐
Cara Memasak
- 1
Masukkan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
- 2
Kisar bawang besar dan bawang putih. Gunakan minyak menggoreng ikan bilis tadi untuk menumis bahan yang dikisar sehingga wangi.
- 3
Masukkan cili kisar dan serbuk bilis blend/kiub bilis untuk menambah rasa. (Saya buat serbuk bilis blend di rumah untuk gantikan kiub bilis dalam masakan)
- 4
Agak-agak cili dah masak, masukkan tomato, petai, hirisan bawang dan ikan bilis yang digoreng awal tadi.
- 5
Tambahkan air dan tumis sehingga masak.
- 6
Masukkan serbuk perasa dan gula. Saya suka campurkan gula pasir dan gula Melaka supaya masakan lebih sedap. Tak payah masukkan garam lagi sebab ikan bilis dah tersedia masin.
- 7
Part paling umphh: masukkan tempoyak dalam 2-3 sudu besar atau sesedap rasa. Kacau rata sehingga sebati.
- 8
Hidangkan bersama nasi lemak panas, telur rebus, timun dan ikan gelama masin. Ya Awloh Nabilaaa 🤤
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Sambal Bilis Petai Tempoyak Mak Liha 2.0 Sambal Bilis Petai Tempoyak Mak Liha 2.0
Berbanding dengan resepi Sambal Bilis Petai Tempoyak yang pernah saya kongsikan dahulu, resepi 2.0 ini adalah lebih mudah bahannya dan kali ini masa menumis bawang besar dipanjangkan sehingga bawang betul-betul masak keemasan bagi memekatkan aroma sambal. Jom kita cuba! Nab’s Kitchen Diary -
Ikan Goreng Cili Mak Liha Ikan Goreng Cili Mak Liha
#goldenapron2020 • #NabMY • Antara menu evergreen Mak Liha, kesukaan saya dari kecik sampai ke besar. Menu ni tak pedas, ianya manis-manis sesuai untuk anak-anak juga. Nab’s Kitchen Diary -
Rendang Ayam Mak Liha Rendang Ayam Mak Liha
#goldenapron2020 • #NabMY • #NabRaya • Setiap kali nak raya akan tolong mama masak rendang untuk keluarga. Memang kegilaan anak beranak sebab rendang mama rasa lemak berkrim dan tak pedas. Setiap kali makan je mesti teringat-ingat mak kita sebab bila rasa je dah tau tu rendang mak kita. The best mom’s rendang in the world! #unique2uBiasanya masak 1-2 ekor ayam je sebab keluarga kecik. Sesuai untuk 3-4 orang makan. Kali ni baru merasa nak pakai Noxxa untuk rebus ayam. Empuk bak hang! Noxxa tu dah beli 5-6 tahun lepas tapi simpan jadi pekasam dalam stor. Akhirnya, tahun 2020 masa beraya musim PKP barulah dibuka 😂 Selamat hari raya semua!Enak dimakan bersama nasi impit atau Nasi Beriani Raya Mak Liha: https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/13308797-nasi-beriani-raya-mak-liha?invite_token=jw7vbYev4zSvXHZhwd5KBELF&shared_at=1596365400 Nab’s Kitchen Diary -
Kembung Tempoyak Bakar Air Fryer Mak Liha Kembung Tempoyak Bakar Air Fryer Mak Liha
#NabMy • #NabAirFryer • Resepi campak-campak terus masuk dalam air fryer Mak Liha. Cepat, mudah dan yang penting makan sekali pasti nak lagi.Resepi cicah asam: https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/14047257-cicah-asam-ikan-bakar-kaw-mak-liha?invite_token=YxNrCbzrtU5pVRr8p3gFrc6T&shared_at=1607228403🍳: Khind ARF3000 Digital Air Fryer Nab’s Kitchen Diary -
Bawal Masak Kicap Sedap Mak Liha Bawal Masak Kicap Sedap Mak Liha
#goldenapron2020 • #NabMY • Masak kicap ni kalau nak sedap bahan-bahan dia simple je tak perlu tambah terlalu banyak bahan masakan. Nab’s Kitchen Diary -
Tempoyak Masak Ikan Bilis Petai #Durian Tempoyak Masak Ikan Bilis Petai #Durian
Boleh dikatakan menu paling enak dan paling popular bila tibanya musim durian. Digemari ramai dengan rasanya tersendiri. Julia ALeen Aireish -
Sambal tempoyak bilis petai Sambal tempoyak bilis petai
Sedap giler makan dia saja dengan nasi panas². 😘 Merpati Putih -
Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai Pedas Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai Pedas
#goldenapron2020Alia. Nanti masak sambal tempoyak. Campur petai sekali. Jangan lupa campur daun kunyit.Mak kata.Alia buat sahaja 🤗.Sedap, pedas dan mudah. Alia Ali -
Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis
Resepi paling mudah dan pantas makan bersama nasi panas,confirm makan bertambah²🤭 Aisyah Humairah -
Sambal Tempoyak Petai Sambal Tempoyak Petai
Tempoyak memang popular di Pahang kan..first time buat sambal tempoyak ni..biasa makan masak lemak tempoyak..sambal tempoyak mentah pon dah pandai makan , kawan tempat kerja org pahang die yg ajar makan..sedap jugak ye makan yg mentah😋🤭#merdekapassport shazrina -
Sambal petai bilis tempoyak Sambal petai bilis tempoyak
Kalau tiada lauk pun blh jg makan dengan hanya ulam dan sambal petai ni😁👍 @RASA _KITCHEN -
Sambal Tempoyak Petai Sambal Tempoyak Petai
Semalam dapat free je isi petai yang dah siap buang kulit.Hari ni kita cooksnap Sambal Tempoyak Petai yang simple2 je....nak cari daun2 kayu dah x sempat...ada ikan bilis dgn cili api pun dah power rasa dia #cooksnap #goldenapron2020 Mamamikael Oven
Lebih Banyak Resipi
Komen